Nape encik nak cepat. Adil ke sy layan encik yg baru tunggu 30minit sedangkn ada lagi yg perlu doktor selamatkan

Assalamualaikum pembaca sekalian. Aku penulis yang dah beberapa kali menulis di ruangan ni. Mungkin korang boleh agak atau teringat selepas melihat gaya penulisan aku.

Kali ni, aku menulis untuk menceritakan beberapa kisah setelah 2 tahun berada di sektor kesihatan awam.

Pengalaman walaupun hanya 2 tahun ini memang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan, kekeluargaan, perhubungan dan kebencian.

Disini aku bawakan pada kalian pembaca beberapa kisah utama diantara kisah kisah yang telah aku lalui sepanjang bekerja sebagai seorang Penolong Pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital. InshaAllah akan dikongsi lagi jika ada masa diwaktu hadapan.

…………………

KISAH 1

Masih aku ingat. Hari itu hari terakhir untuk cuti persekolahan. Hari ahad sekitar jam 10 pagi.

Sesampai sahaja di hospital cpr diteruskan hingga hampir 1 jam dan kemudiannya berhenti disebabkan tiada respon.

Pegawai perubatan meminta waris untuk masuk dan ingin menerangkan tentang keadaan jantung pesakit yang sudah berhenti.

Tidak lama kemudian, masuk seorang wanita dengan perutnya yang memboyot diiringi 2 kanak kanak sekitar 8 dan 10 tahun.

Menjerit meraung si anak memanggil si bapa hingga tidak keluar suara di hujungnya. Si isteri menangis sambil menyahut pilu memanggil sang suami yang tidak lagi bernyawa.

“Saya dah pesan abangg kurangkan hobi ni. Macam mana saya nak besarkan anak anak ni banggg”. Kami cuma mampu terdiam kaku di tepi kumpulan keluarga itu.

Iya terlalu muda untuk mendapat serangan. Punca utama yang dapat dikenal pasti adalah ACTIVE SMOKER.

2 kotak dalam satu hari. Anaknya 3 orang menunggu di ruangan menunggu. Allahuu..

3 orang lagi pesakit sedang mendapatkan bantuan pernafasan oksigen disebabkan serangan asthma yang teruk.

Mungkin disebabkan cuaca yang sejuk, hujan dari siang hari tadi. Keadaan mereka masih belum stabil. 2 lagi pesakit terlibat dalam kemalangan.

Seorang mengalami pendarahan dalam kepala dan lagi seorang mengalami haemathorax dan satu pasukan sedang cuba untuk memasukan tiub kedalam dada bagi mengeluarkan cecair darah dari paru paru.

Tiba tiba kami dijerkah oleh seorang waris yang marah disebabkan “lama” menunggu di zon hijau.

Apabila di periksa, pesakit baru sahaja menunggu selama 30 min dan aduan utamanya adalah sakit lutut selama 2 minggu dan masih boleh berjalan.

Aku memang senang hilang sabar dan pada ketika itu waris pesakit itu menjerit jerit memarahi kami kerana meletakkan abang nya di zon hijau.

Apa yang saya lakukan ketika itu hanya tersenyum kelat cuba bertindak profesional sambil meminta dia menunggu dan menjelaskan bahawa kami kekurangan staff.

Dia cuma balas dengan jerkahan “itu masalah korang bukan masalah akuu!” Terus aku minta dia ikut langkah aku menuju masuk ke zon merah.

…………….

KISAH 3

Bell berdenting 3 kali. Menandakan satu kes zon merah akan masuk. Tak lama kemudian kamil, PPP dari klinik kesihatan berdekatan berpeluh peluh sambil membawa satu pesakit yang berlumuran darah.

Dari sosok tubuh nampak seperti kanak kanak. Iya. Kanak kanak ini berumur 5 tahun. Terlibat dalam kemalangan. Kamil terus passover case kepada Dr Sharifah.

“Dr, budak ni terlibat kemalangan jalan raya. Car skidded. Mangsa total tadi 3 orang. Ayah meninggal di tempat kejadian, white tag.

Adik ni tercampak keluar dari kenderaan dan suspect intra abdominal injury dan ada severe head injury. Ibu dia otw. Ada 1 team lagi respon” terang ppp kamil panjang lebar.

Apabila mendengar penjelasan kamil, kami berpisah menjadi 2 team di redzone. Satu team cuba untuk resus adik yang baru masuh tadi,

Dan terdapat pendarahan yang banyak berikutan kaki kanan nya mengalami kecederaan yang dahsyat dan hampir putus.

Pada ketika itu kami benarkan ahli keluarga terdekat untuk masuk dan melihat ahli keluarga.

Masuk seorang wanita tua menangis teresak mengajar anak perempuan kesayangannya mengucap.

Allahhh.. Allahh… Allah.. dan berpindah mengusap rambut cucunya yang keras dek darah kian membeku.

Pada ketika itu juga, terdetik di hati aku kematian itu datang dengan pelbagai cara. Banyak jenis fasa kematian yang aku dah jumpa dan dah hadap.

selama kami membantu insan insan yang sakit untuk kembali sihat menjalani kehidupan hari hari mendatang. InshaAllah Aamiinn.