Lepas kahwin kami tinggal rumah 2 bilik. Suami pergi kerja naik motor aku pula naik kereta. Aku tak pandang semua tu masa mula2 kahwin

Assalamualaikum. Bukan semua wanita tabah bergelar janda.

Aku kahwin dengan pilihan aku tahun 2013. Early stage of marriage, one by one perangai buruk aku nampak tapi aku telan.

Aku ingat manusia boleh berubah kalau kita selalu encourage untuk berubah ke arah kebaikan. Aku positifkan diri aku. Konon nak susah senang sama-sama.

Normal lah kan. We build an empire together, through thick and thin. I’ll be with you, vice versa. Itu yang aku pegang kalau rasa down or stress.

Kalau nak list aout apa yang dia buat kat aku, mungkin boleh jadi drama bersiri. Aku share sebahagian story aku dengan korang untuk pedoman.

Lepas kahwin, kami tinggal kat rumah 2 bilik, kembar 4, rumah depan belakang pun sama. Dekat Sepang. Korang boleh bayangkan? Agak ke dalam jugak.

Kalau malam balik kerja memang scary, jalan gelap takde lampu. Tapi disebabkan tempat kerja dia nearby and dia guna motor, so aku rasa it’s okay, at least aku guna kereta aku.

Oh ya, sebelum kahwin aku memang dah ada kereta and dia ada motor. Seriously aku memang tak pandang benda-benda macam ni asalkan kau boleh jadi ketua keluarga dan bimbing aku.

Aku kerja walaupun aku memang nak sangat jadi housewife, fokus kat suami. Sebab aku drive jauh dari Sepang ke Bandar Utama setiap hari.

Tapi lama kelamaan, aku rasa tak best. Nak makan sedap je mesti mengendeng aku untuk bayar. Kalau untuk guna duit dia, nasi goreng telur mata + air sirap RM4. Tu maksimum dia bayarkan.

Silap aku, masa mula kahwin aku tak pernah mintak nafkah zahir. Dia tahu gaji aku lagi besar dari dia so dia fikir tak perlu bagi. Duit belanja dapur pun aku tak mintak.

Mostly guna duit aku untuk beli barang barang dalam rumah ni. Dari ubat gigi sampai la barang basah, barang eletrik dll. So, kat situ dia fikir aku mampu untuk sara diri sendiri & dia.

Lepas aku pergi kuliah, ustaz ada bagitau kewajipan suami adalah bagi tempat tinggal, persalinan untuk isteri luar dalam at least 2 pasang setahun, belanja dapur & keperluan isteri & belanja harian isteri.

Correct me if I’m wrong. So aku pun bagitau dia aku nak semua benda tu. Dia bagi aku RM100 sebulan untuk aku & barang dapur. Logik tak?

Macam macam alasan. Sedih aku sedih. Sebab aku ingat dia boleh bimbing aku. Aku ni bukanlah pandai sangat tapi bolehlah setakat ajar tu.

Still ingat lagi ayat dia, tu urusan aku dengan Allah. Kau jangan masuk campur. Syurga kau bawah kaki aku. Kalau aku tak redha, kau ahli neraka.

Allah tunjukkan sikit-sikit perangai dia. One day dia resign. Aku pun tak sure sebab apa. So, aku ingatkan dia boleh cari kerja dalam masa yang singkat.

Bila dia resign, all he did was staying at home & lepak. Takde rasa nak buat part time atau cari jalan untuk bantu wife. Rasa macam bela biawak hidup.

Time tu everything was on me. Jadi breadwinner, semua aku bayar and in the end aku tak dapat nak simpan duit.

Terus dia melenting bagitau yang aku ni lagi hina dari pelacur bagi dia. Sebab teguran tu je. Habis dia maki aku.

Lepas aku resign, B still tak dapat kerja. Sebab malas nak usaha. Nasib baik aku ada saving at least boleh la buat bayar kereta dan makan bulan bulan.

Tapi saving makin susut, B still tak kerja. Aku decide apply kerja and alhamdulillah aku dapat kerja dekat dengan rumah walaupun gaji 2 kali kurang at least aku ade earning.

He was unemployed for 1 year, within that semuanya keluar dari poket aku. To be honest time tu memang dah terdetik dari hati aku nak keluar dari perkahwinan ni.

Aku sakit, emosi aku sakit. Mak ayah dia langsung tak nasihatkan dia. Lagi nak menangkan anak jantan dia.

Kakak & abang si B ni pun sama je perangai. Betullah orang cakap, tudung labuh, kopiah tak melambangkan akhlak & iman.

