Aku mengintai mcm ada mata dlm parit yg tengok aku. Malam tu dia pulak yang intai aku

Benda yang paling best zaman aku sekolah dulu ialah time cuti sekolah, sebab aku dapat balik kampung. Rumah Paklong aku ni ada sawah padi dan tak jauh dari situ ada sungai.

Kami sepupu sepapat memang suka mandi sungai. Kalau tak mandi sungai, kami main dekat tepi bendang sawah.

Tepi rumah ni ada parit yang besar. Dulu, parit ni memang bersih. Kami suka main dalam parit ni. Kalau musim hujan, kami memang wajib terjun dalam ni.

Kadang-kadang dapat la beberapa ekor ikan haruan. Beberapa tahun kemudian, parit ni dah berubah.

Mungkin sebab kerap berlaku banjir, keadaan air dalam parit ni sedikit kotor. Jadi, arwah Nenek memang melarang sekeras-kerasnya untuk kami bermain dekat situ.

Satu hari, aku ditugaskan oleh Nenek untuk sidai baju. Kebetulan aku bangun awal dan Nenek dah siap basuh kain, jadi aku terpaksa rela kena sidai kain.

Aku tak bagitau sesiapa pun pasal kejadian tadi. Mungkin benda tu saje nak kacau masa tu. Tapi tak.

Ia tidak berakhir di situ. Petang tu, kami lepak-lepak dekat beranda (ruang lepak dekat luar rumah) sambil minum air teh dan makan biskut kering. Aku ni gatal pulak nak jenguk parit tu.

Aku nampak benda tu masih ada di situ. Dan masa tu, kejap dia timbul, kejap dia tenggelam.

Tapi dia hanya jenguk hingga paras mata saja. Aku alihkan pandangan bila mata aku bertentang dengan mata dia.

Pukul 6.30, kami semua wajib masuk dalam rumah. Maklong aku suruh kami tutup tingkap. Aku tutup tingkap bilik yang aku share dengan kakak sepupu aku. Tingkap tu memang menghadap parit besar tu.

Mungkin cengkerik. Tapi aku kenal bunyi cengkerik dan cengkerik tak bunyi macam tu. Bunyi ni macam suara budak merengek. Kakak sepupu aku dah lena. Aku yang tak boleh nak lena lagi.

Bunyi tu makin lama, makin dekat. Aku baca Ayatul Kursi dan 3 Qul. Yang ni Abang Long aku yang ajar kalau kita rasa takut.

Bunyi tu stop sekejap tapi ia datang balik. Kali ni aku rasa betul-betul dekat dengan tingkap.

Aku ni gatal la pulak masa tu nak jenguk tingkap. Aku tidur membelakangi tingkap. Kat kampung, tidur dalam kelambu. Mulanya, aku perhati dalam kelambu tu je.

Tak nampak apa-apa. Aku pun beranikan diri untuk selak kelambu dan pandang ke arah tingkap. Sekali dia intai aku dekat cermin tingkap.

Ambik kau! Kalau dalam parit, aku nampak matanya bulat tapi kecik. Kali ni, matanya bulat tapi besar, nak sama besar dengan tingkap tu.

Apa lagi, aku terus masuk kelambu sebab benda tu tengah pandang aku. Aku dapat dengar dia ketawa mengekeh tapi tak kuat.

Macam nak perli aku la sebab aku gatal nak tengok dia. Sekarang aku tau kenapa Nenek melarang keras kami main dekat parit tu lagi.