Meleleh air mata aku dgr dia nyanyi. Tp mlangnya kami terpisah krn salah faham keluarga. Lepas 3 tahun semua berubah

Assalamualaikum, dan hi untuk semua. Aku Ruby. penulisan aku lebih kepada curahan hati kepada seseorang yang aku sayang.

Biarlah aku namakan dia Marie. Sebenarnya Marie sangat rapat dengan aku dan aku pun da anggap dia sebagai darah daging aku sendiri. Tapi nak aku tegaskan di sini, aku dan Marie bukanlah pasangan kekasih ye.

Perasaan aku pada Marie adalah perasaan yang sangat dalam, perasaan yang tak mungkin dapat aku gambarkan.

Perasaan yang macam kalau korang da sayangkan seseorang dan kau jadi terlalu protektif pada dia.

Kitorang ada “chemistry” yang sangat kuat. Banyak benda yang kitorang share sama sama. Aku suka greentea dan dia pun sama.

Aku suka baca novel serial killer dan dia pun sama juga. Macam macam lagi la yang sama.

Yang paling aku ingat pasal Marie ni sebab dia suka sangat menyanyi dan aku pula sangat suka dengar suara dia.

Dia ni pun pandai mengaji dan bacaan dia lah yang selalu buat aku tenang. Bagi aku, suara dia tu macam ada aura yang boleh tembus ke hati kita.

Kalaulah korang boleh dengar suara dia mesti korang terkejut kenapa dia belum terkenal.

Sebenarnya hari-hari aku rindukan Marie. Hari-hari aku ingat semua kenangan kitorang. Kenangan kitorang yang suka layan James Arthur sama-sama.

Kenangan yang dia selalu peluk aku untuk buat aku rasa lebih baik. Aku rindu suara dia, muka dia, nyanyian dia, bebelan dia. Marie selalu buat lawak supaya aku ketawa. Aku rindukan semua tentang Marie.

Marie janji dia akan cari aku balik. Dan aku masih menunggu Marie. Tiap tiap tahun aku tunggu Marie cari aku balik.

Aku tak pernah tukar nombor selama ni, sebab aku takut kalau Marie tak dapat cari aku. Aku cuba cari Marie kat social media tapi aku tak jumpa.

Aku cuba stalk orang yang rapat dengan dia bertahun tahun tapi aku masih tak dapat jumpa Marie. Aku cuba segala nicknames yang mungkin dia guna.

Suara lunak tu takkan aku lupa sampai mati. Dia buat cover lagu favorite aku. Dan lirik lagu tu memang sangat-sangat kena dengan perasaan aku. Finally, I’ve found you!

Meleleh leleh airmata aku dengar dia nyanyi lagu tu. Airmata aku mengalir macam sungai. Betapa aku rindu sangat kat Marie.

Dengan guna nickname dalam akaun tu aku try cari akaun Marie yang lain. And, unfortunately it breaks my heart to the pieces.

Marie da lain sangat. She is no longer the same person as i know her before. Aku mula berfikir, adakah Marie da lupa segala janji kitorang?

Adakah Marie pun da bencikan aku macam mana keluarga dia bencikan aku? Adakah Marie da tak sayang kan aku? Adakah Marie saja tak cari aku selama ni?

If only she knows, i never give up on us. Aku masih berusaha sekuat semampu aku untuk berjaya. Untuk tunaikan segala impian dan cita-cita kitorang.

Aku da bangkit jauh dan berbeza daripada aku yang dulu. Aku cuba improve diri aku selama tiga tahun ni sebab aku genggam segala janji-janji kitorang. Aku tak pernah lupakan Marie walau sedetik.

Kalau korang tertanya-tanya kenapa aku tak terus contact Marie. Jawapannya sebab aku tak tahu sama ada Marie da bencikan aku dan sebenarnya sengaja menjauhkan diri daripada aku selama ni.

Dan kalau korang kata kenapa aku rela berpisah dengan Marie dulu, jawapan dia aku taknak memaksa Marie untuk membuat pilihan antara aku dan keluarga dia.

Jujur aku cakap sekelumit hati aku berharap Marie baca confession aku ni sebab aku perlukan jawapan walau sepahit mana pun kebenaran yang terpaksa aku telan nanti.