Muntah dan perut besar tak pulih dah 8 tahun. Akhirnya 3 malam aku mimpi org yang buat. Aku memang tak sangka sgt.

Hi aku cerita sikit kalau korang semua lupa. Aku ni yg bertengkar dgn akak no 3 dan abg ipar masa dia org nak kahwin.

Akak no 3 minta maaf dan bagi aku makan roti sardin. Sejak dari tu perut aku membesar dan muntaah drah. Keadaan makin teruk dan aku bagi tak mak ayah aku. Akak no 2 call bg tabu ada ustaz boleh ubat. Tu yg aku termimpi dalam bas ada lori nk himpit bas aku.

Tapi kalau korang baru baca cerita ni. Korang boleh baca dulu Part1 hingga part3 dekat komen. Nanti korang tak faham

Masa tu mungkin driver bas tu kena ganggu kot kan? Sampai aku kat kampung terus kakak no.2 aku bawa jumpa ustaz, cakap kalau ikutkan aku dah lama meninggaI tapi disebabkan aku ade penjaga keturunan sebelah bapak aku yang dah lama jaga aku tu yang aku masih hidup sehingga kini.

Ustaz cakap, benda tu dia cuba hantar dari jauh tapi tak boleh masuk sebab aku ada orang jaga cuma aku ni biasalah jiwa muda solat tak solat.

Kadang cukup 5 waktu, kadang tak cukup.. Benda yang jaga aku ni pulak kena solat, mengaji baru dia boleh dekat dengan aku!

Disebabkan tak boleh nak buat aku dari jauh sebab tu dia gunakan makanan supaya jadi d***h daging dan tanam benda dalam perut aku! Selepas beberapa rawatan dengan ustaz ni,

Alhamdulillah aku m4kin pulih dan sembuh cuma perut aku tak turun sepenuhnya lagi hingga kini.

Aku ada bertanya dengan ustaz siapa yang sih1rkan aku untuk kepastian sebab antara orang yang cuba bantu aku, dengan ustaz ni seorang aku percaya apa yang dia cakap..

Tapi ustaz tak nak beritahu aku, dia cakap cukuplah dia seorang sahaja yang tahu.

Kalau aku betul nak tahu, aku kena amalkan 7x Al-Fatihah, 7x Ayat Kursi, 3 Qul dan doa sedalam – dalam hati aku nak tahu siapa yang buat aku dengan niat nak mengelak dari jumpa or rapat dengan orang yang sih1rkan aku ni.

Akhirnya, 3 malam aku bermimpi kakak dan abang ipar aku no.3 ni.. Aku mimpi dia baik sangat dengan aku, tapi aku pulak yang jahat dalam mimpi tu.

Dia dan abang ipar aku bagi aku makan ayam seekor dekat rumah peIacuran, bagi aku makan dekat dalam tandas dan belikan aku macam – macam..

Setiap apa yang aku mimpi semua berkaitan dengan dorang.. Untuk pengetahuan admin/pembaca aku dah 8 tahun tak balik raya di kampung sebab setiap tahun mesti kakak aku no.3 tu akan balik rumah mak bapak aku.

Selama 8 tahun juga aku beraya seorang diri.. Raya ke 4 baru aku balik kampung itu pun kakak aku no.3 tu dah balik klang..

Selepas aku sihat sikit, bapak aku pun buka cerita.. Masa aku dalam perut mak aku lagi ade orang tua minta izin dekat bapak aku nak jaga aku tapi bapak aku tak izinkan.

Setiap malam, aku pasti akan jalan dalam tidur seolah olah ade orang panggil aku tapi bapak aku akan tidur depan pintu bilik supaya dia sedar kalau aku berjalan keluar..

Ustaz pun ade beritahu aku yang aku ni orang teristimewa yang orang lain tak ada tapi aku ada.

Ustaz cakap dekat aku selama ni ade orang yang sentiasa jaga aku tapi disebabkan aku dah termakan benda yang dia sant4ukan aku, orang yang jaga aku tak boleh buat apa pun dah.

Lagi pun, masa period aku 3 bulan non stop aku dah was – was nak solat.. Selepas aku sembuh sedikit, aku dapat petunjuk sendiri cara orang sih1rkan aku.

