Hilang selera dgn isteri sbb 6 tahun kawin xde ank. Aku puaskan diri bawa teman wanita baru ke rumah.

Assalamualaikum. Aku malas nak kenalkan diri. Cukup sekadar korang tahu nama aku Amer. Tahun ni aku masuk 31 tahun. Dah berkhidmat 7 tahun dalam sektor kewangan.

Graduan UKM. Sekarang menetap di Selangor. Sebelum ni aku pernah berkahwin. Dengan kekasih pilihan hati aku sejak di zaman universiti.

Dia student Law. Aku kenal dia masa pergi program universiti kat perkampungan Orang Asli.

Nama dia aku rahsiakan, cukuplah korang anggap nama dia Anis. Aku kenal dengan Anis dari tahun kedua pengajian sampai sama-sama graduate. Officially bawa jumpa dia kat mak ayah aku masa tunggu konvo.

Dia dari Kelantan naik bas pergi Perlis. Jumpa mak ayah aku. Pastu mak ayh aku amik cuti kerja, sama-sama pergi hantar dia balik Kelantan.

Alhamdulillah, walaupun aku target selepas 3 bulan kerja nak kahwin dengan Anis, tapi lepas 7 bulan kerja baru aku dapat kahwin dengan dia.

Huhu Kita orang happy sebagai suami isteri . Sungguh bahagia. Anis kerja sambilan kat firma guaman. Dia kata nak fokus duduk rumah dulu.

Uruskan rumah tangga. Lepas tu dia kata nak sambung master. Aku ikut ke lah. Tak kisah dia nak kerja ke tak nak. Sebab aku rasa bahagia dah masa tu.

Hari-hari kami berdua pun indah je. Tapi lama-kelamaan selepas dua tahun kahwin. Aku dengan Anis mula rasa serabut.

Mak ayah aku mak ayah dia tak sudah-sudah tanya bila nak dapat anak. Tak cukup dengan orang tua tanya, adik beradik, sepupu sepapat, sepupu tak sepapat, kawan-kawan belajar dulu, kawan kerja.

Aku keep fikir positif. Tapi masuk 6 tahun kahwin, umur dah 30. Anak tak ada lagi. Aku jadi bengang. Aku rasa macam tak boleh terima.

Aku rasa nak marah. Tak puas hati. Tapi aku tak tahu nak kat siapa. Aku lepaskan kat Anis. Balik kerja aku rasa menyampah tengok muka dia.

Asyik muka dia je. Aku pun nak juga balik kerja ada anak-anak berlari sambut aku. Panggil aku ayah ke papa ke. Apa-apa lah.Aku selalu marah-marah dia.

Dia masak untuk aku pun aku tak makan. Jarang aku balik kerja aku makan kat rumah. Aku banyak melepak dengan kawan-kawan aku yang kuat sembang kosong kat kedai mamak.

Anis call pun aku jarang angkat. Aku selalu rasa tak ada selera dengan Anis tu. Aku mula balik lewat. Aku agak si Anis dah tidur baru aku balik.

Dia tak henti minta maaf dekat aku sebab tak dapat bagi aku anak. Dia kata tu bukan kudrat dia. Dia lagi nak kan anak untuk teman dia di rumah masa aku kuar kerja.

Dia sanggup korban tak kerja sepenuh masa kat firma tu sebab dia nak jaga rumah. Dia ready di awal perkahwinan lagi nak jaga aku dan bakal Anak kami.

Tapi rezeki belum sampai. Sampai hari ni aku masih ingat kata-kata dia pagi tu. Sebak dia, pilu dia. Sedih juga dalam hati aku.

Tapi kejap je. Lepas tu aku rasa macam biasa. Buat tak tahu. Aku terus menerus hiraukan dia hari ke hari. Kawan aku pula sorang tu kaki karaoke.

Dia selalu ngajak aku pergi karaoke. Masa tu aku kenal dengan seorang perempuan nama Nurul. Cun. Selalu ikut member aku pergi karaoke.

Semua mak cik pakcik aku kumpul nak selesaikan masalah. Anis pun datang. Masa tu dekat sebulan aku tak jumpa dia sebab dia dah blah keluar rumah.

And jumpa kat perjumpaan gempar tu. Terkejut juga dia ada sekali. Malam tu teruk aku kena basuh dengan mak ayah aku. Abang kakak ipar duai.

Mak cik aku tampar-tampar badan aku kuat. Aku buat tak kisah. Sampai satu perkataan ni keluar dari mulut mak aku. Aku macam masuk hantu. Tak boleh terima.

