Bila pakai tudung labuh, BF marah sbb dia kata xleh pergi wayang pakai mcm tu. Apa dia nk buat kt wayang

Aku kira tema cinta tetap menjadi tema utama dalam apa-apa penulisan. Aku tak pasti patut kah untuk aku tulis kisah sebegini. Bukan aku tak mahu move on, tapi lebih kepada nak menghargai setiap momen dalam hidup.

Aku teringat kisah lalu, sewaktu aku mula menjejakkan kaki ke menara gading jauh dari keluarga.

Itu bukan pertama kali aku berpisah dari keluarga, tapi kali ini menceccah ratusan kilometer jaraknya.

Jadi budak baru, di tempat baru, memang mencabar. Siapa yang tak takut, siapa yang tak cemas. Aku pilih jurusan kejuruteraan.

Jujur aku tak tahu apa benda kejuruteraan tu. Aku pilih ikut-ikut kawan. Mana budak yang paling bagus dalam kelas sewaktu matrikulasi,

Aku mesti berusaha untuk baiki keputusan. Mengenangkan ibu dan ayah di kampong, tentu mereka berdua sedih jika tahu aku tak mampu untuk teruskan pengajian.

Aku usahakan sesuatu dengan berjumpa dengan pelajar yang paling bagus markahnya dalam kelas aku untuk ajar aku. Tapi agak kekok bila dia seorang lelaki.

Aku segan. Tapi aku perlu ketepikan malu aku untuk belajar. Dengan anggapan ini hanya sebagai usaha aku untuk menuntut ilmu.

Aku minta dia untuk ajarkan aku beberapa mata pelajaran yang agak susah.

tipu kalau aku cakap dalam hati aku tak pernah ada perasaan suka terhadap dia. Inilah bahayanya.

Berhubungan dengan lelaki yang bukan mahram. Hal berkaitan hati dan perasaan pasti timbul.

Aku atasi dengan berusaha mematikan segala tunas-tunas cinta yang mula mekar. Aku racun perasaan itu dalam-dalam.

Aku ulang-ulang kepada dia dengan mengatakan aku hanya anggap dia sebagai kawan belajar. Tak lebih.

Kalau pun aku ada rasa itu, akan aku racun putiknya. Begitulah aku menerangkan kepada dia.

Mana tahu kalau ada orang perempuan disisi, boleh jadi motivasi untuk berjaya. Bukankah trendnya begitu?

Jadi aku sedar kedudukan aku dimata dia. Dia layak untuk bertemu dengan orang yang baik-baik.

Masa berlalu dan kami semua masuk ke semester kedua. Seperti biasa kami masih belajar sama-sama. Kali ini aku lebih cemerlang dari sebelumnya..

Sehinggakan dia pun cakap mungkin aku tak perlukan dia lagi untuk belajar sebab aku dah mula mampu berdiri sendiri tanpa bantuan dia.

Namun aku masih minta dia sekali sekala bantu aku untuk subjek yang agak sukar. Perjumpaan kami pun tidak kerap. Kadang-kadang datang belajar, aku bawa teman.

Aku menangis sepanjang malam. Tak tidur mengenangkan aku akan hilang dia. Terbayang-bayang SMS dia bila dia katakan yang dia sayang aku..

Tapi sebab aku perempuan, dia tak berani ucapkan. Dia takut Tuhan. Allah… aku rasa jahatnya aku rasa sebab mengganggu iman seseorang.

Esoknya aku tak hadir kesemua kelas pada hari itu. Mengambil masa untuk merawat luka dalam hati. Aku mula berjinak-jinak dengan aktiviti surau.

Aku mula dekatkan diri dengan program yang baik-baik di university. Aku dah sangat jarang SMS dia. Sudah tentu kami dah tak belajar bersama lagi.

Aku nekad untuk putuskan rasa ini. Aku mengelakkan diri dari duduk satu kelas dengan dia. Walaupun adakalanya aku rindu sangat dengan dia.

Aku gembira sangat-sangat. Aku menangis sebab aku gembira. Aku khabarkan kepada dia, aku sudah jauhkan diri aku dari perkara yang Tuhan tidak redha.

Aku tak tahu kenapa kepada dia aku khabarkan berita ini. Mungkin sebab aku masih menaruh hati. Dia diam tanpa balasan.

Waktu aku mula bertudung labuh, aku perasan dia perhatikan aku. Aku memang mahu tunjuk perubahan aku padanya. Aku berusaha untuk jadi baik.

Ini bukan untuk mencuri hati dia, tapi lebih kepada keinginan aku yang dah pendam lama. Kehidupan bernuansa keislaman yang aku dambakan selama ini.

Cuma aku berhati-hati menjaga hati, aku selalu memohon kepada Tuhan biarlah perubahan ini kerana Tuhan, aku mohon Tuhan pandu setiap langkah kaki aku menuju Dia.

Jika dia sukakan aku, aku doakan Tuhan urus perasaan dia. Aku tetap hargai dia yang ajar aku, jaga aku dengan tidak menabur cinnta palsu.

Aku senang dengan dia. Pernah tak hal macam ini berlaku dalam kehidupan kau? Kau respect dia, kau hargai dia, tapi tak semestinya kau mampu memiliki dia,

dan kau tak upaya beri hati kau pada dia? Sebab kau tahu kau ukan orang baik-baik. Dia wajay mendapat pasangan yang suci dan baik-baik juga.

Bila jumpa semula dia aku masih simpan segan. Dihujung pengajian kami dia pernah ucapkan,

banyak perubahan ke arah kebaikan yang dia nampak dalam diri aku. Dia gembira. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang berlaku.

Mungkin ini yang terbaik, Terbaik untuk kita jalani, Jalani hidup tanpa cinta, Mungkin aku dan kamu, Tidak ditakdirkan bersatu

Walau ku tahu hatimu itu, Mungkin ini takdirnya, Takdir kita harus berpisah, Dan mungkin kita hanya, Perlu berfikir demi cita-cita

Mungkin apa yang kuperlu, Hanya kekuatan dari-Nya, Untuk menjalani liku hidup, Tanpa, Mungkin ini takdirnya

Takdir kita harus berpisah, Dan mungkin kita hanya, Perlu berfikir demi cita-cita, Walau ku tahu kau kan lupa

Lupakan diriku, Walau ku tahu ku kan terluka, Terluka tanpamu, Kau Lupa Itu Aku, Tapi part cinta pertamamu tu aku boleh buang. Haha