Ada satu hari time memang conflict dengan B, adik aku datang rumah. Terkejut bila dia tengok rumah. Dia cakap macam rumah setinggan. Aku senyum je.

Adik aku nangis, kakak dia hidup dalam keadaan macam ni. Aku tahan je air mata. Sebab aku tau kalau aku nangis, dia akan rasa lagi sedih.

Pernah dia bagitau aku yang dia takkan ceraikan aku tapi dia nak aku yang tuntut fasakh. Aku pernah merayu pada B untuk lepaskan aku dari masing masing sakit hati dan simpan dendam.

Sebab bagi dia bila aku tuntut fasakh, tu akan tunjukkan aku yang nak cerai bukan dia. Dia still akan nampak mulia & jadi mangsa keadaan.

Aku dah tak kuat nak go through hidup dengan B. Lepas subuh, aku call mak aku. Aku nangis. Aku bagitau mak aku dari a to z.

Dari suara mak aku, aku tau dia pun sedih & sebak. Aku mintak izin mak ayah aku pergi mahkamah dan rujuk pasal lafaz tu. Kalau tak valid, filekan fasakh.

Ayah aku rujuk ustaz & lawyer. Dorang pun agree yang aku should get out from this marriage. TBH, it’s a long process tapi family was always there untuk support aku.

May 2015 time puasa aku berjaya cari rumah sewa area berdekatan. So aku bagitau owner yang aku akan move in lepas raya. Aku plan senyap senyap.

Siap buat list apa yang kena bawak keluar. Time raya aku tak balik sebab aku takde duit. Tunggu gaji. B seminggu sebelum raya dah hilang balik kampong dia.

Tak nak gaduh lagi. Macam macam. Tapi aku tak layan. Cukuplah 3 tahun aku sia siakan masa aku dengan B.

Bila tak dapat convince aku, dia gunakan mak dia. Kononnya aku boleh mellow down dengan orang tua tu.

Sorry, once I set my mind I will never look back. Sebulan sebelum tarikh bicara mak B call aku. Tanya aku stay kat mana, dah fikir masak masak ke, blab bla bla.

Seriously time tu bila aku dengar je suara mak dia, aku rasa macam nak tengking, nak marah semua ada.

Betapa fake ini orang tua. Aku jawab simple je, mintak maaf lawyer tak bagi communicate. Kalau ada pertanyaan boleh call lawyer saya. Nampak biadap tapi tu yang terbaik untuk aku balas. Then aku terus hang off.

Alhamdulillah, aku diceraikan dengan talak satu walaupun waktu tu B buat drama menangis depan hakim. Janji dia akan berubah. Macam macam lagi la.

Tapi aku bagitau kat hakim enough is enough. Aku tak akan ubah fikiran walau dia letak pisau kat leher aku.

Lepas je lafaz, aku rasa lega. Rasa macam satu beban yang amat besar dah hilang. Keluar je dari bilik bicara, B datang jumpa mak aku.

Mak aku bagitau dia, jangan buat anak orang macam ni lagi lepas ni. Mak aku terus ignore dia lepas tu. Mak mana sanggup tengok anak kena macam ni kan.

Sepanjang tempoh iddah, hari hari B whatsapp aku pujuk nak rujuk balik. Aku ignore je. Entah dari mana dia dapat tahu rumah aku, dia datang tunggu aku dari luar gate.

Depression aku pun dah sembuh. Kalau orang cakap macam la aku tak buat salah dalam isu ni. Yes aku admit. Aku pun ade khilaf jugak dalm perkara ni. Mood swing.

Aku admit aku selalu gaduh sebab tak tahan dengan perangai dia. Jenis aku bukan jenis nak mengadu kt in laws or mak ayah aku.

Jenis aku, kalau ada problem aku nak settle within ourselves. Tak nak ada orang lain jadi nasi tambah.

Alhamdulillah, aku dah jumpa the one yang betul betul terima aku seadanya. Yang terima baik buruk aku dan bersama aku time susah dan senang.

Yang selalu nasihat aku, bagitau aku bila aku buat salah. Insya allah kami akan kahwin hujung tahun ni. Doakan kami.

Aku tertarik dengan quote dari Prof Muhaya “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.

Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Kasihan. Parasnya cantik. Sudahnya dilayan seperti sampah. Bukan salah sang isteri.

Atau mungkin memang betul salah dia. “SALAH MEMILIH SUAMI”. Pakaian tidak mencerminkan agama juga keperibadian. Jangan tertipu dan akhirnya “padan muka aku”.