Zarif dan Zayn nape kau sanggup letak bende tu dlm minuman aku. Kau buat sesuka hati. Pagi itu kau hantar aku balik rumah tanpa rasa bersalah

Ini ceritanya.Nama saya Hayla, 26, married, anak lelaki seorang, bijak dan petah (tipikal mak mak selalu up anak sendiri)

Nama nya Khalif bin Khalid. Hari ini, saya hanya nak bercerita tentang kisah hidup saya. Sejak form 4 hingga sekarang.

Untuk permulaan yang agak dahsyat, saya terlalu bebas bersama Khalid (suami) dan sudah bersama untuk tempoh yang terlalu muda seawal form 2.

Tetapi saya masih bersama Khalid yang sudah pun menjadi suami saya sekarang kerana saya terlalu bersalah terhadap ibubapa saya dan Khalid juga setuju untuk mengakhiri hubungan kami dengan baik.

Khalid yang tua 3 tahun dari saya, saya bercinta sedari Tingkatan 2 dan melangsungkan perkahwinan setelah 8 tahun bercinta.

*2009-2015*

Memandangkan kami juga belajar di tempat yang sama, saya kerap menumpang mereka setiap hujung minggu untuk balik menziarah ibu bapa kami.

*2016*

Pada satu hari dalam bulan Syawal, tahun 2016, Zarif dan Zayn melawat saya untuk melihat anak saya dan beraya. Mereka informed yang mereka akan ke Australia,

kerja memetik buah for quite some time. 2 years period dan akan berangkat dalam masa seminggu.

Saya beyond shocked tetapi sentiasa mengingati mereka dan mendoakan dengan seikhlas hati,

tidak pernah ada bulan yang saya lalui tanpa memikirkan kesejahteraan mereka, semoga dipermudahkan urusan kerana semua pergi ke sana uk mengubah nasib keluarga, memulakan keluarga sendiri dan banyak lagi sebab sebab yang baik dan murni.

Bagai ada urusan yang tidak selesai walaupun sudah hampir 5 tahun kami berkahwin. Cinta dalam perkahwinan sentiasa turun naik, kami sentiasa cuba memperbaiki tetapi masih rasa punya urusan yang tidak selesai.

Satu hari, suami saya (Khalid) bertanya,

‘sejauh mana hubungan you dengan Zarif dan Zayn?’

Saya gelak dan pelik

‘Abang, I tak pernah menyorokkan apa apa dari you. They are my BFF’

Khalid memang tidak berpuas hati dan sentiasa mencari salah saya. Dari tuduhan demi tuduhan skandal di pejabat, mengawal ketat hidup saya, media social, Whtasapp, kawal perbualan, pakaian dan segalanya,

tapi masih dia tidak berpuas hati. Katanya, dia sudah berusaha sehabis baik untuk keluarga kecil kami, solat taubat untuk dosa dosa kami sebelum perkahwinan,

mengapa ujian tidak berhenti? Dia percaya ada urusan yang tidak selesai. Saya masih clueless. Apa yang Khalid cuba sampaikan?

Khalid bertindak bertanya sendiri dengan Zarif tentang friendship kami. Saya pasti jawapan Zarif juga sama seperti saya tapi sebenarnya, jawapannya adalah pintu kepada segala ujian yang Allah kurniakan pada saya.

Sewaktu saya di tempat kerja, Zarif menghubungi saya.

‘Khalid contacted me asking about us, should I tell him the truth?’

‘Yea just tell him lah, we just friend, nothing to hide.’

‘Kau memang tak ingat apa apa ke Hayla?’

‘As far as I remember, walaupun aku dah beranak, aku tak lupa apa-apa. Nothing ever happen,
Just tell Khalid that. Simple kan?’

‘Hayla, I am so sorry. I betrayed you once. Im just another man. I already backstabbed you’

‘Apa kau cuba cakap ni, Rif?

‘2012, We make out once, I put drugs on you. We checked in together and I sent you back to your house next morning,

we tried to be as gentle as we can, we need to maintain good image to you’

‘We? Kau cakap pasal berapa ramai ni?’

‘All of us’ *Just FYI, kawan brotherhood dia setaman*..

‘And you guys came to my wedding and took pictures with me?’

‘We’re invited’

Allahuakbar betapa instinct seorang suami itu tidak dapat disangkal. Saya lega kerana jawapan sudah diketahui tapi bagaimana pula penerimaan Khalid?

‘Abang, I nak beritahu u sesuatu, the answer that you’ve been looking for. I faham kalau you nak step away dari marriage sebab I memang dah kotor.

Kalau I tahu dan ingat apa yang jadi, sumpah I takkan ajak you bina hidup bersama’

‘ I tak semulia mana. I cuma nakkan jawapan. I juga tiada untuk menjaga dan melindungi you. I minta maaf I tinggalkan you masa tu.’

Zarif Zayn, kalau kau baca ni, macam – macam jenis revenge aku fikir untuk hancurkan hidup semua.

Kalau aku tahu, jalan ke rumah kau semua pun aku tak boleh toleh. Tiada apa yang aku harapkan melainkan kejatuhan dan kebinasaan terhadap kau dan keluarga yang bakal kau orang bina.

Aku takkan pernah sudi maafkan tapi aku percaya perbuatan kau tu akan ada balasannya.

Abang, thank you sebab terima Hayla, tolong Hayla bangun bila Hayla rasa tiada harga diri. Thank you sebab jaga dan protect I sehabis daya Abang.

Semoga jodoh kita panjang dan I bahagia sangat punya suami seperti Abang. I akan jadi Mama dan wife terbaik untuk you dan Khalif.

Readers, I am so sorry sebab I pun tak pasti apa morale dan pengajaran yang saya mampu beri sebab saya sendiri masih mencari apa hikmah di sebalik semua ini. Semoga kita semua hidup dalam lindungan-Nya.

p/s cerita ini tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Mungkin hanya cerita rekaan. Mungkin juga drama tv3.

Yang penting sebagai perempuan janganlah jadikan lelaki yg bukan mahram sebagai kawan kau. Itu je.