Tak sangka lepas check bil talifon. Baru tahu suami ada hubungan gelap dengan jiran sebelah rumah

Kami pasangan yang bahagia. Luaran, dalaman. Maksudnya, bukan pura-pura bahagia ye. Salah faham sikit tu ada, tapi tak sampai tahap kronik hinggalah satu hari muncul HH dalam hidup kami.

Semua jadi secara tak tersangka sebab aku tak pernah fikir yang jiran kami akan jadi orang ketiga dalam rumahtangga kami.

Ye, jiran okay, jiran. Dan terjadi di saat hubungan kami suami isteri memang okay sangat-sangat, tak ada masalah apa pun.

Kantoi pun bila aku check bil telefon suami, (walhal selama ni aku tak pernah check pun, betapa ALLAH nak tunjuk) dan aku jumpa nombor HH.

Bila kantoi, dengan masih terkejut beruk sebab dengan jiran sendiri, aku pun jumpa HH nak bincang hati ke hati. Yang lagi terkejut beruk, HH pakai tudung labuh, pakai handsocks, stokin bagai tau.

Macam tak percaya pulak. Aku tanya, memang nak kahwin dengan suami aku ke, nak bermadu ke. Dia kata, kalau dah jodoh, nak buat macam mana.

Amboi, jawapan artis muslimah sangat kan. Sumpah rasa nak pijak muka dia. Tapi masa jumpa HH, aku tak menangis pun. Siap aku boleh peluk dia sebelum balik. Entah mana dapat kekuatan.

Aku tanya dia, kenapa masih layan walaupun dah tahu status suami aku? Kenapa ikut pergi tepi pantai? Sumpah, aku tak salahkan HH 100% sebab aku tahu it takes two to tango.

Mesti sama-sama gatal miang. HH balas, dia pun tak tahu kenapa jadi macam tu. Dia pun tak percaya yang dia boleh jadi orang ketiga. Erm..

Oh, lupa nak bagitahu, suami aku dan HH pernah ada urusan bersama walaupun lain syarikat, so ada contact number masing-masing. Tu yang boleh tukar-tukar cerita sampai berputik kasih sayang tu kononnya.

Pertemuan kami pun tamat dengan keputusan– mereka putus. HH janji dengan nama ALLAH yang dia takkan ganggu suami aku lagi & akan buat-buat tak kenal walaupun berjumpa dalam urusan @ majlis syarikat.

Baiklah, aku pegang janji dia sebab dengan imej muslimah yang dia bawak. Tapi selang dua hari, tiba-tiba aku dapat mesej dari HH.

HH mintak izin untuk jumpa suami aku untuk kali terakhir weh! Hahahaha.. aku tak tahu nak gelak ke nak nangis. Siap nak aku ada sekali.

Jumpa kat taman dekat dengan rumah kami. Dia nak aku jadi saksi pertemuan terakhir Romeo & Juliet cinta tak kesampaian ke macam mana? Nak pitam rasa.

Aku bagi sedas dua, tarbiah sikit. Dia ingat aku tudung bidang 45 ni tak boleh tarbiah perempuan tudung bidang 60 ke. Cet.

Sejak tu, aku pilih untuk tak lagi fikir dan ambil tahu pasal HH. Cuma kalau keluar rumah, nampak kereta & rumah dia tu, rasa terseksa jugak jiwa raga.

Tapi takkan nak pindah rumah semata-mata? Rumah dahlah mahal sekarang. Sabar banyak-banyak jek lah.

Aku share sini untuk pengajaran bersama :

• Suami

1. Kalau dah ada isteri tu, tolonglah tak payah nak baik sangat dengar cerita manusia berlainan jantina ni. Aku percaya, lelaki & perempuan tak mungkin boleh jadi kawan baik.

Salah sorang mesti akan ada feeling. Kalau dua-dua ada feeling, lagilah haru. Baik kau balik rumah, kau dengar luahan & cerita isteri kau, dapat jugak menambah pahala.

• Isteri

1. Ada orang cakap, jangan check phone suami supaya tak sakit hati. Berdasarkan pengalaman aku, ada pro & kon. Aku check jugak phone suami aku, tapi biasalah lelaki, pandai.

Dia dah buang segala conversation, call log segala. Memang clean & clear. Tapi kalau ALLAH nak tunjuk, bila-bila masa jek. Doalah banyak-banyak.

Tunjukkan keprihatinan anda. At least, suami ada jugak rasa fikir banyak kali sebelum nak buat pelik-pelik.

2. Jangan stress sangat nak jadi yang terbaik. Macam aku, semua benda aku buat sebab nak jadi solehah terbaik. Makan suami pun aku cedok berhidang segala tau.

Tinggal tak suap ke mulut dia jek. Baju semua aku basuh, sidai, lipat, gosok. Cebok berak anak pun dia tak pernah sebab dia kata nak muntah bau busuk. Hahaha..

2. Solat berjemaah dan di awal waktu adalah kunci bahagia rumahtangga. Itu yang kami suami isteri lalai lepas ada anak.

Sibuk kejarkan anak, sampai solat jemaah entah ke mana. Bila salam cium dahi lepas solat tu, rasa syahdu, rasa sayang makin mendalam, harapnya dapat tutup hati masing-masing dari kecurangan.

Dapat jauhkan hati dari rasa tak cukup, sunyi & perasaan negatif yang menjurus kepada curang.

Aku pun masih mencari kekuatan untuk melupakan. Ye, aku maafkan suami & HH, tapi tak mungkin sesekali aku lupakan. Jiran pulak tu, lagilah susah nak lupa weh. Hahaha..

korang, doakan aku ye. Aku tahu banyak lagi kes curang yang lagi teruk, aku patut bersyukur sebab ALLAH tunjukkan segalanya sebelum jadi semakin melarat.

Sebab tu, jangan sesekali lupa ALLAH. Jaga hubungan dengan DIA, DIA akan jaga kita. InsyaALLAH.