Lepas papa mniggal, Ibu jual kereta papa 6ribu je padahal harga betul 10k. Bila aku marah itu pula dia jawab.

Assalamualaikum semua. Nama aku Ayu. Aku tak tau macam mana nak meluahkan tapi ini lah perjalanan hidup aku sejak aku habis belajar universiti, senang cerita sejak kerja la.

Papa aku dah meningggal dah 4 tahun. Ibu aku ni aku panggil mama. Mama aku ni teramat lah degil, sejak papa aku ni meningggal kehidupan mama aku ni macam langsung tak ada sesiapa boleh tegur atau nasihat.

Mula-mula aku fikirkan dia mungkin memberontak ke atau tertekan ke sejak papa aku meningggal.

Tapi tak, memang dari dulu mama aku ni akan buat keputusan yang ikut 100% kata hati dia dan mama aku ni senang sangat kena tipu bab-bab duit ni dengan kawan-kawan dia.

Anak-anak hanya mampu bagi pandangan, memang dia maati hidup balik la nak terima.

Tiba-tiba kawan dia rekemenkan satu kedai used car yang lain. Mama aku setuju ikut cakap kawan dia dengan harga 6 ribu saja.

Aku punya lah sedih, macam tu aje mama aku letak nilai kereta papa aku dimata dia. Aku tak setuju.

Mama aku cakap “Suka hati aku lah, kereta laki aku”. Aku hanya mampu sabar dan move on macam biasa kena telan.

Kemudian, mama aku ni ada 2 tanah lain selain rumah yang mama aku tinggal. Tak besar mana, setakat cukup untuk buat sebiji banglo je aku rasa.

Sebelum papa aku meningggal, sejak kecil aku dengar papa mama aku ni bagitau ni nanti anak-anak punya. Bertahun-tahun aku dengar macam tu.

Sampaikan sedara mara aku semua dan adik beradik aku kalau cerita je pasal mama aku akan cakap “Mama memang macam tu, mama mana nak dengar pendapat orang”. Senang cerita ipar-ipar mama aku dah malas nak amik tau pasal mama aku lagi.

Insiden latest, mama aku ni kalau beli apa-apa dia bincang dengan kawan-kawan dia aje. Anak dan sedara ni org terakhir yang akan tahu.

So mama aku nak beli lagi kereta second hand untuk tujuan bisnes baru dia dengan kawan dia.

Mama aku boleh letak deposit terus 5 ribu lepas tu baru bagitau kat aku dan tunjuk gambar kereta kat aku.

Aku bandingkan dekat Mudah, macam biasa mama aku kena tipu dengan kawan-kawan dia. Harga kereta yang dia setuju nak beli ni 10 ribu lagi tinggi dari harga pasaran.

Cukup-cukup lah pencen papa aku 3 ribu untuk mama aku sorang. Tapi mama aku tak pernah cukup.

Tak perlu la nak ikut lagi cakap kawan-kawan buat bisnes tu buat bisnes ni. Selalunya, bisnes syok sendiri je. Yang rajin keluar modal semua mama aku.

Aku cuba taknak bagi dia banyak membazir, cukup-cukup lah dunia ni kejar pulak akhirat.

Tapi dia degil, takkan dengar pandangan anak-anak. Yang dia nampak duit nak kaya raya nak mewah. Agaknya.

Entah lah aku tertekan betul. Okey lah lega sikit dapat luahkan. First time aku mengarang. Terlebih terkurang sorry ye.