Aku hilang ayah dan kini ibu. Aku yakin allah gantikan bakal suami untukku. Rupanye, aku salah

Aku Aisyah. Pengakhiran 20-an. Ya, aku sakit. Tahun lepas, segalanya biasa dan aku bersyukur untuk setiap nafasku..

Tahun 2019. Aku diduga dengan kemaatian ibuku secara tiba-tiba. Dialah ibu, dialah sahabat baik.

Dengan dia, aku bercerita semua benda. Hampir semua benda. Dia ada untuk semua benda aku lakukan.

Tahun ini, lengkaplah aku bergelar anak yatim piatu. Ayahku meningggal semasa aku berusia 13 tahun.

Syurga aku pergi. Hancur berkecai hatiku. Beberapa bulan aku merintih, sukar menerima takdir.

Aku bersungguh-sungguh bekerja. Aku bukan sengaja, aku tengah bersedih. Tak sampai sebulan ibuku meningggal. Tiada ehsan kah?

Aku jauh hati dengan semua benda. Aku rasa aku tak diperlukan, aku ambil cuti yang lama. Balik kampung untuk merubat hati.

Adik-beradikku semua sudah berkahwin. Kalau jadi apapun, aku bukan keutamaan mereka. Mereka masing-masing ada keluarga, ada anak-anak yang sedang membesar. Sunyi hidupku Ya Rabb.

Aku cuba tabah. Aku perlahan-lahan cuba redha. Ajar diri agar ketentuan Allah adalah yang terbaik.

Kesedihan kehilangan ibu, masalah kerja, aku kongsi dengan bakal suami dari syurgaku. Semua benda aku beritahu dia.

Aku sangat sayangkan dia. Aku sayang dia selepas ibuku. Aku sayang dia lebih dari diriku sendiri.

Ya Rabb.

Aku ubah segalanya. Dia mengongkong untuk segalanya. Aku hampir hilang semua kawan lelakiku. Aku tidak bebas bergerak.

Kenapa aku begitu beriya mengikut rentaknya? Sebab hari pertama kami berkawan, aku niat untuk berkahwin.

Aku pernah rasa sakit cinta pertama yang tak kesampaian. Jadi selepas itu, aku tolak semua lelaki yang hadir.

Bagi aku, tidak berkahwin pun tak ada masalah. Aku jadi wanita berdikari untuk semua benda.

Dulu, aku tak pernah berminat dengannya. Dia bukan _taste_ aku. Langsung tak berminat untuk kenal.

Dia hadir. Bukan aku doa, bukan aku minta, bukan aku inginkan. Aku fikir Allah betul-betul hadirkan dia untuk aku.

Selepas mak aku meningggal, aku ingat Allah ambil mak aku dan gantikan dengan dia. Ya Rabb, sakitnya.

Dia, curang terhadap aku.

Sayang dia bukan untuk aku sorang.

Banyak kali Allah tunjukkan alamat dan bukti. Banyak kali aku rasa tak sedap hati. Tapi aku menangkis segalanya.

Dia lelaki yang baik. Banyak kebaikan dia terhadap aku. Mungkin dia lemah dari segi hati.

Dia hanya sarungkan kembali ke jari aku. Kalau tak mampu juga buat majlis, tak apa kita buat kat masjid.

Awal-awal tak mampu bagi nafkah, tak apa perlahan-lahan. Allah lebih tahu niat kita.

Adakah aku sekadar ingin memudahkan sebuah perkahwinan atau aku dikira aku sedang mengambil kerja Tuhan?

Banyak kebaikan yang ada pada dirinya. Tapi hati dia, hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui.

Ya aku boleh berbicara. Tapi hati aku berkecai lagi. Sakit sangat. Terlampau hancur.

Aku hilang Ibuku dan kini aku hilang dia. Aku sekarang sekadar berjalan bersendirian. Ya Rabb, aku sakit.

Kalian, mohon doakan juga bahagian yang baik-baik buatku di dunia ini. Aamiin.