Masa belajar oversea 3 tahun aku tidur dgn Z tanpa pengetahuan family aku. Tiba2 Z merajuk dan aku scroll fb jumpa gmbar dia dah berkahwin.

Salam and hi. First of all, thanks. This post will be in mixed language, malay and english, pardon my bahasa yang lemah.

Tajuk aku sangat cliche, sebab aku tak tau nak letak tajuk apa. Yang pasti dia, Z, adalah bekas teman lelaki aku, yang kini dah selamat jadi suami orang.

Aku seorang gadis hampir mencecah usia 30-an. Kerja aku bagus. Gaji takla mahal, tapi cukup untuk perempuan bujang yang takda tanggungan.

Kalau orang tengok aku dari luar, semua orang tertanya-tanya, apa yang aku tunggu, kenapa aku tak kawen lagi. Apa yang tak cukup dan tak kena lagi?

Hati aku. Hati aku dah hitam kelam. Aku tak tau macam mana aku nak berpatah balik. Aku terlalu banyak dosa. Terlalu hina untuk siapa-siapa.

Setiap hari Z berjanji takkan mempersiakan aku. Aku rela diperlakukan apa saja oleh Z. Sampai kami masing-masing tamat belajar, janji Z bagai mencurah air kedaun keladi.

Balik Malaysia, Z makin sibuk dengan kerjayanya. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan.

Mesej aku selalu tak berbalas dengan alasan sibuk. Jumpa apatah lagi. Bila cerita soal kahwin, alasan masalah keluarga selalu diberikan.

Raya tahun lepas aku tunjuk gambar Z pada ummi, aku bercerita perkara baik-baik perihal Z pada ummi. Kata ummi moga aku diberikan jodoh yang baik-baik.

Raya keempat aku masih dikampung. Z hantar mesej di whatsapp, ajak berpisah. Takda angin, takda ribut. Aku berlari keluar rumah nenek, berkali-kali aku telefon Z, akhirnya Z angkat.

Aku berubah. Perangai aku meliar. Aku keluar dengan entah mana-mana lelaki. Aku bingung. Pada fikiran aku, aku dah tak suci, kenapa aku nak jaga lagi? Kalau Z mampu cari pengganti, masakan aku tidak.

Hujung tahun lepas aku terlanjur. Aku jatuh hati dengan seorang jejaka kelantan. Orangnya manis, lembut dan sangat pandai melayan wanita.

Aku sangat keciwa bila tahu dia sebenarnya sudah berpunya. Aku ditipu lagi. Hati aku musnah kali kedua.

Aku mesej Z, aku minta maaf padanya. Mungkin ada kata-kata aku yang terakhir mengasarinya.

Z ajak aku kembali bersama dia. Dia berjanji benar-benar mahu meikahi aku kalini.

Anehkan jodoh. Tiga tahun aku sia-sia berzama Z. Tapi Z mengambil masa tak sampai sebulan untuk decide nak menikahi isterinya.

Tiga tahun aku hitam kelam membawa aku kelembah hina. Tapi dia miliki isteri yang suci dan terjaga.

Hari demi hari aku mencari diri aku. Kadang-kadang aku mengaji sampai kering tekak berjuzuk-juzuk, tapi aku tetap tak mampu nak mengundur masa.

Saban hari aku menitiskan air mata dalam solat, tapi esoknya aku masih melayan lelaki seperti tiada dosa.

Dia bukan milik aku. Tapi aku milik Allah. Aku harap Allah temukan aku kembali dengan hidayahnya. Kuatkan aku yang masih bersendiri.

Aku harap kalau aku tiada jodoh di dunia