Dia dip tp pangkat exec. Aku degree tp hanya non-exe. Dah la hutang sikit, kerja senang duduk opis je.

Aku Mila, seorang graduan ijazah sarjana muda. Sebelum sambung ijazah, aku ambil diploma dulu.

Total tempoh pengajian dalam 7 tahun. Dua2 diploma dan degree, aku ambil pinjaman. Diploma ambil ptptn, degree ambil pinjaman yayasan negeri.

Sebab dua pinjaman ni dari sumber yang berbeza, aku kena selesaikannya serentak semasa aku bekerja.

Tempoh bayaran untuk 2 perkara ni dalam RM500 sebulan. Rezeki aku tak semurah orang lain.

Aku struggle nak cari kerja. Lambat mula bekerja, penangguhan bayaran balik pinjaman dah tak boleh extend, baru aku dapat kerja.

Company aku pulak dapat idea untuk cut cost. Since budak2 degree dia kena bayar mahal sikit, dia start ambik budak diploma sebab dia tau kami yang dah lama bekerja ni boleh train budak2 baru. Jadi bermula la hidup aku dikelilingi graduan diploma.

Ada kekosongan position atas aku, tetapi kalau ikut tangga experience kerja di company tu, ada lagi seorang akak yang dah 3 tahun bekerja akan fill in position tu. Aku okay, aku akan tunggu turn aku naik.

Tapi akak yang sepatutnya naik pangkat tu tak nak naik pangkat sebab dia tak suka scope kerja jawatan tu.

So company serba salah, kalau dia naikkan aku macam tak adil pulak untuk akak tu. Jadi dorang cipta position baru, naikkan gaji akak tu dengan gred bekerja dia.

Vacancy yang ada sebelum ni akan dipenuhi oleh orang baru. Since company aku memang tengah hire graduan diploma,

Cemburu betul2 menguasai diri. Aku bukan main bersusah payah, dengan hutang banyak, pastu dapat kerja position susah.

Dia diploma, pangkat executive, hutang sikit, kerja duduk office je, gaji lagi mahal, tak tau kerja, aku akan tolong. Aku rasa cukup berdosa sebab cemburu, sebab ajar dia tak ikhlas.

Aku yakinkan diri aku, rezeki orang lain2, mungkin rezeki aku kat tempat lain tapi sungguh cemburu dari syaitan ni betul2 meracuni aku.

Tak lama kemudian, seorang lagi yang ada degree, sama position dengan aku resign, juga diganti dengan fresh graduate diploma.

Aku juga yang kena ajar. Dua2 budak diploma baru masuk ni memang langsung tak berahsia hal gaji dorang.

support staff je, jika ke tempat lain pun aku ibarat fresh graduate untuk jawatan executive.

Kalau aku tunggu di sini ntah berapa tahun lagi harus aku tunggu peluang aku untuk naik pangkat dan gaji.

Tambahan pula, aku dah hilang semangat, pasti prestasi pun berkurang. Aku sayang company ni, aku suka environment sini, aku suka kerja aku asalnya tapi aku rasa macam unfairly treated.

Aku sekarang ni sedang usaha juga cari position baru untuk degree holder tapi banyak company reject sebab aku takde pengalaman. Aku sedih.