Umur aku 30-an tp rupa aku dah macam 40-an. 2 anak kami suka menangis, mengamuk, tantrum, susah nak tidur

Assalamualaikum buat semua pembaca. Terlebih dahulu, ingin aku perkenalkan diri aku sebagai Suri.

Aku seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak. Umur aku awal 30-an. Aku seorang ibu yang bekerja dari rumah atau nama lain suri rumah bekerjaya.

Sebenarnya, aku sudah 3 tahun berhenti kerja dari sektor swasta kerana ingin menumpukan perhatian kepada rumah tangga.

Bukan aku tidak suka bekerja, tetapi waktu itu, anak sulungku mengalami masalah kesihatan.

Kerana itu aku memilih untuk berhenti kerja demi memberi perhatian kepada anak aku.

Untuk hutang aku, memang aku cari duit sendiri. Tidak mahu membebankan suami sebab seluruh perbelanjaan keluarga termasuk belanja dapur dan yuran tadika anak semua dia yang tanggung.

Kadang kereta aku pun dia yang tolong isikan minyak & bayar service. In shaa Allah tahun depan semua hutangku akan langsai. Tak sabar rasanya untuk rasa “financial freedom”.

Walaupun kami nampak ok dari segi “financial” dan bahagia dalam perkahwinan tetapi kami juga tak terlepas dari ujian dalam rumah tangga.

Sama macam pasangan lain, setiap pasangan pasti ada ujian tersendiri. Ada yang di uji dalam hubungan suami isteri,

hubungan dengan mertua, di uji dengan ketiadaan zuriat, di uji dengan masalah kewangan. Dan kami pula di uji dalam membesarkan anak.

Untuk anak sulung, Alhamdulillah.. hanya setakat umur 10 bulan je dan semuanya kembali normal.

Senang nak uruskan. Tapi anak kedua aku, dah masuk 2 tahun pun keadaan masih sama cuma dah baik sikit berbanding tahun pertama dulu.

Kadang dah habis ikhtiar aku dan suami cuba memahami sikapnya yang sentiasa berubah-ubah.

Suka menangis, mengamuk, tantrum, susah nak tidur. Mengamuk dan menjerit tak kira tempat.

Mood pun susah nak baca. Hari ni lain, esok lain. Hari ni benda ni feveret dia, esok boleh pula tak nak. Tahun pertama, memang aku asyik menangis sebab aku rasa gagal sebagai ibu.

Sudahnya, terpaksalah aku ambil balik dari pengasuh dan jaga. Kami dah bawa dia berubat secara moden dan islam. Semuanya ok. Dia sihat dan normal.

Semua cakap benda ni akan berubah bila dia dah besar sikit. Macam-macam teknik tentang bayi yang aku belajar dan apply

tapi semuanya bersifat sementara. Hari ni mungkin boleh pakai teknik ni, selang 2 minggu dah tak jadi kena cuba cara lain.

Bila ada ibu-ibu yang bercerita tentang anak yang hyperaktif, asyik menangis, suka mengempeng, tak boleh berengang,

aku sangat memahami kerana aku berdepan situasi yang sama. Anak aku hanya nak berkepit dengan aku sepanjang masa.

Aku bersyukur sangat dengan rezeki Allah bagi ni walaupun aku di uji dengan ragamnya yang sangat menguji kesabaran.

Aku tak nak jadi ibu yang gagal mendidik dan membesarkan anak. Aku tak nak jadi ibu yang pemarah atau panas baran.

Kadang-kadang aku tewas juga dengan emosi dan anak sulung aku selalu jadi mangsa pukulan aku. Aku sedih.

Aku kecewa dengan diri aku. Dari seorang yang periang aku jadi pemarah. Sikap yang nak sangat jauhkan dari diri aku. Apa yang aku boleh buat hanya sabar dan terus berdoa.

Aku dah mula daftarkan diri untuk hadiri seminar keibu bapaan islam dan pengurusan emosi.

Aku sayangkan anak-anak aku sangat-sangat. Aku harap sangat para ibu yang pernah berdepan situasi anak “high needs baby” ni lebih-lebih lagi suri rumah berkongsi pengalaman dengan aku. Terima kasih sudi membaca.