Aku Ogy. Masa umur 19 tahun aku menolak cinta Mat. Sejak bahu aku ditepuk Mat, aku dilamun cinta hingga ikot Mat ke Thailand utk nikah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku Ogy berusia awal 30 an.. Aku cuma nak luahkan apa yang aku alami lebih 10 tahun lalu..

Waktu itu usia aku 19 tahun dan sedang belajar, semua nya bermula bila aku menolak cinta seorang lelaki. Aku namakan dia sebagai Mat.

Pada usia 19 tahun aku memang tak terfikir lagi nak bercinta, fokus aku hanya pada pelajaran

tambahan aku anak sulung dan keluarga ku kategori yang agak kuat pegangan agama, aku tak pernah bersentuhan dengan lelaki bukan mahram, bercinta lagi aku tak minat.

Selepas aku menolak cinta Mat, awalnya semuanya baik.. Hinggalah pada penghujung cuti semester masa turun dari kereta api bahu aku ditepuk kuat dari belakang.

Salah seorang dari mereka telah tumbuk Mat dan bawa kami ke sebuah rumah.. Di situ aku tengok ma abah dan pak cik aku ada.

Ma aku datang ke arah ku nak peluk aku tapi aku tepis, mereka pujuk aku balik. Aku tak nak, bagi aku Mat lah segalanya.

Setelah berlaku banyak petengkaran mulut. Keluarga aku heret jugak aku ikut balik. Masa tu dah macam cerita laila majnun dah aku menangis taknak ikut keluarga aku balik.

Bila aku balik di pangkuan keluarga aku. Episod lain pulak jadi, aku meracau, aku kerap dengar suara Mat panggil aku.

Kadang tengah tidur aku boleh terus bangun pergi bukak pintu sebab aku dengar Mat panggil tapi sebenarnya dia tak ada.

Di hospital aku di diagnosis sebagai skizo. Aku diberi ubat tidur untuk dimakan waktu malam.

Semasa aku di rumah keluarga ku. Mat pernah beberapa kali datang jumpa abah bawak kaki pukul.

Mat kata pulangkan aku pada dia kalau nak aku normal kembali. Atau dia akan pastikan aku mati pelan-pelan.

Sebab kalau dia tak dapat aku, lelaki lain pun tak boleh dapat aku.

Mat pernah cuba bawak aku lari dari hospital. Tapi mujur masa tu aku dah mula sedar apa dia buat pada aku dan aku menjerit hingga nurse dam guard perasan.

Aku malu nak menghadap dunia. Pengajian tu digantung. Aku mula di diagnosis sebagai depression dan mula follow up..

Alhamdulillah berkat sokongan ma abah dan adik-adik yang sering bagi semangat.

Dalam masa 6 bulan aku ceria kembali. Sampai kan kaunselor pun terkejut dengan perkembangan aku.

Aku mohon untuk sambung pengajian tapi minta tukar tempat belajar. Alhamdulillah aku lulus peperiksaan akhir dengan cemerlang dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik.

Aku bersyukur sangat waktu aku diuji teruk. Aku ada keluarga yang percayakan aku dan sangat menyokong aku. Maka nikmat Tuhan Yang mana yang kamu dustakan?