Laki tu mahu lamar aku tp rasa hati gelisah pula. Aku terus pinjam fcebook akak stalk dia. Tak terkata selama ini dia menipu

Aku doakan semoga hari anda ceria selalu, tapi doa ini bukan untuk sang lelaki (sudah berpunya) yang miang lagi penipu! Aku wanita bekerjaya, masih muda & belum berkahwin.

Dengan usia semuda ini, aku yang memegang jawatan ketua unit/department di sebuah agensi awam merasakan ia agak mencabar lebih-lebih lagi jika urusan kerjaku melibatkan connection dengan orang luar terutamanya LELAKI.

Dimulakan dengan perbincangan formal, disusuli dengan ajakan berchatting pada waktu malam, perlawaan keluar teman berjalan/tengok wayang dan sebagainya.

Lillahita’ala… Semua lelaki yang terlibat seperti di atas adalah dalam kalangan bujang, pakwa orang, suami orang & duda.

Hampir semuanya cuba untuk mendekati aku bahkan mereka tidak malu berterus terang denganku mengatakan mereka ingin mengenali aku dengan lebih rapat.

Apa yang aku tak tahu, ternyata dia seorang penipu, memasang taktik mencari madu, kusangkakan bujang rupanya anak dah lebih satu! Penipu!

Sejak berkenalan atas urusan kerja, hari-hari dia Whatsapp aku. Bukan sebab nak beri info berkenaan kerja tapi sekadar bertanya khabar,

disisipkan juga dengan panggilan sayang buat aku. Perbualan ini berlarutan, kadang-kadang sampai ke malam.

Aku yang naif ini pun percaya yang dia bujang. Sebab apa? Kalau laki orang, takkan lah main handphone sampai ke malam hampir setiap hari.

Mesti bini marah! Ternyata aku salah. Oleh kerana dia mengaku dia hidup sorang, aku pun layan lah dia sebab peribadinya baik. Sangat mengambil berat tentang aku.

Tiada gambar bersama pasangan. Tiada gambar budak. Status dirinya di laman tersebut juga tertulis “single”. Hanya gambar-gambar dia menjalani kehidupan hariannya secara solo.

Aku pun simpulkan siasatanku dengan mengatakan, “betul, dia memang bujang”. Meskipun hari berganti hari,

rasa cinta dalam hatiku belum berputik walaupun dia sudah mula berborak perihal cinta & rindu.

Sayang & kasih. Rasa suka dekat orangnya mungkin ada sedikit, kerana dia seorang yang Charming & kuat berusaha untuk memenangi hati aku.

Tapi entah mengapa kadang-kala, aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jika diamati, semuanya normal sewaktu kami berjumpa. Makan bersama.

Yang komen semua wanita, itu pun hanya 10% gambarnya yang dikomen. Followers nya juga tidak ramai & 95% daripadanya adalah wanita.

Mindaku yang kebingungan ini tiba-tiba berfungsi dengan baik sekali apabila mulutku spontan berkata “kenapa tiada langsung gambar keluarganya (ibu, bapa & adik beradik) atau rakan-rakan baiknya?”

Sungguh sesuatu! Berbeza dengan aku. Facebook ku dipenuhi dengan gurau senda rakan taulan, adik beradik, jiran, saudara-maraku di ruangan komen. Kalau aku upload gambar,

pasti ada yang komen terutamanya adikku, makcik, pakcik, sepupu & sebagainya. Sangat meriah. Tapi, facebooknya sangat sepi.

Gambarnya juga jarang di upload. Hatiku merasakan mungkin dia memang seorang yang mysterious sejak azali, sebab dia pun pernah kata yang dia tak banyak cakap (tapi dengan aku dia ashik bercakap ).

Wanita memang sangat hebat dalam menjalankan tugas sebagai detektif. Jangan sesekali kau nafikan perkara ini, wahai lelaki. Langkah seterusnya.

Aku merayu dengan kakakku untuk pinjam akaun facebooknya untuk satu hari. Kakakku benarkan kerana dia sebagai wanita sentiasa menyokong penyelidikan sebegini bagi membanteras suami-suami orang yang menipu Untuk pengetahuan semua,

pada saat ini lelaki tersebut sudah mula bagi hint pasal kahwin & alam rumahtangga. Saling menghantar gambarnya.

