Bini cakap ‘bang jangan sampai abg balik kerja tengok saya dan anak tergantung kat kipas’. Bini aku berubah 180°

Dulu, sebelum nikah memang bini aku ada cakap yang dia ada depression. Aku masa tu, iyakan aje sebab bagi aku, aku rasa aku boleh handle.

Sampailah bila dah kahwin dan berpindah masuk duduk bersama, baru aku tahu tinggi rendah ‘angin taufan’ bini aku.

Kenapa aku cakap macam tu? Tak, aku bukan nak meletakkan stigma pada sakit mental. Baca dulu.

Aku anggap ni semua ujian untuk aku. Dari awal berkahwin lagi aku nampak betapa barannya bini aku.

Dulu, orang yang aku kenal, nampak lembut dan sweet bertukar 180° dengan sekelip mata.

Macam aku cakap tadi, bini aku ni baran. Benda kecik pun mudah nak marah. Kadang aku pun tak boleh brain.

Aku buat salah, aku tak buat pun salah. Ada masa bila dia marah, aku rasa dia pun tak tahu apa benda yang dia tengah marahkan tu.

Aku ingat bila dah bersalin ni, bini aku akan bertenang tapi sangkaan aku meleset. Dari dalam labor room lagi, bini aku dah start marah-marah.

Masa ni, kami baru terima cahaya mata pertama. Semua benda masih baru buat kami.

Aku kesian tengok bini aku, belum habis sakit bersalin, dia batuk-batuk teruk. Katanya,

kalau aku marah balik pun masalah tak akan selesai. Aku biarkan dia reda sendiri. Kalau dilayan makin menjadi, baik aku diam.

Dah habis pantang, kami balik rumah kami. Macam itulah episod yang sama aku hadap seiring masa dengan baby yang semakin membesar.

Bini aku ni, marah-marah dia pun, aku tetap hargai dia jaga makan minum, bela anak aku. Sampailah bini aku mengandung lagi,

aku tengok amarah dia dah mula slow down sikit. Sikit je lah. Alhamdulillah mengandung kali kedua ni, dia tak mabuk sangat.

Aku perhati dia dah mula rajin nak keluar rumah cari ilmu. Kau bayangkan, bini aku ni surirumah. Kalau tak hadap anak, hadap dinding.

Satu yang aku perasan, aku tengok bini aku rajin buat kerja amal. Aku support usaha dia sebab aku nampak bini aku bersemangat lain macam bila buat benda alah ni.

Yalah, sebelum ni asyik mengeluh menangis je. Bila dia suka apa yang dia buat, aku pun supportlah. Tapi tu lah, kadang aku pun pening.

Buka tabung amal kumpul duit buat dana sekian-sekian, bila duit tak cukup nanti dia topup guna duit dia pulak.

Aku bisinglah sebab kita orang pun bukan jenis berduit. Pulak tu, topup bukan sikit-sikit, main ratus-ratus jugak.

Bila aku cakap kenapa, nanti dia jawab kesian bang, kesian. Haih lah pening aku, kalau datang dia punya empati tu,

Salam dan sambut aku dengan lemah-lembut. Aihh, keajaiban apakah ini?

Aku support betul bini aku. Aku betul-betul nak dia sihat sebab tu bersalin anak nombor dua ni aku sanggup ambil cuti sebulan tanpa gaji walaupun aku sedar nanti akan effect tempoh perkhidmatan aku.

Sebulan ni rutin harian aku sibuk. Penat memang penat, pagi-pagi dah terkejar-kejar nak siapkan breakfast,

air rebusan mandi, panaskan tungku, mandikan budak, urus anak pertama, dan macam-macam lagi tapi aku puas hati.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh aku jaga bini aku berpantang, bini aku nampak makin tenang. Dia pun rajin berbengkung, bertungku, berpilis param.

Sebab tu dia tak berkerja. So aku suggest, anak biar aku jaga masa weekend dan dia boleh keluar buat shoot baby photography sebab baby kan tak pandai complain.

Bini aku sahut cabaran. Bagi aku okay lah sebab dia mahu buat sesuatu dari terus duduk rumah meratap kesedihan dia tu.

Dari job baby photography, dia mula ambil job wedding. Bila dia balik rumah, cakap dia tak puas hati dengan hasil gambar-gambar dia, aku tengok dia mula usaha masuk kelas-kelas photography pulak.

Takpe, aku support sebab jarang aku tengok bini aku nak buat sesuatu sungguh-sungguh. Alhamdulillah sekarang, bini aku dah buka kelas dia sendiri. Kelas photography, belajar ambil gambar guna henpon je.

Aku ingat semua benda dah okay walaupun baran bini aku tu masih ada. Lepas anak kedua kami umur setahun, ada satu pagi ni bini aku datang,

Doktor berani lepaskan sebab aku willing tengokkan bini aku. Masa nilah baru kami tahu yang bini aku menghidap anxiety disorder tahap psychosis,

yang mana bini aku ni dah mula dengar bisikan-bisikan. Bini aku cakap, dia nak gantung diri tu bukan sebab tak sayang aku atau anak-anak aku,

tapi sebab dia dah tak tahan dengar suara-suara dan fikiran negatif berserabut dalam kepala otak dia.

Dua minggu pertama, memang bini aku banyak tidur je. Aku terpaksa balik setiap kali waktu lunch untuk uruskan anak-anak aku yang masih kecil masa tu. Kakaknya baru dua tahun, adik pulak umur setahun.

Lepas dua minggu, aku tengok bini aku dah mula okay sikit. Katanya dah tak ada rasa nak mati cuma rasa anxiety (takut yang melampau) tu masih ada.

Banyak kali dia cakap, ramai orang sakit macam dia tapi semua simpan dalam. Sakit macam ni, lagi dipendam lagi sakit.

Dia betul-betul niat nak menulis tu untuk masyarakat tahu betapa seksanya sakit begini dan betapa pentingnya seorang ibu dan isteri sebagai nadi dalam keluarga.

Lama-lama aku rasa aku pun okay, aku cakap dengan dia teruskanlah menulis kalau tu buat dia happy.

Siapa sangka, dalam tempoh dekat dua tahun dia menulis sekarang dekat 10k followers dia. Dia pun tak jangka. Aku pun sama kagum.

Syukur alhamdulillah Allah mudahkan aku didik bini aku. Aku tak push dia, aku banyak bagi dorongan. Aku tahu bini aku ni keras orangnya.

Dia punya tenang sampai aku pulak yang pening. Rumah sepah – dia rileks. Anak menangis – dia rileks.

Makanan belum siap – dia rileks. Baju tak angkat – dia rileks. Kalau dulu mau sepelaung dia dah jerkah menjerit.

Sekarang dia pulak pesan dekat aku “tenang bang, tenang.” Sebab tu aku cakap bini aku sekarang dah banyak berubah.

Dalam masa beberapa tahun ni, aku sebagai pasangan sama-sama hadap jatuh bangun sakit mental dia.

Aku tak tahu apa yang aku boleh buat melainkan bagi support. Bini aku pernah tanya kenapa aku tak pernah marah dia.