Mak kawin lagi. Dia banyak duit. Tak sampai setahun pun, bapak baru aku mennggal

Assalamualaikum semua. Aku perempuan, anak tunggal manakala mak aku ibu tunggal dan mak aku merupakan anak bongsu.

Arwah ayah dengan mak bercerai masa aku masih kecil lagi. Gigi pun aku tak tumbuh lagi masa mak dengan ayah bercerai.

Technically, aku memang tak pernah rasa selayaknya kasih sayang seorang manusia bergelar ayah. Wajah arwah ayah sikit pun tak ada dalam memori aku.

Mak aku lah yang besarkan aku dari tadika sampailah aku darjah 2. Masa aku nak naik darjah 3,

Masa tu aku marah dengan diri sendiri. Aku asyik fikir aku ni beban ke untuk mak aku? Nasib baik masa tu dah lepas PMR, so benda tu tak ada sampai menggangu pelajaran aku.

Masa mak aku nak akad nikah, aku tak naik pun masjid sebab aku rasa tak boleh nak terima.

Kalau mak aku kata dia sayangkan bapak baru aku, aku boleh terima. Tapi penyebab sebenar cuma nak pastikan aku masih mampu terus belajar.

Bapak baru aku tu banyak duit tapi dia jugak ramai anak dengan bekas isteri dia. Rupanya mak aku kahwin pun sebab nak jaga bapak baru aku yang sakit jantung.

Tak sampai setahun pun kahwin, bapak baru aku meninggal.

Kalau mak aku kerja di kampung, sekurang rumah tak perlu bayar sewa. Mungkin gaji bersih yang mak aku dapt di kampung sama sahaja nilainya.

Jujur aku katakan, aku tak reti dah nak bermanja dengan mak aku sendiri. Aku lebih percaya dan mesra dengan maklong aku untuk cerita apa-apa rahsia.

Aku lebih suka masakan cara maklong aku. Aku lebih senang meluah rasa dan memeluk maklong aku berbanding mak aku. Maklong aku cukup tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka.

Selepas aku grad degree dan dapat kerja tetap, mak aku dah tak bekerja dan balik tinggal dengan nenek aku.

Aku rasakan aku hanya sekadar jalankan tanggungjawab seorang anak bagi duit bulanan untuk mak aku.

Saya ada terbaca pasal isteri tak dicintai suami tapi suami masih jalankan tanggungjawab dan masih jaga keluarga dengan baik.

Mungkin situasi kita tak sama, tapi apa yang saya rasa dan alami dengan mak saya lebih kurang.

Percayalah, itu tandanya suami anda semua sayangkan anda dan cintakan anda selayaknya.

Saya sayangkan mak saya, saya cintakan mak saya. Tapi atas sebab tertentu saya dah tak reti nak zahirkan sayang tu dengan kata-kata atau lenggok badan.

Aku pun rindu nak jadi anak manja mak aku macam dulu yang boleh tidur berpeluk bawah ketiak mak aku malam-malam.