Apa aku buat mesti tak kene dimata mertua dan ipar. Cara potong sayur pun jadi issue. Walau tak kaya tapi suka nak menunjuk2

Assalamualaikum buat admin dan semua pembaca. Aku ada satu luahan yang aku sendiri tak sangka nak jadi macam ni.

Aku harap nama aku di hide kan untuk menjaga aib dan sensitivity masing2. Sebelum tu aku nak minta maaf mungkin confession aku ni lebih kepada krt.

Aku post sini sebab aku tahu page ni ramai follower yang lebih berilmiah. Mungkin ini ujian dan dugaan buat aku.

Tapi aku tak kuat nak hadap benda ni sorang2. Aku perlu kan kata2 semangat dan motivasi dari kalian semua bukan kecaman dan kata sinis.

Aku Diana bukan nama sebenar. Seorang isteri baru berkahwin dan belum mempunyai anak. Suami aku seorang anak, menantu dan suami yang baik,

Aku pernah menyuarakan supaya dia balik seorang diri. Tapi dia tak faham aku dan merajuk. Aku terpaksa mengalah.

Mak mertua aku pula seorang suri rumah. Bermulut lancang ikut sedap mulut nak cakap apa. Tak pandai nak jaga hati dan perasaan orang lain.

Lebih2 lagi aku ni seorang menantu yang baru. Aku orang baru. Baru nak sesuaikan diri dalam family in law.

Baru nak berkenalan dah kena attack tak sempat nak mengelak. Aku pula jenis seorang yang kurang melawan dan tak suka cari masalah dengan orang.

Tapi makin lama aku sabar aku dipijak kepala. Mental aku kena torchure dan dipermainkan.Apa yang aku buat ada sahaja yang tidak kena.

Dari sudut pemakaian aku pula seorang yang simple yang tak sarat dengan labuci manik. Tak macam mak mertua yang pandai bergaya.

Aku pakai baju kurung biasa je pun dia komplen. Bagi aku asal tutup aurat dah. Suami aku pun tak bising bab ni. Mak metua pula yang melebih.

Mak aku sendiri punyai menantu. Tapi mak aku tak pernah layan menantu dia macam yang aku kena.

Mak aku sehabis baik layan lebih daripada anak dia dan jaga hati menantu dia. Tak pernah nak buat muka depan menantu dia.

Mak aku siap bagi macam2 lagi kalau ada masalah duit mak aku bagi duit tak pernah berkira tolong mana yang tak cukup.

Sebab aku bukan sejenis menghabiskan duit dekat benda yang tak berfaedah dan nak bermewah2.

Jauh sekali nak demand macam2. Aku pun takda terikat dengan apa2 hutang sebelum berkahwin dan selepas. Semua clean bab duit.

Parents aku sendiri pun tak ajar hidup mewah even aku dari anak orang yang senang. Lagi pun sebelum kahwin aku ada duit saving kerja dulu.

Ohh lupa, mak mertua aku ni high taste pakai barang yang branded. Paw duit anak tanpa belas ehsan. Duduk rumah setinggan.

Beza dgn parents aku even boleh dikatakan orang senang. Duit byk kerja hebat tapi sedikit pun tak pernah nak canang kata banyak duit kerja hebat.

Disaat waktu aku coret confession ini. Hati aku makin tawar. Rasa macam dilanyak disebabkan sikap dan perangai mak mertua ipar duai belah suami yang bertalam muka.

Dah cari masalah dengan orang selepas itu senyap macam takda apa yang berlaku seolah olah puas menyakitkan hati menantu sendiri.

Bila anaknya kemain dipuji dibelain melambong. Bukan dia takda anak perempuan. Hari ni dia layan aku macam tu esok lusa Allah balas balik.

Hidup ni macam putaran roda. Lambat atau cepat Allah balas. Aku bukan nak doakan buruk tapi aku geram sabar aku ada hadnya.

Aku kesian suami aku. Disebabkan perangai mak dan adik beradik sendiri dia tersepit. Aku jadi murung dengan campur tangan pihak ketiga sekarang rumahtangga kami goyang.