Aku dah kahwin dan ada ramai anak. Masa aku susah, aku wasap minta tolong keluarga tp ini aku terima

Assalamualaikum readers. Aku sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak walaupun dah amalkan perancang keluarga. Akhirnya aku ambil keputusan untuk mengikat peranakan aku ketika melahirkan anak bongsu secara pembedahan.

Alasan aku kepada doktor,aku sudah punya ramai anak dan suami hanya kerja biasa sahaja.

Pendapatan bersih suami tidak sampai dua ribu sebulan. Dengan menyewa dan mempunyai anak ramai, aku sedaya upaya berjimat serba serbi.

Alhamdulillah belum lagi anak anak aku kebuluran. Masih dapat merasa makanan walaupun tak semewah rakan rakan mereka.

tolong sesiapa yang perlukan khidmat menghantar barang dan lain lain asalkan aku dapat upah.

Keluarga aku? Ya,mereka layanku dengan baik walau aku tau mereka tak memandang tinggi

sebab aku tiada pendapatan semewah adik beradikku yang lain. Ketika aku bujang, aku pernah bekerja dengan gaji yang agak senang.

Ketika adik beradik aku didalam kesusahan, aku lah jadi ‘bank’ mereka. Tapi aku tolong hulur juga walau ada masa permintaan mereka dan belanja mereka agak melampau.

Bila aku tak beri, maka ayat ayat sindir jadi bahan seharian satu family iaitu “dengan adik beradik pun nak berkira”..

Bila aku melarang anak anak aku mengambil makanan secara berlebihan, ahli keluarga aku akan menempelak aku dengan mengatakan aku kedekut

dan berkira dengan anak anak sampai nak melarang mereka nak makan. Kedekut dari dulu! Tetapi bila aku tak larang,

mereka label anak anak aku sebagai pelahap atau “makan jenis tak ingat orang belakang”. Pedih hati…

Mereka selalu menasihati aku agar selalu beri anak anak makan,supaya tidak jadi pelahap.

Jangan berkira atau kedekut dengan anak anak. Tapi bila aku beritahu tentang masalah kewangan keluarga kami, mereka kata aku malas nak usaha cari duit.

Aku bukan jenis suka meminjam sana sini. Dan aku jugak tidak suka jika suami aku meminjam dari rakan rakannya atau ahli keluarganya sebab mereka pun agak sinis menyindir suami aku bila cuba meminjam wang.

Oh ya, suami aku dulu gaji agak besar, tapi disebabkan buat pinjaman peribadi untuk membantu beberapa ahli keluarganya maka potongan gaji agak besar dan mereka pun tidak ada usaha nak membayar semula.

Jenis aku dan suami aku, kami tak suka menuntut hutang dengan ahli keluarga sebab nanti akan berpecah belah.

Cukup mereka tahu yang diri mereka berhutang dan apa hukum dan adabnya. Bukan tak pernah cuba menuntut,tapi reaksi mereka agak buatkan kami berkecil hati untuk menuntut lagi.

Sehinggalah satu hari yang baru berlaku minggu lepas, aku betul2 memerlukan duit sedikit untuk beli beras.

anak anak dan suami aku happy walau malam tu dapat jugak kamk makan walaupun kami cuma makan nasi,telur dadar dan kicap semata. Alhamdulillah.

Malam sebelum tidur itu,seperti biasa aku scroll instagram. Dan aku ternampak post tentang family aku sedang seronok bercuti

di tempat mewah sambil snap gambar sedang makan di restoran yang famous dan viral. Remuk hati aku tak terkata.

Di saat aku sedang meminta untuk beras, mereka kata tiada duit. Tapi sedang mewah berbelanja di restoran yang mahal.

Mungkin masyarakat akan kata “duit mereka,suka hati merekalah mahu berbelanja seperti mana!”..

Pada malam itu juga, aku ambil keputusan, aku ‘putuskan’ pertalian kekeluargaan ini. Aku block mereka dari semua access.

Aku beritahu suami aku, jika ada ahli keluarga aku nak bercakap dengan aku, beritahu sahaja aku sibuk atau tiada atau apa apa sahaja asalkan jangan beri kepada aku.

Aku tak mahu tau sedikit pun tentang hidup mati mereka! Aku tidak mau tahu sedikit pun apa yang berlaku atau apa sahaja mengenai mereka! Cukup…!

Andai kita berdua tiada nanti, biarkan anak anak kita di jabatan kebajikan. Jangan sesekali diserahkan kepada family aku atau family dia. Jangan sesekali!

Aku sekarang ubah persepsi untuk anak anak aku. Di dalam dunia ni, jangan percaya kepada manusia lain selain kami sahaja.

Aku tak boleh lupa kata kata sahabat aku seorang ini… “Dulu, aku susah… kau sentiasa bantu aku, tolong aku. Sekarang giliran aku pula bantu kau.

Kita kawan dunia akhirat kan?” Aku menangis sehingga tersedu2 sebab akhirnya orang luar juga yang tolong aku..

Maka start dari situ lah aku nekadkan hati, bulatkan hati. Aku akan ubah ekonomi keluarga aku ini dan aku berjanji aku akan bawa keluar dari kepompong kemiskinan ini.

Biarlah masyarakat nak label aku derhaka sebab putuskan hubungan kekeluargaan,

biarlah masyarakat nak label aku tak cium syurga dan tak dapat syafaat nabi sebab putuskan silaturrahim.

Aku pilih hati aku untuk dijaga demi kelangsungan hidup kami sekeluarga.

Dan aku yakin Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati aku. Biar Allah sahaja menilai keputusan aku sekarang.