Aku perempuan, bila mak mennggal, aku hanya tinggal berdua dgn ayah. 4 bulan aku pura2 berlakon pergi kerja

Assalamualaikum, hi, Dah 4-5 kali taip delete, taip delete. Aku tak pasti macam mana aku nak luah. Tapi aku memerlukan semangat, jalan penyelesaian atau apa2 yang boleh aku lakukan.

Aku perempuan, anak bongsu, berumur 30 tahun dan masih single. Aku hidup berdua dengan ayah aku sejak mak aku meninggal,

selagi aku single selagi tulah aku akan tinggal/jaga ayah aku. Aku hidup di kampung, negeri nun jauh di hujung negara.

Dulu kehidupan aku waktu mak aku masih ada, segalanya berjalan dengan smooth je, takdelah perfect sangat tapi still under control.

Aku ada keja, keja biasa2 dan gaji pun cukuplah untuk aku hidup, tiap bulan cukup untuk aku belanja, bagi mak sikit,

Waktu tu saving pun tengah padat, so aku bajet saving aku tu mampu bertahan 5, 6 bulan.

Selepas 4 bulan kot, bila aku dah terasa macam aku takda hala tuju nak buat, aku mula fikir bab keja, aku cari keja.

Lupa nak cakap, masa aku berhenti keja tu takde sesiapa pun yang tahu, even family aku pun tak tahu.

Setiap hari aku bangun pagi then keluar, dating, window shopping, tengok wayang, keluar lepak dengan kawan2 yang keja dorang tak terikat 9 pagi -5 petang.

Tapi adakalanya dorang pun ada keja nak buat, so tak boleh lepak selalu. Senang cakap, aku pura2 macam aku pegi keja. Cukup jam pukul 5 petang aku balik.

Akhirnya genap 5 tahun aku berniaga online, dan dah 5 tahun aku tak bekerja. Bekerja yang aku maksudkan tu bekerja makan gaji dengan orang la.

Dan even aku bisnes online pun, still takde sesiapa yang tahu yang aku dah berhenti keja tempat lama tu.

Orang masih ingat aku keja situ macam biasa, so bisnes online yang aku buat ni macam bisnes part time la, itu anggapan dorang.

Tapi maybe aku lalai, maybe aku tak cukup ilmu, aku tak ambil tahu cara sebenar tentang perniagaan. Untung rugi semua aku kaut sekali.

Yang mana untung pun aku tak tahu. Dan aku tak buat zakat, sedekah dan segalanya yang berkaitan.

tapi tetap takde rezeki aku. Aku stay di kampung, bandar dekat negeri aku ni tak sebesar mana pun, peluang pekerjaan sangat terhad. 1 jawatan, beratus orang yang apply.

Aku cuba fikir untuk keluar dari circle aku, tapi tak boleh, aku tak boleh tinggalkan ayah aku.

Aku cuba fikir untuk keja di premis 24 jam yang memerlukan shift pun tak boleh, tak dibenarkan (yang ni aku taknak ulas, cukup la korang tahu minded setiap orang tak sama). Aku boleh keja yang keluar pagi dan balik sebelum maghrib. Harap korang faham.

apa akan jadi selepas ni? Aku buntu sangat2. Kalau korang takde idea, at least bagi semangat atau doakan aku moga keja2 yang aku apply sebelum ni akan panggil aku keja. Itu pun dah cukup.