Aku curi2 ambil handpon adik perempuan aku. Terkejut nampak chat dan gambar tanpa seurat benang

Assalamualaikum. Aku perkenalkan diri aku sebagai Wiwi, perempuan, belum berkahwin dan bakal mencecah usia warga emas. beberapa tahun lagi. Aku adalah anak kedua bongsu dan aku ada beberapa orang abang dan kakak.

Tujuan aku menulis adalah untuk meluahkan perasaan mengenai adik bongsu ku, si Amoi. Aku tak tahu pada siapa untuk aku berkongsi masalah ni.

Aku kena cerita secara detail supaya tak terlepas point penting.

Sebagai mukadimah, si Amoi ni umur dia cuma muda setahun dari aku. Dalam adik beradik kami dia ditatang bagai minyak yang penuh. Dah nama pun anak bongsu kan.

Kami baru saja kehilangan seorang ibu beberapa bulan lepas. Si Amoi adalah anak yang paling rapat dengan arwah sebab dia seorang yang tinggal dengan ibu bapa.

Aku belajar luar dari negeri dan abang-abang serta kakak aku sudah pun berkeluarga. Walaupun sudah berkeluarga, ada beberapa orang yang duduk dekat dengan rumah.

Arwah ibu dan ayah memang tak benarkan si Amoi duduk jauh dari mereka sebab dari zaman sekolah lagi dia selalu buat “hal”. Hal yang aku maksudkan adalah bertukar-tukar kekasih.

Diberikan nikmat dengan rupa paras yang menarik, maka bertambah senanglah dia dapat lelaki yang dia aim.

Kejap dengan lelaki ni, kejap ngan lelaki tu. Dan lelaki tu semuanya lelaki yang memang terkenal dengan perangai tak guna.

Ya, betul. Aku setuju. Lagi payah bila si anak tu ada rupa paras yang menarik.

Semasa kami masih bersekolah, selalu juga kawan-kawan lelaki aku beritahu, ” Wiwi, adik kau couple dengan si polan kan?”

“wey Wiwi, semalam aku nampak adik kau tengah date dengan si polan, si polan”. Maka kantoilah yang si Amoi menipu ibu dan ayah kami.

Sejak dari beberapa peristiwa kantoi, dia memang tak dibenarkan keluar dengan kawan-kawan dia.

Kalau nak keluar dengan kawan, kena ada aku teman atau ibu teman. Salah satu sebab adalah ibu dan ayah memang tak percaya dengan si Amoi.

Bagi dia, apa yang dia fikir je betul. Orang lain tak faham dia. Dia dah besar bukan budak-budak lagi. Eyy dia ni. Aku hempuk jugak kang.

Kakak-kakak dan abang-abang pun dia tak ada rasa hormat. Hidup dia terlalu taksub dengan handphone dan quote-quote merapu yang acah-acah deep.

Selepas pemergian ibu, kakak dan abang aku tersangatlah ambil berat tentang si Amoi ni sebab cuma ibu sorang je yang dia dengar cakap.

Memang dari dulu lagi diorang ni prihatin tapi sejak ibu tiada, makin bertambahlah prihatin sebab risau dengan keadaan si Amoi.

Aku yang bekerja luar dari negeri, berhenti kerja dan duduk di kampung semata untuk jaga ayah dan si Amoi.

Aku cakap dengan kakak aku, biar jelah dia. Orang tengah dilamun cinta, cakap apa pun tak dengar. Lagipun dia bukan boleh berjumpa dengan lelaki tu.

Hidup dia cuma pergi kerja, balik kerja. Ayah aku sampai sekarang ambil tahu waktu kerja dia. Pukul berapa balik, kalau lambat ayah aku akan tanya kenapa.

Disebabkan kakak aku seorang yang prihatin, dia beritahu ayah aku sebab dia rasa ayah aku patut tahu apa yang jadi sebab kakak aku duduk jauh.

Dia tak boleh pantau. Jadi dia nak ayah aku bagi perhatian lebih pada Amoi lebih-lebih lagi ibu baru meninggal.

Si Jongos tu marah betul dengan adik aku sebab mengaku yang diorang bercinta lepas ayah tanya pasal hubungan diorang.

Dia mungkin rasa selamat sebab handphone dia ada password. Padahal dia tak tahu yang aku tahu password dia.

Kan aku dah cakap dia kurang bijak. Password yang dia pakai, tarikh hari jadi. Hmmm. Aku tergerak hati untuk buka chat dia

sebab aku nak tengok dia masih berhubung atau tak dengan kekasih setengah mati dia tu.

Rupanya Amoi baru tahu si Jongos tu baru kahwin tahun lepas dan ada anak sorang. Baru lahir ogos tahun ni k. Masa aku baca tu, diorang dah putus. Tapi tapi tapi.

Allahu. Beratnya jari aku untuk menulis perkara sebenar. Walaupun korang tak kenal aku dan si Amoi ni siapa, aku tetap rasa malu untuk menulis.

sebab umur dia dah makin meningkat tapi aku tak sangka semurah tu diri dia dan sebodoh itu.

Sedangkan ayah aku sentiasa jaga pergaulan dia. Tapi dalam diam dia sanggup conteng arang. Jijik! Perbualan mereka sangat jijik.

Aku pun sampai tahap tak faham apa yang diorang sembang. Berdenyut kepala aku. Aku ada juga terbaca yang si Jongos kata jangan sampai ada yang tahu “aib” Amoi sebelum jumpa dengan dia. Apa yang kau terfikir bila dia sebut tentang “aib”?

Selama ni pergerakan dia sentiasa arwah ibu dan ayah jaga tapi mungkin ada juga yang mereka terlepas pandang.

Aku tak sanggup nak scroll lebih lagi sebab aku tak sanggup nak baca perbualan lucaah lagi jijiik. Aku tengok waktu conversation diorang pukul 4 pagi.

Dah berhari, sejak dari hari aku tahu perkara aib ni, setiap kali solat mesti air mata aku akan mengalir dan aku akan teresak-esak semasa tengah solat.

Betapa kecewanya aku bila tahu satu satunya adik yang aku sayang, anak yang arwah ibu paling sayang sanggup buat perkara yang tak bermaruah.

Sumpah demi Allah aku kecewa. Aku tak dapat bayangkan kalau ayah aku tahu aib ni.

Aku sebagai seorang kakak pun rasa kecewa, hari-hari aku menangis apatah lagi ayah aku. Dari dulu sampai sekarang aku berdoa semoga kami adik beradik jadi anak yang soleh dan solehah.

Mungkin dosa aku banyak sangat sebab tu Allah tak makbulkan doa aku. Sampai ke saat ini aku masih layan Amoi dengan baik.

Allah. Sungguh aku kecewa. Jagalah saudara perempuan anda sebelum terlambat. Mungkin mereka kelihatan suci di depan anda, tapi dibelakang .