Aku ada 6 adik beradik, semua perempuan. Kedua2 abang ipar aku bermasalah hingga mak fobia nak kawinkan anak yg lain

Assalamualaikum semua. Aku sebenarnya tak pernah terfikir pun nak tulis sini

Tapi apa yang berlaku dalam hidup aku baru baru ni memaksa aku untuk menulis jugak. Sebab aku tak tau nak luahkan kat sapa.

Dan aku rasa penulisan adalah medium terbaik untuk aku curahkan segala masalah aku.

Aku seorang gadis berusia 20 tahun, masih belajar. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, biasa biasa.

Aku ada 6 orang adik beradik, semua perempuan. Dua kakak aku dah pun berkahwin. Dan inilah isi utama cerita aku.

Tapi kakak aku teruskan jugak perkahwinan dia lepas dipujuk mak aku. Mak aku kata, biasalah tu, ujian orang bertunang.

Masa kenduri diaorang tu, macam aku kata tadi, semua nampak biasa, nampak happy je. Padahal aku tau, waktu tu semua simpan 1001 perasaan, terutama mak abah.

Bukan mudah nak lepaskan anak perempuan kat lelaki yang kita dah tau perangai dia macam mana.

Aku risau jugak waktu tu, apa akan jadi dengan rumahtangga kakak aku. Aku hanya mampu banyakkan berdoa supaya Allah beri kebahagiaan rumahtangga buat diaorang.

Lepas kahwin, makin menjadi jadi pulak perangai abang ipar aku. Mak abah aku siap pergi berubat kat ustaz lagi, macam macam ustaz dah jumpa.

Nama aku adik beradik pun dia tak ingat. Tu waktu mula mula dulu lah. Sekarang aku tak tau lah dia ingat ke tak.

Lepas tu, boleh dibilang dengan jari berapa kali je dia balik rumah mak aku. Kebanyakan waktu,

kakak aku akan balik sorg je. Dah tu, boleh pulak dia claim mak aku sombong. Dia yang tak reti nak bergaul dengan family aku. Mak aku dah layan dia cukup baik dah.

Aku ingat lagi, masa kenduri kahwin sepupu aku. Dia langsung tak turun kereta, melainkan waktu kakak aku ajak makan.

Ada ke nak tolong cuci pinggan ke apa, bermesra dengan sedara mara aku ke. Langsung tak. Waktu tu aku rasa macam, ya Allah..

Nak dijadikan cerita, malam semalam kakak aku yang kedua ni balik rumah mak abah aku. Aku ada kat rumah, sebab tengah study week sekarang.

Abah aku keje waktu ni. Mak aku pulak kat rumah kakak aku yang first, jaga dia tengah pantang.

Aku pun terkejut lah, dah kenapa balik malam malam ni. Dalam hati memang aku rasa ada benda tak kena.

Lepas tu kakak aku suruh tolong dia angkat barang. Dia kata nak duduk rumah mak abah aku terus.

Aku diam je lah. Tak berani nak tanya lebih lebih. Tapi riak muka kakak aku waktu tu seolah olah takde apa yang jadi.

Tapi aku bersyukur, Allah lindungi aku dari orang yang salah, dan benda ni jadi sebelum aku kahwin.

Abah aku pulak, balik keje tadi, dia tanya barang sapa semua ni? Aku cerita lah apa yang berlaku.

Aku dapat lihat raut wajah abah aku yang sedih, aku tau dia tengah pening fikir pasal kakak aku.

Aku tak tau nak tolong apa. Kalau mak aku ada, mungkin mak boleh tolong hilangkan kekusutan abah.

Tapi mak jauh. Aku sedih tengok mak abah aku sedih. Aku sedih mengenangkan nasib kakak kakak aku. Dan aku jugak sedih mengenangkan nasib aku sendiri yang baru putus cinta.

Aku harap sangat bakal suami aku nanti adalah lelaki yang baik, yang boleh bahagiakan mak abah aku.