2 tahun lebih aku kenal si A tapi ibu bapa aku tak restu hubungan ni walau perbagai cara kami usahakan.

Assalamualaikum. Aku tak reti sangat bercerita tapi aku perlukan pendapat semua orang. Umur aku 24 tahun. Aku belajar sehingga kelulusan degree.

Manakala boyfriend aku (A) belajar sampai diploma. Aku kenal dia pada final semester degree.

Sudah 2 tahun lebih aku kenal si A. Pada tahun pertama aku sudah pun cerita pada mak aku tentang A.

Pada awalnya mak aku walaupun tak suka dia, tapi mak aku cuba untuk terima. Pelbagai cabaran aku dan A lalui. Kami sering bergaduh dan masing2 susah mengalah.

Dalam tempoh itu aku banyak bermasam muka depan mak kerana ada masalah dengan A. Mak mula tak suka dengan A.

Aku tengok si A pula masatu sudah pun berkawan dengan perempuan lain. Jadi aku nekad untuk move on.

Pada awalnya aku suka berkenalan dengan B sebab mak ayah happy bila aku berkawan dengan B.

Tapi makin lama aku rasa perasaan aku fake. Aku rasa mcm rebound love. Jadi aku slowly jauhkan diri dari B. Aku mintak maaf dengan dia kerana tak boleh Aku masih ingat si A.

Pada masa yang sama A datang semula pada aku. Bagitau benda yang sama aku lalui. Aku tak boleh nak berkawan dengan orang lain. Begitu juga si A.

Bak kata orang we still love each other. Kami nekad nak get back and slowly usaha untuk dapatkan restu mak dan ayah.

A cari kerja dekat dengan aku. Sebelum ni dia kerja jauh tapi dia selalu datang jumpa aku on weekends.

Bila dia dah dapat kerja dekat, aku selalu lah jumpa dia. Aku taknak tipu mak ayah aku, mak pernah kunci aku diluar rumah waktu kecik sebab menipu.

Aku tknak menipu tapi aku takde choice, aku nak jumpa A tapi kalau aku mintak izin jumpa A mesti mak ayah marah sebab masih berkawan dengan A.

Belum waktu yang sesuai utk aku mintak restu. Aku fikir aku nak tunggu A stabil baru aku cerita dengan mak ayah.

Jadi kalau aku berjumpa aku akan tipu mak aku ckp pergi office ke atau pergi jumpa kawan perempuan.

Dia nak call boss aku untuk kepastian. Aku stress dengan mak dan aku mula rasa tidak puas hati.

Mak push aku tanya aku masih berkawan dengan A atau tidak. Tanya aku tipu dia atau tidak.

Aku rasa pressure sangat sampai aku cakap aku taknak tipu dia tapi dia yang buat aku macam ni.

Dia buat aku menipu, dia halang aku berkawan dengan orang yang aku pilih. Bila mak aku dgr aku balas mcmtu mak mula pukul aku.

Aku mintak maaf dengan mak sebab menipu tapi aku tanya mak salah ke aku nak berkawan dengan A. Dia dah berubah, kami dah berubah. Sama sama sedang usaha.

Mak cakap aku kurang ajar dengan mak ayah sebab si A. Kalau aku kurang ajar mungkin sebab aku stress dengan masalah.

Dan masalah tak semestinya semua berkaitan dengan A. Mak tak boleh tuduh aku melulu mcmni.

Mak mintak aku pulangkan semua harta yang dia dah bagi aku, termasuk kereta handphone, dan yuran mengajian.

Mak cakap kalau aku pilih A jangan balik ke rumah dia, mak dan ayah tak kesah hilang seorang anak perempuan katanya.

Sedihnya hati ini, menangis teresak esak aku peluk kaki ayahku. Aku mintak ampun dengan ayah, peluk cium kakinya menangis nangis.

Mereka tiada tandingan. Tapi hati aku sygkan A. Bila A tahu aku kena marah dan kena pukul sebab dia, dia mula rasa bersalah. Dia mahu tinggalkan aku.

Tapi aku mintak dia bagi aku semangat. Dia ckp kalau masih tak dpt restu dia akan tunggu aku.

Aku cuba cari hukum berkahwin tanpa restu ibu bapa. Ada yang cakap restu ibu bapa bukan syarat sah nikah, 80% kes perceraian berlaku kat malaysia dengan restu ibu bapa.

Mintak pendapat korang semua. Doakan masalah aku temui jalan penyelesai yang di redhai semua orang. Aamiin.

– Deena (Bukan nama sebenar)