Kadang aku terfikir. Jika sesuatu berlaku pada rumah tangga ke2. Macam mana lah dia dan anak

Sebenarnya, seorang wanita tidak dipertanggungjawabkan untuk menyara diri sendiri & keluarga.

Sebelum berkahwin, dia adalah dibawah tanggungjawab ayahnya atau walinya. Dan selepas berkahwin, dia adalah tanggungjawab suaminya.

Tapi hakikat dunia sekarang, sebagai seorang wanita aku sendiri tak mampu menafikan yang aku memerlukan sumber pendapatan aku sendiri.

Mak aku seorang ibu tunggal, bercerai hidup dengan bapak aku. Selepas aku & adik beradik mula bekerja, kamilah yang menyara kehidupan mak.

Mak bernasib baik sebab ada rumah peninggalan arwah atuk. Sekurang-kurangnya, tempat berteduh tu ada dan tak perlu terikat dengan sewa bulanan.

Aku sendiri sebagai seorang isteri dan ibu, aku faham keadaan kewangan suami aku yang menanggung keseluruhan perbelanjaan keluarga.

Untuk yang berpendapatan tinggi, mungkin tak menjadi masalah. Tapi untuk yang berpendapatan sederhana dan rendah, dapat pastikan dapur sentiasa berasap,

rumah bercahaya lampu, kereta berisi petrol, pendidikan anak-anak lengkap, itu sudah memadai. Lain-lain keinginan mungkin tak mampu dipenuhi oleh suami.

Jadi sedikit sebanyak aku sendiri mampu mendapatkan keinginan aku tanpa membebankan suami.

Sesekali mampu bawa suami & anak-anak bercuti. Sebulan sekali mampu belanja keluarga makan yang istimewa.

Sediakan payung sebelum hujan, jadi dengan pendapatan yang aku perolehi aku buat simpanan untuk keluarga aku.

Dalam kes aku, suami aku belum mampu untuk buat simpanan tetap, jadi aku sendiri ambil inisiatif untuk buat simpanan. Lagi-lagi untuk pendidikan anak-anak aku nanti.

Aku juga rasa seronok dan teruja apabila mampu bersedekah dengan duit pendapatan aku sendiri.

Tak kiralah bersedekah kepada mak, adik beradik, anak-anak, suami, anak-anak buah, rakan sekerja, masjid, badan-badan kebajikan hatta seekor kucing sekalipun.

Ye aku akui bersedekah bukan hanya dengan wang ringgit, tapi untuk aku, aku cukup bersyukur pendapatan yang aku dapat mampu untuk aku bersedekah sedikit.

Tapi rezeki mendapat seorang lelaki yang mampu menyara kehidupannya. Aku ingatkan dia akan ambil iktibar dari kesusahan dulu, rupanya tidak.

Kadang aku terfikir, kalau sesuatu terjadi kepada rumah tangga ke-2 ini atau kepada suaminya, apa nasib anak-anaknya?

Ayah tiri tak perlu bertanggungjawab, ayah kandung anak-anaknya kurang berkemampuan, ke mana dia nak pergi?

Ibu bapa dia sendiri hidup sekadar cukup makan, usia pula makin lanjut.

Bila aku ingatkan dia tentang simpanan anak-anaknya, dia kata simpanan dari TAWAS & ADAM50 memadai. Aku hanya geleng kepala.

Aku tak suka tengok perempuan yang hidup terumbang ambing bila kehilangan tempat bergantung.

Wanita, anda juga ada kudrat, anda juga ada tulang 4 kerat. Berusahalah. Jangan terlalu selesa dengan kehidupan sedia ada, kehidupan bergantung dengan orang lain.

Anda bukan beban, anda bukan menyusahkan, tetapi anda perlu beringat hak anda mungkin dinafikan.