Dia guna patung dan katak.. Dekat badan patung tu penuh dengan jarum, setiap kali bomoh orang asli tu cucvk patung tu aku yang akan s4kit!! Katak pulak siang dia rendam dalam tempurung, malam dia salai sebab tu aku panas..

Untuk pergetahuan semua, aku dilahirkan dalam perjalanan ke hospitaI betul – betul depan masjid.

Masa aku lahir azan berkumandang dan orang yang minta izin bapak aku untuk nak jaga aku adalah orang bunian.

Lepas aku sembuh sikit dari s4kit, aku mimpi aku pakai baju kurung warna putih dan kain baju kurung tu macam orang – orang lama dan kain kurung tu jenis putih bersih..

Sejak Aku mimpi aku terima kain kurung tu, aku mimpi dekat kepala aku sebeIah kiri setiap helaian rambut aku di tanam benda macam serbuk buluh sebab tu kepala aku asyik gatal dan rambut aku yang lebat m4kin nipis disebabkan gugur.

Aku dah boleh ubatkan diri aku sendiri tapi aku tak tahu macam mana nak pecahkan angin – angin dekat perut aku.

Ustaz pun ade cakap yang dia dah sedaya upaya ubatkan aku cuma dekat kemaIuan aku ade sekor j1n ni duduk..

Ustaz tak boleh buang, andai dia buang juga ibarat dia dah bersetubvh dengan aku.. Sehingga kini, perut aku masih buncit tapi tak dah macam dulu sekarang macam orang mengandung 3 bulan macam tu.

Ade masa perut aku akan cegang macam nak pecah tapj ada masa dia normal.. Aku tak lah sehat sepenuhnya tapi ni pun aku dah bersyukur.

Untuk pengetahuan admin dan pembaca sekalian, aku bawa diri aku jauh dari malaysia sebab bila aku dekat sini (luar negara) kesihatan aku m4kin baik dan tiada guna aku balik malaysia lagi sebab bila tiba hari raya aku tetap raya seorang diri! Biarlah aku bawa diri dan jauh dari keluarga aku sendiri andai kakak aku no.3 tu puas hati dan aku tak nak jadi anak yang derh4ka dengan orang tua aku.

Sebab nampak sekarang balik rumah tu aku jadi panas walaupun aku tak seteruk dahulu.

Aku dah redha dengan takdir hidup aku dan aku pun dah redha andai aku tak diberi kesempatan untuk menjaga kedua – dua orang tua aku..

Tapi setiap bulan, aku tak lupa tanggungjawab aku sebagai anak dengan memberi nafkah untuk kedua – dua orang tua aku walaupun aku tahu kedua orang tua aku punyai duit sendiri.

Aku tahu aku tak boleh nak baIas budi dorang yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mendidik aku menjadi insan yang berguna tapi dengan cara ni sahaja mampu aku membaIas semuanya walaupun aku tahu, tak akan terbaIas dengan apa yang dorang k0rbankan untuk aku sehingga kini..

Bagi aku ujian Allah S.W.T ini untuk hapuskan d0sa – d0sa yang aku buat tanpa aku sedar.

Mungkin dekat atas muka bumi ni aku mend3rita tapi aku percaya pasti suatu hari nanti aku lah orang yang paling bahagia.. Setiap pagi aku selalu doakan supaya Allah S.W.T masukkan iman dalam diri orang yang sih1rkan aku.

Susah untuk aku maafkan apatah lagi untuk aku lupakan semuanya tapi jauh dari sudut hati aku, kesian sebab dekat dunia mungkin akan terlepas tapi dekat akhir4t kelak pasti akan merangkak cari aku!!

Aku beralah bukan bererti aku kalah tapi aku beralah dengan membawa diri jauh supaya dia bertaubat dan kembali kepangkal jalan..

Sungguh berat ujian ini Ya Allah.. Biarlah masa dan waktu yang menentukan segala – galanya.

Aku minta maaf andai cerita aku ni buat pembaca kurang faham sebab aku pun baru pertama kali luah dekat sini.. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri.

Aku mohon doa pembaca semua tolong doakan aku sehat seperti dahulu dan tolong doakan perut aku keluar angin – angin jahat.. Terima kasih semoga Allah sahaja yang mampu baIas budi baik kalian.. Allahuakbar(3x)

*Noted. cerita ini admin tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Admin cuma terbaca di laman web yang beredar di gogle. Maaf cerita bersambung-sambung.