5x aku minta suami urut sekali je dapat, kecewa sedih. Mertua pula selalu nak tentukan hal anak aku.

Malam tadi aku termengamuk depan suami aku setelah berapa lamanya aku simpan segala sedih, kecewa, marah ni sorang-sorang.

Hanya sebab aku tak tahan dengar anak aku menangis menjerit di waktu hampir maghrib.

Puncanya? Suami aku usik anak aku sampai menangis tapi tak berjaya pujuk untuk senyap,

dan dia tinggalkan anak aku menangis menjerit macam tu je. Mungkin dengan harapan aku yang akan pujuk

tapi aku memang dah tau perangai anak aku memang jenis susah dipujuk kalau menangis dan aku sendiri sedaya upaya takkan buat dia menangis tanpa sebab.

Cerita pada suami, mintak urutkan. Tapi dalam 5 kali mintak tolong, sekali je dapat. Simpan lagi rasa sorang-sorang dan fikir mungkin suami letih bekerja.

Takpelah, urutlah sendiri perlahan-lahan dengan positifkan minda supaya tak terbawa-bawa perasaan sedih masa mengandung ni.

Banyak lagi sebenarnya kejadian kecik hati dengan suami tapi simpankan je sebab tak berkesempatan pun nak berbincang.

Belum lagi bab mil yang tinggal sebumbung. Masa mengandungkan anak kedua, aku pernah rasa taknak balik rumah sebab ada perasaan trauma,

tidur malam selalu terjaga dan menangis sebab terngiang-ngiang kata-kata dan perbuatan mil pada aku, pernah pukul anak sulungku masa aku dalam pantang sebab stress dengan mil.

nanti mil cakap aku bukan keluarganya. Setiap kata-kata diam umpama satu arahan.

Sekarang dia memaksa kami hantar anak sulung aku ke tadika tahun depan hanya sebab anak aku pemalu bila jumpa orang (golongan dewasa je dia malu,

kalau umur sebaya dia, dia suka bertegur dan main sama-sama). Bagi aku, anak aku takde masalah pun dan aku dah ada planning untuk pendidikan anak aku.

Kenapa mesti mil nak tentukan apa yang perlu dan tak untuk anak aku? Aku stress sampai ada masa memang aku tak mampu tahan dan aku lepaskan pada anak-anak aku.

Diorang jadi mangsa bila suami dan mil buat hal. Anak sulung aku pernah kena tampar sekuat hati,

Aku sayang anak-anak aku. Bila aku terfikir nak lari dari rumah, perkara pertama yang aku nak bawak adalah anak-anak aku.

Merekalah nyawa dan kekuatan aku. Dan sebab anak-anak aku jugaklah aku masih bertahan walaupun kadang-kadang aku rasa tak mampu.

Dipresikah aku bila korang pembaca dah tau kisah aku ni?

Aku ada buat ujian DASS tapi keputusannya normal. Dan ujian ni bukan sekali aku buat. Aku akan buat tiap kali emosi terganggu dan anak aku jadi mangsa.

Kalau bermasalah memang aku sendiri nakkan rawatan untuk elakkan perkara lagi buruk jadi. Aku takde tempat bercerita dan mengadu.

Apa pendapat korang ye? Tolong berikan aku sedikit nasihat. Terima kasih.