Kereta mahal mak mertua rosak. Pastu minta suami aku beli kereta lg mahal loan nama suami, dia nak orang nmpak kaya.

Aku sudah berkahwin hampir 5 tahun. Wanita bekerjaya. Masih belum sampai rezeki untuk kami suami isteri mempunyai zuriat sendiri.

aku meminta pembaca2 sekalian untuk memberi komen2 yang membina agar aku redha dengan masalah yang aku alami sekarang

Aku dan suami tiada mempunyai masalah. Tapi standard lah kalau ade masalah sikit2 tu kan.

Tetapi malangnya setiap bulan ada saja masalah duit tidak cukup. Ini kerana didalam rumah tersebut mempunyai 2 orang anak buahnya (sekolah rendah),

2 orang adik lelaki (25 & 29 tahun) yang tinggal sekali bersama ibu bapanya. Ayah mertua tidak lagi bekerja.

Emak mertua yang menguruskan semuanya. Ayah mertua tidak mempunyai kuasa didalam rumah tu.

Jika orang luar melihat keluarga ini, mereka pasti tidak percaya yang duit menjadi masalah pada keluarga ni kerana emak mertua ku mahu dipandang seperti orang ada2. Semua perfect hanya keluarga sendiri sahaja yang tahu apa kurangnya.

Sedikit tentang emak mertuaku, dia merupakan seorang ‘perfectionist’. Kalau mahu berbelanja mestilah di tempat ada2.

Dia bekerja 14 jam sehari. Sihat dan sakitnya aku yang tahu. Apa yang keluarganya tahu jika ada masalah wang, suamiku perlu bantu.

Kalau tidak akan dilabel sebagai ‘anak derhaka’. Suamiku tersepit antara komitmen untuk familynya dan isteri.

Baru2 ni, kereta mak mertua problem. Kereta tu secondhand tapi kereta yang mahal la sebab nak nampak mewah katanya. Akhirnya kereta rosak.

Baru pakai dalam 5 tahun. Sekarang nak beli kereta baru pulak dan mewah. Kalau ikut pada kemampuan, dia tidak mampu pon.

Umur dah lanjut masih nak berhutang. Kereta lama masih elok boleh baiki tapi tegas mahu kereta baru.

Ok, pointnya yang buat aku sakit hati ialah dah la buat loan tu tak ada bincang pon dengan isteri.

Isteri tak ada hak untuk tahu ke? (confirm2 kalau isteri tahu, isteri memang akan berleter dululah, haha).

Then, sebelum ni pon kereta yang ada kat kampung tu (2 kereta) tiap bulan culas nak bayar apatah lagi ambil kereta baru dan bayar kereta baru ni selama 9 tahun.

9 tahun ok suami aku perlu tanggung komitmen ni! Loan atas nama suamiku.

Emak mertuaku pesan pada suamiku potonglah tiap2 bulan perbelanjaan pada family. Tergamak ke suami aku nak potong?

Apa risiko jika mereka tak dapat bayar. Tapi suamiku hanya cakap, aku fikir terlalu jauh. Doakan yang baik2 agar tak ada masalah. Doakan baik2 agar niat dia bantu familynya dipermudahkan.

Ya Allah, baik sungguh suamiku. Dia hanya cakap ujian yang dia hadapi semua nie datang dari Allah swt.

Ya Allah positif sungguh suamiku biarpun terpaksa tanggung anak2 buah dan adik lelaki yang tak berkerja di kampung.

Kadangkala aku terfikir, adakah ini sebab kami masih belum dikurniakan zuriat sendiri? Sebabnya suamiku masih perlu menampung keluarganya sendiri from A to Z.

Perlu dibantu walau bagaimana susah pun suamiku. Tiada siapa yang tahu. Hanya aku yang tahu segala perbelanjaan suamiku sehinggakan tiada simpanan untuk kami.

bukan masalah dengan suami/isteri sendiri. Cuma apa yang aku doakan moga suamiku dimewahkan dengan rezeki yang melimpah ruah

serta sihat tubuh badan meskipun kami masih tidak mempunyai zuriat sendiri.

Oklah aku rasa macam dah panjang sangat. Baru 1/3 masalah dari keluarga mertua belum lagi semua.

Kalau semua benda aku cerita, aku rasa pembaca mesti minta aku undur diri dari family tu, haha..

So guys please bagi kata2 membina, kata2 yang boleh buat aku redha dengan masalah yang lepas, sekarang dan akan datang yang melibatkan keluarga suamiku.