Setiap kali keluar dgn F, sy jadi bingung dan ikut je kata-kata F smpai sy xsgka lakukan bende tu. Bila kawan tahu dia terus siasat apa yg jadi

Saya seorang wanita berusia awal 30an. Saya pernah melalui kisah yang lebih kurang sama dengan mereka.

Pada mula saya baca kisah mereka, saya menangis dan sayu teringat apa yang pernah berlaku pada saya. Ditipu 2 kali oleh lelaki berbeza dan kali k- 2 lelaki tersebut menggunakan sihir.

Saya mengenali A (lelaki pertama) di sebuah laman web chatting. Perkenalan yang singkat dan keserasian antara kami memang wujud.

Pada masa itu, saya rasa saya dah jumpa lelaki yang sesuai sebagai teman hidup saya. Kami memang rapat dan pernah keluar beberapa kali sehinggalah saya yang terlalu mempercayai A.

Pada pertemuan kali ke-3, A telah melakukan sesuatu pada saya dan saya antara takut dan sayang merelakan perbuatan A.

Pada mula perkenalan, F tidak menunjukkan dia seorang lelaki yang tidak budiman. F sebenarnya berlindung dari wataknya yang supportive dan baik pada saya.

Setelah 3 bulan berkenalan, saya merasa terikat dengan F. Segala kemahuan F saya turutkan.

F selalu mengajak saya berjumpa dengannya dan setiap kali jumpa, F akan menyuruh saya memuaskan nafsunya secara oral. Mulanya saya membantah tapi lama-kelamaan, saya hanya menurut permintaan F.

Setiap kali keluar dengan F, saya jadi bingung dan akan mengikut sahaja kata-kata F. Saya pernah ponteng kerja kerana F dan bila saya tak jumpa F, saya akan gelisah resah.

Sedangkan, bila dengan F hati saya tak gembira pun. Saya takut dengan F dan apa yang dia nak, saya ikutkan saja. Saya memang ingat, F pernah bawa saya ke sebuah apartmen dan menyuruh saya melayan dia.

A berkali-kali menasihatkan saya untuk tinggalkan F bila dia dapat tahu F hanya pergunakan saya untuk nafsunya saja. Tapi, saya tak pedulikan pun nasihat A malah saya membenci A.

Yang buat saya tersedar saya dipergunakan F apabila seorang kawan serumah saya menyatakan yang saya nampak terlalu pucat dan selalu termenung.

Kawan tersebut mencadangkan saya untuk berjumpa doktor. Saya merasakan saya sihat dan keputusan medical check-up saya normal.

Kawan serumah telah membawa saya berubat secara perubatan islam apabila saya tiba-tiba demam kuat dan masih tak kebah setelah ke klinik.

Sejak mendapat rawatan perubatan islam, barulah saya tahu yang saya disihir. Perawat tersebut berusaha membantu dan merawat saya sehingga saya akhirnya berhenti kerja dan pulang ke kampung.

A seorang ternama dalam dunia keusahawanan dan seorang coach ilmu bisnes. Mujur saya hanya dipergunakan F untuk nafsunya sahaja.

F tidak pernah meminta duit atau menggunkan kenderaan saya cuma setiap kali keluar, saya yang akan membayar segala perbelanjaan. F hanya pernah mengeluarkan duitnya sekali saja.

Mulanya, saya rasa down juga dan rasa depress bila saya sembuh dari sihir. Saya merasa hina, jijik dan memandang diri saya tak berguna. Saya selalu menangis mengenangkan apa yang berlaku pada saya.

Sehingga kini, saya tak mampu untuk ke Negeri S dan saya takut andai satu hari saya akan terjumpa F di mana-mana.

Saya telah menukar no.hp saya dan sampai hari ini keluarga tidak tahu apa yang berlaku pada saya.

Kedengaran kejam tapi itu saja yang mampu saya buat agar hati saya tidak lagi sakit dan saya tidak lagi depresi.

Saya pernah menghadiri sesi kaunseling dan terapi untu menghilangkan duka saya. Saya juga sesekali akan ke pantai untuk menenangkan hati. Saya faham, mungkin masih ada ketakutan pada diri Cik Anne untuk keluar rumah.

Saya juga begitu tapi, apa yang saya lakukan.. setiap hari, saya cuba untuk keluar dari rumah selama 10 minit untuk ke padang permainan di sekitar rumah.

Dan bila saya dah boleh berdikari sendiri dan kurang takut, barulah saya berani keluar ke pusat membeli belah ditemani ibu saya.

Kini, saya cuba untuk memberanikan diri keluar bersendirian untuk hiburkan hati saya melalui window shopping.

Ambil la masa kalian untuk pulih tapi jangan berlama di situ. Lelaki durjana tu pasti akan dapat balasannya. Tak di dunia tapi di akhirat kelak.

Moga selepas ini, kita akan lebih berhat-hati dalam menjalin hubungan dan moga Allah pelihara kita agar tak jatuh lagi pada lembah itu.