Fasa bertunang ni penting, syukur tak jadi kahwin dengan ex tunang tu klu tidak, tak tahu la nasib sy

Hi, Assalamualaikum. Ok saya share sikit pengalaman saya putus tunang. Keadaan mungkin tak sama, tapi boleh la ambil pengajaran kalau dalam Fasa bertunang rasa “berat & susah”

Saya putus tunang selepas 3 bulan bertunang, patut kahwin 6 bulan selepas tu. Dewan pun dah book tau.

Saya pun kenal dia sekejap je. Tak tau lah macam mana boleh bertunang pulak. Padahal saya memang tak berapa berkenan dia tu.

Maksud saya anggap dia macam kawan, tak ada pun siang malam terbayang-bayang macam orang bercinta.

Haa nak cerita masa nak kumpul duit kahwin lepas bertunang tu, macam susah betul. Macam-macam dugaan, duit takda lah, kereta rosaklah, berhenti kerjalah.

Dia kene cari kerja lain, pastu masalah keluarga dia bla bla bla.. senang cerita stress lah masa proses konon nak kumpul duit kahwin ni.

Saya ni jenis berdikari, kalau kat majlis belah saya, nak buat dengan hasil sendiri. Tak nak harap ibu-bapa. Sampai jadi tak tahu nak dahulukan yang mana..

rupanya itulah Allah bagi tanda, itu bukan jodoh kita. Semua nampak susah lah!! Macam2 dugaan.

Fasa bertunang ni, masa ni lah kita nak kenal hati budi, nak menilai dia tu okay ke tidak baik ke tidak walaupun orang kata dah kahwin baru tau perangai sebenar,

Lepas putus tunang, saya kahwin lebih awal lagi. Dengan orang lain. Benarlah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Semuanya mudah.

Saya tak tipu, cakap je nak kahwin semua macam mudah je proses. Duit pun jadi cukup. Naik gaji pulak. MasyaAllah, Allah maha hebat kan.

Suami saya Alhamdulillah, baik orangnya. Tak panas baran! saya bersyukur saya tak jadi kahwin dengan bekas tunang saya tu.

Kalaulah saya berdegil, sebab malu nak putus tunang, malu kot nak putus tunang keluarga semua dah tau tarikh majlis semua. Tapi saya teruskan jugak. Putus jelah!

Saya syukur tak jadi kahwin dengan ex tunang tu, kalau tak mungkin sekarang mata saya lebam2 atau makan pelempang wallahualam. Tapi orang kalau dah sekali naik tangan, mungkin berkali2 naik.

Pendapat saya, jangan malu putus tunang kalau memang hubungan tu tak bagus, pasangan tak memahami, susah, dan rasa terbeban.

Jangan risau “makcik pakcik bawang”. Saya dulu siap cakap saya bodoh lah tinggalkan Ex tu.

Habis tu kalau anak dia yang kene belasah agak dia cakap apa ye? Alhamdulillah dorang lagi suka husband saya bila dah kenal.

Allah sebaik-baik perancang, ada yang lebih baik menanti. Sabar je harungi dugaan putus tunang.