Dia juga memaklumkan berkenaan aset dan harta yang dia ada yang kononnya akan menyenangkan aku jika aku berkahwin dengan dia. Wah lelaki yang stable.

Bagus tapi mungkin sebab aku sendiri dah beli rumah, tiadalah aku melompat gembira sangat.

Lelaki yang bibirnya sedang tak henti panggil aku sayang. Akhirnya aku temui akaun facebooknya yang lagi satu, yang terpapar status dirinya “married” di situ.

Satu per satu gambar aku lihat dan akhirnya, aku temui potret keluarganya sewaktu hari raya.

Menitik air mataku, bukan sebab hatiku hancur ditipu kata-kata manis lelaki ini, tapi aku sedang menggambarkan betapa sedihnya jika si isteri yang sedang menggendong bayi di dalam gambar tersebut dapat tahu perangai suaminya yang sebenar.

Kelihatan 2 orang kanak-kanak berbaju sedondon yang comel tersenyum kegembiraan. Aku tak dapat bayangkan jika aku lah penyebab terhapusnya senyuman mereka

yang bukan hanya sayangkan ayahnya tapi juga sentiasa perlukan seorang bapa. Aku lawati juga facebook si isteri, banyak gambar keluarga.

Tergamak sungguh. Allah dah bagi cukup. Kerja bagus, keluarga bahagia, isteri cantik, anak comel. Apa lagi yang kurang? Mengapa nak diundang duka & tangisan?

Aku jamin, si isteri pasti tidak tahu kewujudkan akaun facebook kedua sang suami yang ada dalam friend list aku tu. Dah block juga agaknya.

Bijak permainanmu, bijak lagi akalku. Alhamdulillah, dibukakan pintu kebenaran. Penyiasatan yang pada awalnya aku rasa hanya buang masa & overreacting sebenarnya bernilai.

Cuba kalau aku ni percaya bulat-bulat yang dia bujang serta pilih untuk teruskan perbualan dari hati ke hati.

Termakan kata-kata charming nya yang sedaya upaya menambat hatiku. Lama-lama pasti sayang.

aku khuatir sedikit demi sedikit ruang untuk mereka dalam hati kau hilang disebabkan aku. Sedangkan merekalah darah daging kau.

Tempat mereka adalah di setiap sudut ruang hati kau. Bukan aku. Jangan kau buka ruangan hati itu untuk aku because I will never destroy that happiness.

Saat aku sudah tahu kebenaran, aku bertindak untuk tidak terus menghentam dia. Aku juga tidak mahu terus hilang tanpa sebab kerana jika aku block dia pada waktu itu,

dia akan hubungi telefon pejabat aku mahupun datang ke Pejabat untuk berjumpa aku. Ini lah yang aku alami setiap kali aku ambil pendekatan untuk block whatsapp Lelaki miang.

Penat staffku nak jawab berkenaan keberadaanku. Aku harap readers tidak kecewa kerana aku sikit pun tidak beritahu lelaki ini yang aku sudah tahu dia adalah suami orang.

Aku block akaun facebook nya. Beri 1001 alasan untuk tolak ajakan keluar dengan dia. Tidak balas, tidak angkat panggilannya.

Setiap kali dia telefon/datang pejabatku, aku pesan dekat staffku untuk mengatakan aku keluar, aku meeting & aku outstation.

Padahal aku ada di dalam bilikku, sedang sibuk mengelak daripada bertembung dengan kebebalan otaknya.

Walaupun dia nak jumpa atas alasan kerja, aku minta staff aku yang deal dengan dia, sehinggalah usahasama agensiku dengan syarikatnya tamat.

Sekilas raut wajahku pun aku tak beri dia lihat. Tidakku kira berapa bulan tempoh perkenalan aku dan dia atau seberapa lama namanya tersemat dalam doaku.

tak menduakan aku & tidak akan mengguriskan hati aku dan anak-anak demi orang lain ya. – Dee (Bukan nama sebenar)