Aku bekerja sebagai jurutera dan mempunyai seorang anak. Bila aku ckp aku penat pada suami. Ini pula kelakuan dia.

Aku serabut. Penat mental. Aku tak tahu nak cerita kat sapa. Cerita kat keluarga, nanti diorang risau. Nak cerita kat kawan-kawan, takot diorang ada persepsi lain. Kalau cerita kat sini, okay sebab korang tak kenal aku.

Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa. Sebab aku percaya apa yang aku rasa ni, ada wanita lain mengalaminya.

Cuma mungkin mereka kuat lalu mereka tak terkesan. Tapi itulah, sesiapa yang pernah rasa apa yang aku rasa ni,

mohon share pendapat atau tips untuk aku terus tabah, kuat dan gagah dalam mengharungi dugaan hidup.

Sekarang anak aku berusia hampir setahun. Fully breastfeed. Sebelum berkahwin aku memang sangat sibuk dengan kerjaya sebab bekerja di sektor swasta ni,

kalau aku tak pulun dan perform, ada harapan kena buang, performance teruk dan dikenakan tindakan.

Aku perlukan kerja ni sebab ni salah satu cara aku untuk tolong keluarga aku bila perlu.

Dengan gaji aku, sedikit sebanyak aku boleh hulur-hulur dekat keluarga bila diperlukan dan aku tak perlu mintak duit suami untuk beli barang-barang aku

atau kadangkala aku beli barang-barang keluarga kecil aku tanpa mengharapkan suami aku. Suami aku kerja dalam bidang yang sama. Tapi dia project based.

Balik kerja, redah jam, ambil anak di rumah pengasuh, mandikan anak, bagi anak makan, susukan anak. Sambung pam untuk tingkatkan stok susu.

Untuk dinner, aku akan kelam kabut untuk makan sebab anak aku jenis mengempeng. Tak Nampak aku je, dia akan menangis.

Tapi sebab aku kerap lapar, aku curi-curi masa masak makanan simple dan makan laju-laju.

Lepas makan, siapkan barang anak, susukan anak dan kadang-kala tertidur terus. Anak aku jenis berkepit dan susah nak tidur.

Dalam tidur pon kena menyusu sebab anak aku kuat menyusu. Tidur aku memang tak lena. Agak penat sebab tak cukup rehat tapi aku akan usaha semampu aku. Tapi kadangkala aku penat.

Aku pernah suarakan yang aku penat, sebab tu kerja rumah tak siap. Tapi suami aku anggap tu alasan. Katanya dia mampu buat if he was me.

Ye betul, dia buat kerja laju. Tapi dia mampu buat semua tu sebab anak tak berkepit dengan dia dan dia tak susukan anak. Tidur dia lena.

Even dia off day, dia hantar anak ke pengasuh dan dia boleh focus buat kerja-kerja rumah. Dia tak perlu buat kerja pejabat di rumah.

Kalau ada kerja pejabat pon, mesti anak kami dia pass kat aku untuk dijaga. So masa aku jaga anak aku, dia boleh focus buat kerja.

Aku redha. Aku tahu walaupun kami kerja dalam bidang yang sama, kerjaya suami aku makin hebat, Alhamdulillah rezeki dia.

tapi kadangkala dia tak faham dan asyik tak berpuas hati dengan aku. Banyak disindir.

Katanya aku tak seperti keluarga dia yang rajin kemas rumah. Rumah sentiasa tip top. Aku malas nak defend diri bila di compare kan begini, sebab boleh jadi gaduh laki bini.

Keluarga dia ada yang tidak bekerja, ada yang bekerja yang tidak sesibuk aku (boleh pergi kerja dan balik kerja on time.

Kat rumah memang takde kerja pejabat di bawa balik). Keluarga dia takde yang PJJ macam kami.

Maka situasi kami sangat berlainan. Contohnya bila isteri nak masak atau kemas rumah, suami boleh jagakan anak.

Nak buat sendiri agak payah sebab anak aku asyik berkepit. Kalau makan pon kelam kabut, demam pon tahan je, apetah lagi nak mop rumah.

Suami aku seolah-olah rasa aku malas. Sebab dia compare dengan isteri orang lain. Tapi dia tak sedar,

situasi setiap orang yang dia bandingkan itu sangat berbeza dengan situasi kami. Ada yang dibandingkan tu,

duduk setaman dengan parents, so nak outstation ke, sakit demam ke, boleh mintak tolong keluarga jagakan anak untuk sementara waktu.

Ada yang suaminya sediakan pembantu rumah, ada yang suami tinggal sebumbung.Aku tak suka nak compare sebab aku percaya mereka pon ada dugaan masing-masing

Aku nak terus kuat. Tolong jangan kecam suami aku, mungkin dia ada reason dia tersendiri. Mungkin dia tersalah pilih pasangan yang tak meet his expectation.

Aku bukan tak cuba. Aku dah cuba tapi tak cukup hebat. Tapi being me, aku memang tak mampu nak excel semua.

Unless aku tak tidur dan tak rehat, mungkin aku boleh buat semua dengan cemerlang. Tapi aku bukan robot.

Lately aku kerap sakit perut di tempat czer dan kepala. Aku makin susah nak tidur malam. Belakang aku sakit, pinggang aku sakit.

Kadang-kadang aku takut aku mati sorang-sorang kat rumah masa berdua dengan anak. Aku takut bila aku mati,

Tolong aku. Share tips please. Hanya Allah yang dapat membalas jaga korang.

– Wanita yang ingin kuat (Bukan nama sebenar)