Baru sebulan bekerja N minta aku buat pinjaman peribadi. 100% majlis kahwin duit aku termasuk mas kahwin. Bila dah kawin dia buat hal pula

Assalamualaikum semua. Disebabkan dah beberapa minggu telah diiktiraf sebagai top fan, jadi rasa terpanggil untuk berkongsi kisah hidup sendiri.

Jika terpilih, terima kasih pada admin kerana siarkan cerita ini. Harap ia dapat menjadi iktibar untuk semua.

Seperti tajuk yang ditulis, aku telah berstatus single semula. Kenapa single semula?

sebab sebelumni dah pernah berkahwin dan sekarang dah bercerai. Maka jadilah single semula, lebih sedap didengar kan berbanding Janda.

Aku berkenalan dengan bekas suami (N) melalui online chatting iaitu ‘yahoo messenger’, masa itu Facebook dan Instagram masih belum wujud lagi.

walaupun masih belajar aku sanggup menggunakan duit biasiswa aku untuk dia. Setiap kali perlukan duit macam2 cerita sedih yang N ceritakan.

Kemudian setelah tamat belajar, aku mula bekerja di sebuah syarikat swasta. Pada masa itu aku tiada kenderaan dan tiada lesen,

maka N lah yang banyak membantu aku untuk pergi temuduga atau kemana-mana. Kemudian aku ditawarkan kerja kerajaan.

Pada masa inilah N mula menggalakkan aku untuk membuat pinjaman peribadi dari bank/koperasi.

Bayangkan baru sebulan bekerja N dah minta aku buat pinjaman dengan alasan untuk perkahwinan kami.

dan majlis memang diadakan pada belah perempuan sahaja kerana keluarganya bercerai dan katanya kedua2 ibu dan ayah N tak nak keluarkan duit

dan N pun tiada duit untuk buat majlis lain. Akupun atas dasar nak halalkan hubungan kami tak kisah semua itu.

Seminggu sebelum kahwin kami memang banyak bergaduh atas benda benda yang kecil. Aku sampai terfikir,

perlukah aku batalkan perkahwinan ini. Tapi bila memikirkan semua persiapan dah dilakukan aku teruskan juga perkahwinan kami.

Semuanya atas dasar aku dah terlalu lama bercinta dengan N, kalau bukan N dengan siapa lagi aku akan kahwin.

Aku memang tak bahagia. Tambah2 bila dia mula angkat tangan dan pukul aku. Sikap dia macam sikap narsistik yang selalu dikongsi di sini.

Akhirnya setelah 4 tahun berkahwin aku nekad untuk lari dari rumah sehelai sepinggang dan dapatkan pertolongan untuk bercerai.

Pada hari aku melarikan diri, semasa N mencari aku dia melafazkan lafaz cerai taklik melalui kawan aku.

Kawan aku sampaikan pada aku dan aku bawa kes itu ke mahkamah, dan 2 minggu kemudian kes kami dibicarakan dan hakim mengesahkan lafaz taklik tersebut adalah sah,

maka jatuh talak 1. Pada masa itu satu perasaan lega muncul sebab aku dah lepas dari genggaman N dan alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku.

Banyak drama yang berlaku dari masa aku melarikan dirikan diri sehingga diputuskan jatuh talak.

Namun terlalu panjang untuk aku ceritakan. Apa yang aku nak sampaikan, biarlah hidup sendiri daripada berdua tapi menderita.

Terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat dan dapat dijadikan teladan.