“Awak nak lesen special ke biasa?” Masa memandu tu cikgu tu gosok2 peha sy. Bila bg tahu mak, mak suruh buat mcm tu

Assalamualaikum warga pembaca . Saya Sya.

Seperti yang kita sedia maklum, lagi beberapa bulan sahaja lagi cuti persekolahan akan bermula.

SPM pun sudah semakin hampir dan akan ramai pelajar atau ibu bapa sendir yang nak ambil lesen memandu.

Di sini saya nak cerita kan tentang kisah hitam semasa saya belajar memandu.

Saya berasal dari luar Bandar means bukan Bandar kan dah nama pun luar Bandar, okay macam ni ceritanya,

lepas saya habis SPM saya pun nak ambil lsen memandu kereta, jadi saya pun pergi tempat agen lesen tu.

dah tentu tentu JPJ so sekarang ni yang special tu maknanya nak rasuah Encik JPJ lah ni untuk bagi kita lulus.

Tapi semua jangan risau saya tak ambil pun ‘special’ tu. Sya masih waras. InsyaAllah. Jadi saya ambillah jenis lesen biasa je tanpa bayar lebih kepada pak cik tu.

Mula je KPP 02 saya… saya dah rasa tak suka dengan pak cik tu. Saya benci, sakit hati sampai saya rasa nak doakan keburukan pak cik tu pulak. Saya tahu semua ni salh tapi saya memang tak puas hati dengan pak cik tu.

Dahlah pak cik tu ajar sya dengan tak ikhlasnya saya rasa pak cik tu layan saya dengan sanggat teruk sampai dia tengking tengking saya depan orang ramai…

Dan yang paling teruk sekali pak cik tu gatal gila nak mampus. Saya minta maaf lah kalau ayat saya ni sangat teruk.

Setiap kali saya habis belajar dengan dia, rasa hormat saya pada diasemakin berkurang dan tiap kali habis belajar saya akan menangis.

Saya ada beritahu mak saya tapi kami tak boleh buat apa apa. Mak saya suruh saya tepis je kalau pak cik cuba buat something lagi pada saya.

Akhir sekali saya nak nasihat kan kepada semua pembaca kalau nak ambil lesen ananti pilihlah cikgu yang terbaik,

yang awak percaya, jangan pilih berdaarkan pemakaian dia maknanya dia pakai kopiah ke pakai serban ke tu semua tak bermakna pun.

Sekarang ni disebabkan pak cik tua tu saya dah mula benci semua lelaki yang tua tengok muka diorang teringat apa yang pak cik tu dah buat pada saya.

Selain itu, yang nak ambil lesen tu fikir dengan waras ye. Maknanya sama ada awak nak ambil lesen special atau tidak. Fikir azab Allah.

Itu sahaja daripada saya. Maafkan saya kalau gunakan bahasa yang kasar dan banyak typo dan saya minta jangan kecam sya dan juga family saya.

Terima kasih yang sudi membaca. Assalamualaikum.