Suami goreng ikan kt dapur sambil main game. Waluaupun ikan tu hampir hangus aku makan je. Memang sejak berkahwin segalanye berubah

Assalamualaikum. Saya Nora, berumur awal 30-an. Ada la juga kisah rumahtangga saya dalam confession ni. Jadi saya minta maaf pada sesiapa yang tidak suka.

Saya di besarkan dalam keluarga besar. Ayah saya kerja buruh biasa manakala emak pula suri rumah.

Walaupun keluarga kami tidak kaya tapi tidak juga sangat miskin. Alhamdulillah makan minum cukup tapi kami adik beradik sudah terbiasa hidup berdikari sejak kecil.

Seingat saya, hari pertama ke sekolah saja saya berteman dengan abang sulung. Itu pun masa tu, abang sulung suruh saya ingat betul-betul jalan balik antara rumah dan sekolah.

Pada umur 18 tahun, baru saya betul2 bergaul dengan kawan lelaki yang sebaya. Sebelum tu, saya bersekolah 5 tahun di sekolah perempuan.

Masa sekolah rendah tu, biasa2 je berkawan. Biasalah budak-budak sangat kan. Nak kata terkena kejutan budaya, tidaklah sangat.

Course saya pula, nisbah 2:1 lelaki dan perempuan. Tapi disebabkan tuntutan ilmu, terpaksa saya beranikan diri juga bercakap dengan diorang.

Masuk group itu ini bercampur lelaki perempuan. Saya bercakap pun bila perlu. Awal-awal, boleh kata sampai seram sejuk tangan nak suarakan pendapat dalam group dan dalam kelas.

Dalam saya memegang tittle perempuan paling pendiam dalam kelas, sempatlah juga saya bercinta (adik2 jangan tiru perbuatan akak yang jahil dulu ni ok).

Kedua2 ex tu, kami masih berkawan cuma tak berhubung. Time masing-masing nak kahwin, barulah kami berhubung untuk sama2 hantar kad jemputan.

Lagipun, kebetulan Aziff dan Fikri pun berada sosial circle yang sama di IPTA. Tengok perkembangan masing-masing dari jauh je sekarang.

Sebenarnya antara timeline saya bercinta dengan Aziff dan Fikri, ada juga beberapa lelaki lain yang baik-baik tapi saya abaikan.

Maybe rupa mereka agak kalah sedikit dengan ex saya tapi saya tolak and mereka semua kawan yang baik.

Nak buat macam mana. Rupa paras saya pentingkan waktu tu. Selepas tamat belajar, saya pulang untuk bekerja di tempat sendiri.

Saya berkahwin dengan suami semasa kewangan kami dah stabil. Segala persiapan kahwin, kami berdua tak guna duit ibubapa kami. Rezeki saya dapat suami yang sekufu.

Suami saya, saya kenal semasa saya baru kerja. Masa tu gajinya rendah dari saya. Mukanya gelap sebab naik motorsikal ke sana sini. Kereta tak ada. Jerawat pun penuh sampai kat dagu, hihi.

Yang tu saya perasan sebab kebetulan dia datang nak hadiahkan coklat, saya gi tilik jerawat pula. But…saya tahu dia baik. Itu yang utama.

Saya ingat balik lelaki2 yang saya pernah tolak dulu sebelum Aziff dan Fikri. Kalau ada yang baik, memang tak akan saya lepaskan dah.

Kali ni, saya cuma nak lelaki yang baik dan kuat bekerja. Saya nak cari dahan kuat untuk bergantung hidup. Dan paling utama, biarlah dia sayangkan saya sangat2.

Tapi semasa awal perkahwinan, Allah dan saya saja tahu.. betapa saya sanggup jadi hipokrit dengan suami semata2 untuk hasil seperti sekarang.

Tahun awal perkahwinan, suami belikan rumah untuk kami dan sempatlah mengajak saya untuk urusan di KWSP. Alang2 di situ, dia nak letak nama saya sebagai penama tunggal untuk nama waris akaunnya.

Tapi saya hipokrit. Saya suruh juga dia letak nama ibunya dan saya sempat berpesan di situ… ibu itu melahirkannya, biarlah ada bahagian juga.

Dan suami menurut. Padahal tujuan utama sebab saya hanya nak nampak diri saya baik depan suami!

Kemudian semasa awal perkahwinan juga, saya dan dia sering berebut di kaunter bayaran untuk membayar groceries dan shopping barang.

Jawapan saya, saya paling takut sayang dia pada saya pudar. Sebab dengan family, saya tak pernah dapat kasih sayang macam saya dapat dengan suami.

Kadang2 bila dia tolong gorengkan ikan sambil layan games, saya tetap makan ikan hangit dia walaupun dilarang.

Saya ucap terima kasih tolong kat dapur dan teringin nak makan air tangan suami iaitu ikan goreng hangit tersebut.

Riak muka dia pun win sangat seperti tak tahu samada saya sarcasm atau ikhlas. Tapi selepas tu, boleh dikatakan suami dah banyak improvement di dapur. Makin ringan tugas saya. Alhamdulillah.

Itu contoh2 hipokritnya saya dalam kehidupan seharian. Nak marah, memang saya tak pandai. Bila dapat anak, suami suruh aje saya resign untuk tumpukan anak.

Tapi suami banyak bantu saya juga dari sudut hubungan saya dan family.. sikapnya yang pemurah disenangi oleh adik beradik saya. Boleh di harap, sentiasa senyum.. dulu keluarga saya ni, .

masing2 kena hulur duit kalau nak buat apa2 kat rumah mak ayah saya. Tak ada siapa yang murah hati nak bayar lebih ke apa. Padahal semua kerja elok2. Tapi tak dijadikan budaya pemurah. Bahagian aku, bahagian kau. Lebih kurang macam tu.

Tapi orang cakap, bila kita bahagia.. barulah kita boleh bahagiakan orang lain. Sayalah yang buat dulu.

Ada apa2 saya belanja anak saudara, belikan makanan tanpa sebarang sebab special. Just niat untuk belanja family saya.

Mula2 macam tak biasa. Yelah, apa hal kan tiba2 saya nak belanja kan. Setiap kali balik kampung berkumpul ramai2, suami ajak keluar belikan apa2.

Yang sukar dapat anak, yang sakit… tak lama pun tolong doakan orang. Maybe seminit dua je. Kalau ada kereta yang tergesa2 di hadapan atas jalan raya, apa kata bagilah laluan kat dia.

Macam cikgu sekolah saya cakap dulu, maybe dia tergesa2 nak membuang air besar. Bagilah laluan supaya sempat dia ke tandas. Permudahkanlah urusan orang lain.

Jiran2 kalau terserempak, senyum. Jumpa orang, kita hiasi wajah dengan senyuman. Kita permudahkan urusan orang bahagiakan orang lain seikhlasnya..

akan dibalas yang baik juga kan. Entahlah, makin panjang pula confession ni. Saya berundur dulu… Assalamualaikum.