Aku bercinta dgn lelaki ni. Bila dapat berita dia mennggal dlm kemalangn aku sedih tapi bukan sebab dia meninggal

Assalamualaikum. Aku Si Lily Pinky (Bukan nama Sebenar), seorang perempuan yang masih single,

punyai harta sendiri, kerjaya sendiri, punyai hobi sendiri, suka travel, family baik, senang cerita hidup aku allhamdulillah masih baik dan okay.

Aku bukan nak bukak aib sesiapa, lama jugak aku fikir nak tulis atau tak sebab aku risau kalau ia bukak aib aku sendiri.

Benda ini keep always come in my mind untuk aku becerita. Jadi, aku pilih untuk becerita dalam page ni.

Since kat sini ramai tak tahu siapa aku sebenar dan aku inbox admin pon bukan guna real fb,

Paling aku suka datang yang seminar FOC. Dari situ aku banyak kenal ramai orang, aku kenal kakak-kakak (makcik2 yang berusia) dan abang-abang (majority banyak suami orang).

Disebabkan muka aku sedikit matang, dorang tak expect aku terlalu muda. Jadi, aku senang bergaul dengan mereka.

Aku join group dan kami berdiskusi dan berborak dalam itu, majority banyak lelaki lah dalam group tu.

Kadang-kadang ada gather kitaorang join sekali sebab ramai yang share ilmu. Kat situ,

aku dah familiar n kenal peel lelaki orang, jadi aku akan buat gap siap-siap dan tak over sangat. Kiranya kami masih jaga adat-adat dan batas-batas pergaulan.

Kami jauh jadi terpaksa prepare nak jumpa macam mana dan bila. Bila makin jumpa, lama-lama kami bercinta,

kami pon masing-masing single and minat benda yang sama. Orang kata sekufulah. Kadang-kadang perbincangan kami akan menjurus untuk bawak hubungan ini lebih jauh.

Bila kita dah terikat hati dengan seseorang, kadang-kadang kita rasa macam ada sesuatu yang di sorokkan.

Ya, aku rasa ada benda something yang dia cuba sembunyikan dari aku. Bila aku Tanya, dia tak nak jawab, dia kata aku akan marah kalau aku tahu.

So, dia selalu kata jangan fikir sangat dan tiada apa-apa. Suatu hari, aku ada bemimpi dia.

aku jadi susah nak putuskan hubungan kami. Even masa tu, aku da rasa something yang dia cuba sorokkan.

Lama-lama aku penat nak fight perasaan sendiri bila aku sedih, aku berdoa minta Allah tunjukkan.

Aku doa, kalau betul dia jodoh aku permudahkan kami, kalau bukan jauhkan dia selama-lamanya.

Bagi dia accident supaya aku dapat lupakan terus dia. Jahatnye aku doa macam tu. Hati aku terluka dia tak peduli pulak, huu..

Lama-lama aku terus jauhkan diri dari dia padahal rindu tu jangan cakap, selalu tengok dia dari jauh bila dia update status dia kat fb.

Kawan aku minta dia maafkan arwah. Rupanye kawan dia tahu pasal kami tapi tak nak bagitahu pasal status arwah tu kat aku. Aku down teruk.

Aku tak boleh nak maafkan dia. Masa tu, dalam hati aku, aku akan tuntut dia kat akhirat.

Berbulan-bulan aku cuba untuk lupakan sampaikan ada seseorang bagitahu, “maafkanlah supaya hati kita tenang”..

Sumpah, lama aku redha dan cuba maafkan apa dia dah buat. Selepas beberapa bulan baru aku tenang untuk maafkan dia. Betul orang kata, kita boleh memaafkan tapi kita tak boleh melupakan.

Ada sahabat pernah bagitahu pada aku, “mungkin ada amalan kita yang menyebabkan Allah lindungi kita dari bala bencana ” .

Pengalaman ni banyak ajar aku untuk bertoleransi dan berprinsip. Jangan ganggu hak orang,

tapi aku cuba tak mahu terlampau menolak sebab aku takut dengan ujian Allah pada aku. Kadang-kadang Allah akan uji apa yang kita cakap dan buat, tak hari ni mungkin esok dan akan datang.

Sekarang ini aku masih lagi single, menunggu jodoh tak kunjung tiba. Tipulah kalau tak de orang approache,

ada je tapi aku tak tahu dan kadang-kadang aku rasa fobia. Sebelum ni aku ada rapat dengan seseorang dan aku mimpi dia bukan jodoh aku. Aku terus jauhkan diri.

Then, sekarang ni Aku ada mimpi “seseorang” yang aku kenal dalam mimpi aku lebih 2 kali. Tetapi lelaki tu cuba mengelak dengan aku sekarang ni.

Btw, Thank sebab sudi membaca cetita aku. Harap semoga sihat dilindungi Allah.

Teruskan berjalan,