Aku dipersalahkan sampai mertua hasut dan sogok anak2 aku benci aku. Akhirnye anak2 aku mula buat pada aku

Assalammualaikum semua. Aku seorang isteri pada seorang lelaki yang sangat2 aku sayang. Cinta budak hostel yang dibawa hingga ke alam dewasa. Kami dkurniakan 4 orang anak.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar hinggalah hujung tahun 2014. Suami aku mula mengambil syaabu setelah hampir 10 tahun dia tinggalkan.

Yer! Jujur aku tau dia sememangnya menaagih benda haaram tu pada zaman remaja beliau, tapi selepas mula merancang impian bersama, najiis tu ditinggalkan jauh2!

Tapi entah mana silapnya, dia mula mengambil dadaah itu semula sekadar suka2 dan akhirnya menjadi ketagihan yang sukar dikawal. Aku yang bekerja pada masa itu.

Maka strress melihat dia dengan dunia dia dan aku mampu tangani tanpa sesiapa pun dari ahli keluaga dia atau kami yang tau. Aku simpan elok rahsia itu demi menjaga air mukanya.

Habuannya? Aku yang di salahkan untuk setiap satu kelaku anak mereka.Aku di katakan salah kerana berhenti kerja. Zaman sekarang bini kena keja bantu suami.

Anak mereka stress sebab terpaksa menanggung beban keluaga bersendiri. Itu jadi punca anak mereka menaagih semula.

Sedangkan mereka tak tahu yang anak mereka menaagih sejak aku masih bekerja lagi! Jadi mana datangnya ia dari aku?

Ok pung pang, pung pang, aku tetap salah kononnya kuat membebel pula. Itu jadi punca anak mereka strress dan menagiih semula.

Tahap mereka menyalahkan aku sampai hasut anak2 aku benci aku. Setiap hari hantar dan ambil anak aku sekolah

Itu memang menjadi perkara yang paling keji dimata anak2 aku, masa kan mahu percaya.. mendengar pun mereka sudah malas.

Mereka di sogok dengan pelbagai tawaran jika mendengar dan makan hasutan wan atok. Tapi tu lah, anak2 yang duduk bersama ibu ayahnya..

jadi mereka lebih tau siapa yang bersalah. Depan mata mereka ibu mereka ni bersabar acap kali di bentak,

di marah dan hingga tahap di puukul. Mereka terpaksa menjadi saksi bisu pada setiap pendeeritaan yang ibu mereka tanggung.

Akhirnya aku menjadi panas kerana aku kesian melihat muka anak2 yang streess bila pulang sekolah kerana brain wash yang dberi setiap hari. Kenapa libatkan anak2 aku pada kegagalan mereka?

Selepas mak kami tiada, masing2 membawa haluan hidup masing2. Percaya tak? Kami dah tak pernah beraya bersama sejak 8 tahun sudah dan aku sendiri dah bertahun tak jumpa abang aku.

Jadi korang rasa boleh ke aku mengadu pada keluaga aku yang macam ni? Aku pernah cuba kot! Tapi nanti aku ceritakan apa kesudahannya. Mengundang sedih je bila fikir.

Panjang lagi cerita perjalanan hidup aku ni, dan rasanya cukuplah setakat ini aku menulis. Jika ada ruang dan waktu aku pasti kembali mencoret cerita.

Sambungan cerita bagaimana aku dijadikan kambing hitam pada keluarga mertua dan suami aku yang semakin hanyut dengan dunia fantasi nya

hingga tahap menawarkan aku untuk bertukar pasangan demi memuaskan nafssunya sendiri.

InsyaaAllah semuanya terkandung pengajaran kepada mereka di luar sana. Doakan aku terus istiqomah menyemai kebaikan walau jalan yang aku selusuri ini berduri tajam.

Menikam sakit hingga aku maati perlahan2 secara rohani. Tapi aku percaya ada pelangi selepas jalan ini.