Aku kena game dgn sorang Minah pensyarah ni lepas dia ajak aku lepak, Bila aku stalk dia ada skandal dgn student dia.

Selalunya dalam cinta, betina kena game dengan jantan. Meh sini, aku cerita, camner jantan pun boleh kena game dengan betina.

Beberapa tahun lepas, aku pernah heart-break (patah hati) yang sangat teruk. Okay, sebenarnya aku dah beberapa kali heart-break

yang selalunya diikuti dengan perasaan sedih. Heart break yang aku nak cerita ni lain, sebab lepas heart break, aku rasa macam nak buunuh orang.

Minah ni ex-schoolmate aku, kami ada je chat sejak lepas sekolah walaupun on-off, dari zaman MSN Messenger, YM, Gtalk.

Name it. Last sekali zaman Whatsapp lah. So daripada Whatsapp tu, akhirnya kami berjumpa kembali.

Mungkin masa tu, aku jenis kegersangan emosi. Jadi bila ada minah ajak keluar, aku pun fine, bagai orang ngantuk disorongkan bantal.

Selalunya aku ngorat tak pernah jadi, friendzoned all the time. Nice guys boleh faham perasaan ini.

Atau mungkin ada girls yang minat, tapi aku pula tak minat. Normal lah. Selagi dua-dua tak klik, takkan ada lah date.

Masatu aku ingat, dia macam serius nak kat aku, sebab ada je gurau-gurau pasal kahwin, bakal dapat “roommate” baru lah, dll.

Kalau aku yang masatu dah tau apa yang bakal terjadi, memang dah lunyai dia tu. Seb baik tak tau kan.

Sebab aku ingat dia serius, aku siap jumpa mak dia kot kat tempat kerja mak dia, mintak kirim makanan kepada minah tu.

Yang peliknya sejak aku jumpa mak dia, dan kemudian ayah dia, dia makin kerap ghosting aku, sampaikan aku rasa lebih senang nak communicate dengan mak dia berbanding dia.

Bila dah lama sangat ghosting, aku nekad stalk. Bukannya aku tak tau, dia ada skandal dengan student dia.

Masatu, dia pulangkan balik buku teks yang aku pinjamkan kepada dia untuk adik dia. Kebetulan adik dia amik course yang aku pernah amik kat uni.

Nampak tak… Sampai adik dia pun aku tolong! Macam biasa, lepas jumpa, dia ghosting mesej aku 2 minggu.

2 minggu kemudian, tetiba mesej aku. Masatu, aku tengah drive dari Pantai Timur, job kat situ. Dapat je mesej, time drive jugak aku baca.

“Boleh tak kalau kita tak cerita pasal tunang-tunang semua ni buat sementara waktu,” dia mesej.

“Kenapa ya? Ada apa-apa ke yang tak kena?” aku balas.

“Aku rasa aku tak bersedia lagi lah,” dia balas.

aku track balik semua transaction aku kat dia yang cecah 1K.

Kemudian, satu hari aku confront dengan wassap kat dia. Sejak tu, hampir semua jejak mayanya hilang. Tau takut. Kuikui…

Memang masa tu, aku nice guy. Aku layan je apa yang dia request. Tapi, dia pun bukan nice girl.

Dia manipulasi perasaan aku supaya aku mengeluarkan duit untuk support life-style dia yang acah-acah glamer

padahal budak-budak baru nak up, dah tua baru nak huha-huha berjimba sana-sini.

Lagipun, sekarang dah ada orang yang sayang aku for who I am. Alhamdulillah. Thanks bae 😛

Tapi hutang aku tak lupa beb. Kot la Gold Digger tu terbaca confession ni, Al-Mulk yang kau baca tiap-tiap malam tu takkan dapat halalkan hutang 1K kau (entah ye tidak dibacanya Al-Mulk, ke gebang?).

Kau sedekah la kat sapa-sapa, tapi aku takkan halalkan hutang tu. Bila kau kena malapetaka,

aku nak kau ingat takkan ada sebab yang lain, ini karma kau. Jangan sebab dosa kau, nanti anak kau yang “merasa”.

Pengajaran:

1. Nice guys, sila jadi nice men. Betul, bukan salah korang jadi “budak baik” ni,

Jangan buli nice guys, sebab mungkin nice guys yang pernah ko buli bakal menjadi Dato’/ Tan Sri yang akan menge-game-kan anak-anak perempuan korang one days.