Dia cuma gunakan aku utk ringan2. Pelik kami selalu xcukup duit. Hutang makin banyak rupanya bende ni dari perbuatan suami buat

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Nama aku Rosie. Sebenarnya ini bukan cubaan pertama aku menulis, sudah beberapa kali aku cuba tapi setiap tu jugak aku delete, mungkin kurang berkeyakinan untuk berkongsi cerita tapi kali ni aku cuba ye, hehehe.

Aku seorang perempuan bekerjaya berumur pertengahan 30an. Aku baru di cerai kan secara fasakh pada awal tahun ni.

Sedikit tentang aku; berkulit putih, tinggi, kurus, murah senyuman, berkelulusan master, professional bergaji 5 angka tapi semua itu tidak menjamin kebahagian aku.

Jom baca cerita aku…

Aku adalah mangsa pedophile oleh seorang manusia yang sepatutnya mendidik aku. Hancur hati aku kalau aku ingatkan balik apa yang berlaku.

Dan rahsia ni tidak pernah aku luahkan kepada sesiapa pun sampai ke hari aku menaip ni.

yelah time tu mana ada lagi telefon, internet bagai. Ya Allah, ampuni aku.

Di zaman university aku berkenalan dengan mamat poyo yang aku ingat cinta sejati aku tapi rupanya aku salah.

Dia cuma mempergunakan aku untuk ringan-ringan. Aku pulak bodoh betul time tu ikut je. Aku bukan nya takde didikan agama, aku solat mengaji. Abah aku cukup tegas dalam soal ni.

Tapi bila berjauhan dengan mak abah aku jadi lalai di tambah pulak dengan perasaan aku yang mudah teransang tu (tapi time ni aktiviti onani aku dah tak buat dah).

Mamat poyo tu minta clash betul-betul masa aku final semester. Sesak nafas aku nak habis kan pengajian, susah nak fokus nasib baik aku dapat lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah.

sewa rumah banyak bulan tertunggak. Kami pun asyik bergaduh, tertekan dengan situasi hutang keliling pinggang.

Tapi macam mana teruk pun dugaan kami time tu, solat kami tetap jaga sebaik yang kami mampu.

Rezeki Allah bagi aku naik pangkat, gaji aku pun naik kepada 5 angka. Okey sikit hidup kami, hutang pun dah kurang.

Aku pun dah dapat beli rumah. Tapi aku dapat rasa sesuatu yang tak kena. Rumahtangga kami panas. Mudah sangat salah faham dan aku mula dia dera secara mental.

Aku bertahan juga sampai lah bila aku dapat tahu yang selama ni dia ambik dadah dan mula berjudi online tahun lepas.

Aku fail kan tuntutan dan selepas berkali-kali turun naik mahkamah akhirnya aku berstatus janda.

Aku bahagia dengan hidup aku sekarang, aku nak besar kan anak aku dengan sebaik mungkin. Cuma kadang-kadang aku sunyi.

Sebelum aku kawin aku ada masalah period pain yang serius tapi lepas kawin masalah tu terus hilang.

Banyak sebenarnya yang terjadi tapi aku tak pandai nak luahkan atas kertas. Sampai sini dulu. Terima kasih sebab sudi baca cerita aku.