“Tak guna! Kau ni anak tak guna!” Tersembur je ayat ni keluar dari mak aku. Aku tetiba jadi macam masuk hantu. Nak marah.

Aku terus serbu Anis sebab aku memang tahu, sah-sah bini aku tu yang bagitahu perkara aku dan Nurul kepada family aku. Aku marah dia depan family aku ymh datang hari tu.

Lepas je aku kata macam tu, ayh aku dah nak tumbang sebab terkejut. Malam tu juga aku lafazkan talak satu kepada Anis. Malam tu juga makcik aku bawa dia balik bermalam di rumahnya. Aku?

Dihalau rumah oleh mak dan abang aku. Aku terus pecut balik Selangor dari Perlis. Sejak dari tu, aku tak peduli pasal dia. Jumpa dia 2x je kat mahkamah untuk urusan sikit.

Itu pun aku pergi dengan Nurul. Jadi, tak ada lah berbual. Cuma nampak dia je lah depan mata. Tegur ke apa tak ada. Macam tak kenal.

Dia pun tenang ke berhadapan dengan aku meskipun ada Nurul dengan aku kt Situ. Tempoh edah kurang lebih tiga bulan tu memang aku tak da contact dengan dia.

Aku banyak kerja di pejabat, malam jump kawan kat karaoke. Ada masa kami konvoi kereta dengan member lain ke Krabi. Singapore.

Bila benda ni kantoi, masa tu juga aku tahu yg kawan-kawan ofis even yg jaga kaunter-kaunter bank pun selama ni mengutuk perbuatan dan tindakan aku.

Kaki karaoke, bawa balik perempuan kat rumah, bergaduh dengan isteri, tinggalkan isteri. Lebih hebat bila kau tahu siapa dalang di sebalik gossip tu.

Member kau yang ajak kau terjebak dengan benda buruk tu. Yang ajak kau jumpa perempuan tu. Pergi Karaoke , pergi bercuti dengan perempuan tu sampai ke Thailand sana.

Tuhan sahaja tahu betapa aku rasa hina . Nak pergi kerja ni pikir beratus kali. Sebab malu dan ego nak berhadapan dengan orang.

Waktu tu satu je terlintas di fikiran aku. Anis. Aku jadi rindu betul kat dia. Rindu yang sampai bila kau teringat nama dia je buat lubuk hati kau rasa semacam, rasa sakit, rasa kosong.

Loooooooser! Raya aku pun seorang di rumah. Aku tak boleh balik rumah mak. Ayah aku tak benarkan. Kakak abang adik aku seorang pun tiada yang bantah.

Pagi raya tu memang aku rasa sangat berdosa. Sampai terfikir nak pergi buat selamanya sebab rasa hidup dah tak ada apa-apa. Nak hdap orang pun dah malu.

Nak duduk rumah pun kosong jiwa, minda. Aku jadi tak tentu arah. Kenagan 7tahun kahwin dengan Anis betul-betul mainkan jiwa aku pagi raya tu.

Terkenang setiap kali pagi raya dia lah yang gosokkan baju. Tahankan tangan kat perut aku nak pakai samping. Pasangkan butang baju Melayu.

Ambil gambar bersama depan cermin bilik. Minta maaf dengan aku walaupun tak ada salah yg dia buat.

Sampailah manager aku datang ke ofis aku sendiri dan bai aku pertukaran cawangan akan tempoh 48jam. Di cawangan baru tu aku dapat semangat baru.

Aku terjumpa dua pupu Anis yang bekerja di situ . Aku merayu untuk dapatkan nombor telefon Anis. Aku berusaha untuk berjumpa dengan dia.

Akhirnya selepas beberapa kali mencuba, dia membalas juga text aku. Kami jumpa di satu restoran di kawasan Kelana Jaya.

Anis yang request nak jumpa di situ. Rupa-rupanya dia sudah menerima pelawaan untuk berkerja sepenuh masa di firma guaman tu.

Dan firma hantar dia bekerja di HQ. Satu perasaan yang datang bila aku nampak Anis berjalan ke arah aku. Aku rasa sangat bongok.

Buat korang, hargailah selagi mana ada dengan korang. Kita ni kadang-kadang tak sedar betapa pentingnya dan berharganya seseorang itu bila dia bukan lagi milik kita.

Doakan aku supaya terus cekal dan menjadi hamba yang baik di muka bumi ni. Aku tak nak kembali ke sana dalam keadaan yang berdosa dan hina.