Aku hidup dlm ketakutan kat umah family angkat. Bila pindah KL, selamber kawan aku cakap, rumah aku ada 2 benda 1 jahat 1 baik

Assalamualaikum. Aku Miza, bukan nama sebenar la. Cerita yang aku nak cerita ni mungkin membosankan dan agak panjang. Maaf jugak kalau ayat agak terabur sebab aku tak tahu nak mula macam mane.

Aku mulakan cerita. Ibubapa aku berasal dari indonesia tapi aku lahir dimalaysia, mereka ic merah dah.

Oh yaa, mereka da bercerai lepas tu mereka serahkan aku pada keluarga lain sebangsa mereka juga.

Family angkat aku baik! Jage dari baby sampai la aku dah berkahwin. Aku ni jadi kakak sulung lepas anak2 dorang.

Pakcik aku ni tqak tahu la dari belah mana susah jugak nak jelaskan nanti panjang plak cerita ni.

Tapi aku nak cakap pakcik tu seram sebab setiap tengah malam aku dengar die cakap sorang2 dalam bilik.

Kadang dia gelak sorang2! Gelak yang seram gile tuh. Aku nak pergi toilet mesti lalu depan bilik dia.

Aku tak rasa die tengah oncall sebab lain macam kot. Aku sampi sekarang ingat care die gelak.

Bayangkan setiap malam aku selalu dengar orang main tangga. Macam ni tau korang bayangkan bunyi macam orang tengah naik tangga sambil tarik rantai besi.

Aku pernah taw kena tindih. Tapi sebab kena tindih tuh la aku mula hafal ayat kuris. Ada hikmah jugak tuh.

Mak ayah aku perg berubat taw. Ada sorang pakcik nie, die cakap rumah aku duduk tu keras. So kitorang pindah.

Aku ingat bila da pindah tak ada da benda pelik jadi kat kitorang. Rupanya makin teruk.

Duit rumah kami kerap hilang. Bukan sikit penah sampai beribu jugak sebab bapak aku kontraktor rumah so duit die selalu ada cash.

Satu hari tuh, kawan aku datang dekat aku bagitahu something terkejut jugak aku dengar. Mase tu dia datang rumah aku, so tok aku yang kuar rumah jawab salam die.

Pernah ritu aku balik lewat, kak pupu aku dan bf dia hantar balik rumah, aku masok macam biasa la rumah tuh tapi awal2 aku cakap tunggu aku masok rumah dulu baru korang balik sebab aku kan takut.

Nak jadikan cerita bf kak pupu ni aku nampak nenek tua depan rumah dan rambut putih panjang.

Bf kak pupu aku tanya sape tuh. Mak aku ke. Kak pupu aku tak nampak pun bende tu masalahnya. Seram kot!! Moral off story kat sini jangan balik lewat malam kan da kena.

Sebab aku dah fedup dengan bende tu aku pindah tumpang duduk rumah kak sedare kt kl. Aku suh mak aku berubat dengan ustaz-ustaz, mak aku mara aku balik!!

So sebab tu la aku nekad kuar dari rumah tu. Sebab aku rasa tak tenteram duduk rumah tuh. Aku rasa takut.

Aku ingat ibu kandung aku takde la amal bende pelik2. Sebab mase aku tido aku dah terperasan satu tangkal dekat atas pintu bilik die.

Ibu kandung aku nak ajar aku cara nak mandrem suami aku. Katenye biar tak cari puan lain.

Aku tolak sebab aku tahu main bnde syirik tu dose besar. Sampai la die sakit haritu aku teman die kat hospital.

Malam tu dia agresif lain macam, sampai doctor da cucuk banyak kali still agresiff jugak macam orang meracau. Doctor sendri cakap ibu kamu ni lain macam.

Dalam pale otak aku dah pikir bukan2. Seminggu kemudian die pun meninggal. Tolong, sedekah Al-fatihah untuk mak kandung aku dengan arwah tok aku jugak.

Sekarang aku dah berkahwin dalam hampir 2 tahun, aku dan suami berlainan negeri agak jauh la terutama balik raya mesti ada isu. Aku nak bagitahu sejak aku da berkahwin, dah ada rumah sendiri, kehidupan aku berubah 100%.

Aku rasa lebih tenang tanpa ada sebarang gangguan. Tak ada lagi bunyi setiap malam. Tak ada lagi bayang2 tepi mata aku.

Aku takde da rasa macam takut-takut macam dulu walaupon duduk rumah sorang. Alhamdulillah! Moga Allah selalu melindungi aku dan keluarga aku.