Malam tu tengok mata nenek tertumpu tak berkelip di hujung katil. Rupanya ada sesuatu yg dia tengok buat bulu roma naik.

Assalamualaikum w.b.t. Saya berharap agar kalian semua mengambil iktibar daripada kisah ini. Ceritanya berlaku beberapa tahun lepas.

Tahun bila saya sudah lupa tapi saya rasa masa itu saya masih belajar di sekolah menengah. Sekarang sudah lanjut pengajian di sebuah IPTA di Perak.

Begini ceritanya…

Deria Datuk tidak berfungsi elok seperti dahulu ( umur sudah mencecah pertengahan 80-an),

jadi dia memang tak ambil kisah. Tetapi kami terutamanya nenek boleh rasakan ada sesuatu yang tidak elok di dalam beberapa kotak-kotak tersebut.

Nenek tidak ambil peduli pun tentang hobi pelik Datuk sebab dah ‘fed up’ kena marah, jadi dia tak tahu dari mana Datuk ambil barang tersebut.

Datuk pernah kongsi yang dia selalu pungut barang antik yang telah dibuang atau ditinggalkan di tepi jalan kawasan perumahan dan rumah-rumah lama yang terbiar kosong. Ha,

hebat dan berani kan Datuk saya? Nenek buat tidak dengar sahaja tetapi mak saya sudah tidak boleh tahan dan Datuk kena ‘sound’ teruk daripada dia.

Nenek dan Datuk tidur di bilik kedua dan ketiga yang ada ‘shared bathroom’. Gangguan bermula apabila nenek tidur dalam bilik saya berseorangan (lepas berkelahi dengan Datuk rasanya).

Dalam jam tepat 2 pagi, nenek tiba-tiba bangun tersentak. Badannya dibasahi dengan peluh sejuk, berasa lenguh sekali dan dia tidak boleh gerak langsung.

Nenek pasti dia macam ditindih oleh sesuatu. Mata nenek yang agak rabun tertumpu kepada satu lembaga yang berdiri di hujung katil.

Berdasarkan cerita nenek, dia ingatkan Datuk masuk bilik, sebab rupa dan fizikal lembaga itu macam mirip Datuk sedikit.

Nenek menegur ‘Datuk’ beberapa kali tetapi dia hanya berdiri tegak dan keras macam patung sementara matanya hanya melekat pada nenek sahaja. Pada masa itu, nenek sudah rasa lain semacam sudah.

Nenek tidak endahkan lembaga tersebut. Dia mula membaca ayat-ayat perlindungan yang diberi oleh sami dahulu (Nenek beragama Buddha). Namun, lembaga itu tidak melepaskannya.

Sekali lagi dia jerit tepat-tepat di telinga kanan Nenek. ‘Lepaskan aku sekarang! Lepaskan…!” Nenek terus baca dengan kedua-dua matanya pejam.

Setahu Nenek, kehadiran lembaga itu semakin lama semakin hilang, mungkin disebabkan sudah ‘give up’ menganggu Nenek. Akhirnya, ‘dia’ sudah tiada dan Nenek bolehlah gerakkan badannya.

Semasa Nenek turun katil, pintu tandas bilik master dihentak kuat macam bunyi bom dari dalam. Nenek masa itu tidak boleh tahan lagi lalu dia cepat keluar dari bilik master dengan suis air cond tidak tertutup dan terus masuk ke biliknya.

Keesokan harinya, Datuk marah Nenek kerana tidak tutup suis pasalnya tetapi Nenek dah terlalu takut sudah mahu layan kerenah Datuk. Tambah lagi, dia sudah mula ada demam.

Mak pula di bawah cuba berubat Nenek yang semakin parah demamnya dan akhirnya terpaksa bawa nenek pergi ke klinik. Jadi, di bilik hanya tinggal saya dan Datuk, yang dari tadi ikut saya naik atas. Alasannya, mahu belek kotak.

‘Hold on a second, belek kotak?’ Sekarang ini aku sudah terang-terang dah nampak kotak-kotak milik Datuk tersusun dekat dinding tepi katil. Aku tanya lah Datuk, ‘Sejak bila Datuk letak kotak-kotak di sini?’

‘Sejak kamu habis bercuti di rumah Datuk seminggu yang lepas. Ruang bawah sudah penuh, jadi Datuk letak barang-barang dekat sini.’

Aku mendengus perlahan dan beranikan diri membuka sedikit beberapa kotak-kotak di situ. Akhirnya, saya sudah cari punca gangguan nenek semalam iaitu barang yang ada di dalam sebuah kotak coklat pudar bersaiz sederhana yang agak ‘familiar’ bagi saya.

Auranya sangat lain, kuat dan bersifat negatif. Saya tidak perlu membuka untuk tahu isi kandungan dia sebab setahu saya ini lah kotak di mana Datuk simpan patung ritual itu.

Patung ritual tersebut telah dipindahkan, mungkin telah di hapuskan (saya tidak pasti di mana) dan sejak hari itu, tiada lagi gangguan di dalam rumah tersebut terutamanya di bilik master.

Sebenarnya, saya sudah sendiri awal-awal lagi pagarkan bilik itu, siap tabur lada dengan minyak kasturi dan daun limau serta melaungkan azan di setiap penjuru semasa cuti sekolah…

disebabkan hari itu Datuk membuta sahaja bawa balik barang pelik macam patung ritual itu dari tempat yang ‘kotor’. ‘Benda’ itu pastinya terseksa kerana adanya pendinding ayat suci Al-Quran itu dalam bilik master,

Pengajarannya, jangan jadi macam Datuk, pandai-pandai kutip barang walaupun nampak cantik dan mahal dekat tepi jalan mahupun rumah terbiar sebab mungkin barang-barang tersebut adalah harta pusaka peninggalan nenek moyang orang lain dan ada ‘benda’ yang duduk menghuni di dalam barang tersebut.

Sekian sahaja coretan saya dan terima kasih kerana membaca!