Suami aku kerja kerajaan, ada anak 3. Tiap bulan rasa duit xcukup sampai aku kena buat part time. Yg pelik perngai suami balik kerja cmtu je.

Assalamualaikum. Tapi sekadar nak share dan luah. Aku tak tahu nak share pada siapa.

Aku dah 10 tahun kahwin, anak 3 semua perempuan. Kehidupan mak2, semua mesti faham. Macam lipas kudung kesana kemari hal kerja, urus anak2 semua. Cerita kain baju yang tak sudah2.

Anak2 sekolah semua aku sorang yang uruskan sebab kereta kami ada 1 je. Dan juga disebabkan financial keluarga aku tak kukuh,

aku ada buat part time job sambil jual itu ini apa2 lah yang boleh mendatangkan duit. Suami kerja kerajaan.

Tak reti nak bisnes2 ke apa. Tu jela kerja dia. Ya dia masih suami yang baik. Takda pukul2 ke marah. Rumah, kereta, bil2 semua dia bayar. Solat cukup semua.

Tapi aku pernah bagitahu dia, set la kualiti time utk anak 5-10minit pun jadilah. Bacakan buku ke ,borak ke, tazkirah ke.

Aku ingat lagi sebelum kahwin aku harap sangat dia boleh ajat anak2 aku ngaji sebab dia ada background sekolah agama.

Tapi hakikatnya aktiviti dia dengan anak2? Tengok tv, tengok movie atau bagi handphone kat anak. Tu je. Kerja lipat baju aku selalu jugak bagi pada dia.

Dari melopong tengok tv baik la sambil lipat baju. Aku banyak share pasal isu parenting. Ajak anak yang bawah 5 tahun ajar simple Iqra je pun boleh. Aku siap demo bagai. Tapi takda juga dia buat.

3. Bila aku tengok balik,kerja dia memang top priority. Dia memang harapan bos. Harapan jabatan. Walaupun dia kerja kerajaan tapi tugas dia berat.

Marah pada dia pun aku balas pada anak. Aku takda tempat nak luah. Dia dulu selalu la cerita hal opis dia. Aku dengar dan hadam je. Nak bagi dia release.

Tapi bila part aku, dia tak fokus, tak respon. Aku jadi malas nak bagitau apa2. Aku selalu rasa aku tak dibuatkan priority hidup dia.

Kalau makan di kedai dia selalu dapat makan dulu. Aku selalu lambat sebab kena setel suap anak2 dulu. Dia tak pernah tanya aku.

5. Nafkah. Dia memang bayar rumah,kereta dan bil semua. Akibat komitmen terlalu banyak,baki gaji dia lepas dan bayar semua ada 200++ saja.

Hidup di KL ni 200 dalam masa 2 hari dah boleh habis. Minyak kereta lagi. Susu, pampers anak lagi. Tapi tu semua aku yang tanggung. Aku tak kisah.

6. Gaji aku sikit. Tak sampai 2k pun. Aku sgt pulun buat macam2 kerja nak survive. Mujur jugak mak aku sangat banyak tolong. Dia banyak kali cakap kalau takda duit bagitahu dia.

Tapi aku taknak susahkan dia. Aku usaha sehabis daya. Kalau memang takda, tak cukup baru aku bagitau. Aku tahu suami malu tapi kadang dia macam dah tak kisah.

Dia tahu kalau tak cukup duit aku ada boleh cari duit. Mak aku ada boleh bagi duit. Berlainan dengan mak ayah suami.

Selalu macam tak ikhlas nak bantu. Tapi takpela. Kita yang meminta, buatlah cara meminta.

7. Aku selalu inginkan perhatian suami. Ya sampai kadang rasa mengemis perhatian dr suami sendiri. Aku pernah luahkan pada dia tentang keperluan aku.

Dia pagi2 dah keluar ada kerja penting. Aku bagitau, tengahari balik la belikan lunch.

Aku tak larat langsung nak masak. Keep on muntah, cirit. Tapi anak2 ada kat rumah. Kejap berak la lapar la.

Aku tak rehat mana pun. Tengahari dia still tak balik. Pukul 6.30 petang baru balik. Rumah dan office dia tak jauh mana pun. Langsung tak balik.

Aku lembik, lapar. Banyak situasi yang boleh gambarkan betapa dia tak pentingkan aku dalam hidup dia. 3 orang anak semua memang check up aku sorang je pegi.

Adakah aku expect terlalu tinggi? Aku tak paksa dia tapi what your roles as father/husband kalau balik rumah takda buat apa? Where is your effort?

Sampai aku unfriend FB dan IG dia. Tak tahulah dia perasan ke tak. Atau dia diam buat tak tahu. Sebab aku rasa dia macam dah tak ambil tahu sangat pasal aku.

Bila komunikasi dah teruk macam ni memang both parties ada salah masing2. Aku faham. Tapi aku dah penat berusaha.

Macam2 tapi dari side dia macam takda apa2. Dia berserah je tengok aku ‘cold’ macam ni. Takda rasa nak tanya, nak usaha pulihkan keadaan.

Sori kalau cerita aku berterabur. Seriusly aku tawar hati ni. Sekian