Rim motor suami rosak. Mak aku terus belikan rim baru RM50. Kami beria2 halang mak tapi mak beli jgk dan ini terjadi.

Aku mempunyai seorang kakak. Kakak aku alhamdulillah mempunyai kerjaya dan hidup yang serba mewah. Berbanding dengan aku, hanya kerani biasa sahaja.

Aku tidak sepandai kakak aku, tapi alhamdulillah, masih di beri kesempatan untuk melanjutkan pelajaran ke diploma.

Bukannya aku tak mampu nak sambung pelajaran lagi, tapi aku tahu orang tua ku mesti akan cakap tak mampu nak tanggung aku belajar.

Semasa aku melanjutkan pelajaran ke diploma juga, aku survive seorang diri. Bekerja part time untuk tampung perbelanjaan aku sendiri.

Keluarga ku hanya memberikan RM100 setiap bulan. Apalah yang aku boleh beli dengan RM100 sebulan,

Tetapi kakak aku bekerja di Kuala Lumpur juga dahulu, seorang diri di sana.

Bak kata orang, rezeki jangan di tolak, tetapi sudah banyak tempat kerja yang aku kerja dan berhenti kerana orang tua ku membantah.

Berbagai alasan yang di berikan antaranya – “Tidak sesuai dengan aku lah, tidak ada masa dengan keluarga, waktu kerja sama sahaja seperti orang tidak sekolah” .

Apa lagi yang mampu aku lakukan hanya menurut sahaja dan berdiam diri. Aku tidak mampu untuk membantah.

Tapi sudah kerap kali juga aku berselisih faham dengan ibu bapa ku kerana kerjaya aku yang mereka halang.

Sebelum kami berkahwin, ibu bapa aku meminta aku dan suami tinggal bersama-sama mereka kerana kakak ku telah tinggal di Kuala Lumpur, takut bila ada kecemasan tak siapa yang datang membantu.

Aku dan suami bersetuju sahaja. Tapi manisnya sekejap sahaja. Ibu bapa aku telah mula tunjuk taringnya ingin mengawal segala apa yang kami lakukan.

Setiap apa yang mereka beri pada kami suami isteri, mesti akan ada suatu hari di ungkitkan kembali.

Pernah suatu hari, ibu bapa ku bertanya pada aku dan suami untuk membelikan barang rim motor untuk kami harganya RM50 kerana rim motor suami ku dah rosak.

Tapi kami menolak, kerana kami belum ingin pakai barang itu. Ibu bapa ku tetap membelikan juga. Kami tidak berkata apa-apa.

Ye aku tahu, aku tak kaya seperti kakak aku, yang boleh bawa makan tempat yang sedap-sedap, belikan baju yang mahal-mahal.

Apa lagi yang aku boleh buat? Gaji aku hanyalah RM1400 sahaja sebulan. Aku tidak pernah missed untuk memberikan duit kepada ibu ku setiap bulan. Tetapi aku di layan seperti ini.

Aku sudah buntu cara macam mana lagi yang aku boleh buat untuk puaskan hati ibu bapa aku. Perlukah aku menabur duit di depan mereka barulah aku disayangi?

Aku buntu. Adakah aku dipandang hina sebab aku tidak kaya seperti kakak aku?? Sejak kecil aku di layan seperti ini,

sehingga aku terfikir aku ini anak kandung mereka atau anak pungut mereka sahaja?? Berdosakah aku berkecil hati, terasa hati dengan ibu bapa ku??

– ANAK YANG KECIL HATI (Bukan nama sebenar)