Lepas mak ayah cerai. Adik kedua diberilan pd pakcik. Tiba2 aku teryanya2 tentang ayah kandung aku nape dia xpernah ambil tahu.

Hi assalamualaikum. Aku Felicia (bukan nama sebenar). Aku sekarang berumur awal 20an. Aku nak ceritakan pasal kisah aku dan family aku.

Ibu dan ayah kandung aku bercerai semasa aku kecil lagi. Aku rasa masa aku 5 tahun tak silap lepas adik aku yang bongsu lahir. Aku ada 3 orang adik beradik. Aku anak sulung.

Aku tak tahu sebab apa ibu dan ayah aku bercerai. Smpai sekarang ibu aku tak bercerita pasal tu.

Lepas ibu dan ayah cerai, adik aku yang kedua beza 2 tahun dari aku diberikan kepada makcik dan pakcik aku.

Sebab diorang takde anak. Makcik aku baru je keguguran. Masa adik aku di ambil aku berumur 5 tahun adik aku 3 tahun.

Sebab waktu tu kewangan ibu belum stabil (ibu bekerja) aku tak pasti kalau ayah kandung aku ada bagi duit ke tak.

Tapi sampai sekarang yang aku tau dia takde pun bagi sesen pun duit kat anak anak dia. Jumpa pun tak pernah. Lost contact. Anak dia besar dah sekarang. Dia tak pernah nak tau pasal anak dia ke.

Kalau aku kena pukul oleh ibu nenek la yang slalu tenangkan ibu. Kecil lagi aku time tu tapi kena pukul begitu.

Adik adik aku alhamdulillah tak dipukul macam aku. Mungkin sebab diaorang masih kecil lagi.

Takpe aku sanggup kena pukul asalkan adik aku tak kena pukul. Ak rasa ibu aku stress, tu sebab dia lepaskan marah dia kat aku.

Waktu perkahwinan ibu dengan ayah tiri aku tu. Aku dan adik aku rasa gembira la. Yelah kitorang tak pernah jalan2 jauh ibu tak pernah bawa. Mngkin ibu sibuk kerja. Kitorang panggil dia abah.

Mungkin dah tertulis aku dan adik aku tak akan dapat rasa kasih sayang sorang ayah. Abah kitorang baik tapi kalau dia marah dia tak layan langsung kitorang.

Dia mentally abuse kitorang. Dia akan hempas barang. Hempas pintu. Dan perli kitorang. Ibu? Ibu diam je.

Abah tak pernah pukul kitorang tapi bila dia marah kitorang takut sngat. Kecil lagi kot kitorang waktu tu.

Mentally abuse tu berlanjutan smpai la sekarang. Tapi waktu dia marah je dia begitu. Abah terlalu sensitif benda kecil pun dia bole marah sampai berhari2.

Ak tertanya ayah kandung aku tak pernah nak ambil tahu ke pasal anak anaknya. Sampai sekarang dia tak cari kitorang.

Oh, btw kitorang dah ada rumah sendiri. Tapi tak jauh pun dari rumah nenek kitorang. Sebab kitorang rumah sndri la abah suka2 hentak pintu kuat kalau marah.

Kalau abah marah, ibu akan bercakap dengan kami “kenapa kau buat macam tu nak” kadang aku rasa sedih gila kesian dengan ibu dapat suami macam abah.

Kadang abah marah sebab perkara kecil aku nak pertahankan diri tapi tak tercakap sebab aku tau tu buat abah lagi marah. Nanti dia cakap kitorang kurang ajar.

Kdang aku pun rasa kasihan dngn abah. Dia takde anak. Kitorang je la anak dia. Kalau kitorang benci dia sapa nak jaga dia waktu tua nanti.

Kepada yang baca ni doakan kitorang. Adik aku pt3 tahun ni semoga dia dapat keputusan cemerlang. Semoga kitorang kuat harungi semua ni.

Kepada yang ada broken family harap kita bersama2 tabah. Kau tak keseorangan. Banyak lagi family broken di dunia ni cuma kita berdiam diri tak suka cerita hal masing2 takut terbuka aib keluarga. Rasanya tu je la kot. Bye..