Aku tersentak, terkejut dan terkedu bila mak mengamok2 dan luahkan apa yg dia rasa selama ini.

Jam baru menunjukkan pukul 11, tapi lampu rumah dan orang orang dalam rumah semuanya sudah dibuai lena. Aku masih termenung sambil mendengar lagu lagu syahdu.

Kalau ikutkan, sekarang ni tengah cuti sem. Aku mengambil keputusan untuk tolong ibu dekat rumah. Kalau ikutkan, kerja lagi dapat banyak duit. Kalau duduk rumah, dapat makan free jela.

Ok sekarang baru aku nak bercerita, aku kesian dekat ibu aku. Kesian. Aku tahu dia letih, dia penat tapi dia chill je.

Pagi pagi bangun, siapkan breakfast. Siapkan bapak aku. Bapak aku ni dia banyak penyakit, so kudrat dia dah tak macam dulu.

Banyak benda yang ibu aku kena buatkan tapi kadang kadang aku geram sebab benda tu dia mampu je buat sendiri tapi semua nak bersuruh. Semua nak orang buatkan. (ni aku cerita lain kali)

Ibu aku macam tetiba marah semua orang. Dia marah kakak aku, dia marah aku, dia marah bapak aku. Sampai dia cakap , ‘ibu letih dan penat tau tak.

Semua benda nak harapkan ibu, cuba belajar buat sendiri.’ Aku ingat lagi wajah ibu masa tu, wajah keletihan dengan kedut di muka, mata kuyu dan sedikit berair. Rambut sedikit kusut.

Mungkin kalau baca, rasa macam biasa. Tapi bagi aku, hari itu dia meluahkan segala dia rasa sebelum sebelum ni.

Dia marah, dia luahkan perasaan dia. Aku tersentak. Aku terkejut. Aku terkedu. Semua la aku rasa.

Somehow benda tu buat aku tersedar sesuatu. Kita selalu bergantung harap pada seorang wanita bernama ibu. Tanpa kita tanya tentang keadaan dia, tahu akan emosinya, tahu akan kemahuan dirinya.

Ada kakak kakak, adik dengan bapak dekat rumah pun bukannya nak tolong. Taktau la apa function korg dekat rumah erghhh.

Entahla, bila dah jadi benda benda macam ni. Aku baru faham apa yang ibu aku rasa dulu. Aku tau mungkin ibu rasa lagi teruk daripada apa yang aku rasa ni.

Semenjak tu jugak, aku selalu ajak ibu keluar bila bapak aku takde dekat rumah. Bawak dia jalan, makan dan beli apa dia nak.

Dia nak bazirkan duit dia pun aku izinkan je takde nak melenting ke apa sebab aku tau dia layak untuk guna duit dia beli apa dia nak.

Aku selalu berdoa, moga Allah panjangkan umur aku sebab aku nak balas jasa mak aku. Aku berdoa semoga ibu aku dapat menunaikan umrah dan haji sebelum dia tutup mata.

Untuk ibu ibu diluar sana, terima kasih. Terima kasih dan terima kasih. Sepuluh juta kali terima kasih pun takkan mampu gantikan pengorbanan yang anda lakukakan kepada kami.