“Ini gelang mak bagi, lama dah ayah” cuma mak pesan jgn pakai dekat tempat2 yg kotor. Satu hari aku cuba buka tp xboleh

By the way, aku Bruneian (dulu pernah pegang IC Malaysia sampai umur 15 tahun, ayah aku Sarawakian dan Mak aku Brunei.

Aku lahir di Brunei, hihi) dan cerita ini adalah mengenai pakcik aku (cousin ayah) yg ketika itu masih budak lagi dalam lingkungan 10 tahun.

Cerita mengenai pengalaman dia sewaktu ayahnya membawa masuk ke dalam hutan utk memotong kayu. Kejadian ini berlaku di Trusan, Sarawak bersempadan dengan Daerah Temburong, Brunei.

Tanpa membuang masa kita terokai dan ambil iktibar dari cerita ini. ‘AKU’ di dalam cerita ini adalah pakcik aku.

Masa ketika dulu ayah aku kerjanya disamping menjadi nelayan, dia juga mengambil kayu di hutan utk membuat rumah atau perabot kayu.

Pada waktu itu terlintas difikiran ayah utk mengajak aku masuk ke hutan. Sudah menjadi tabiat org lama, mengajar anak sedari kecil, melentur buluh biar dari rebungnya.

aku yg masih lagi dalam keadaan letih, maklumlah pertama kali meredah hutan tebal, lalu aku pun terlelap di bawah pokok tu. tapi memang aku terasa baru saja terlelap,

tiba-tiba ‘ayah’ kejutkan aku dan mengajak aku utk balik tanpa melihatkan wajahnya dan aku sangat pasti yg itu adalah ayah kerana zahirnya, bentuk badan dan gaya percakapan yg memang ayah aku.

Aku yg dalam keadaan mamai dan heran pun bertanya kepada ayah.

“ehh mana Pak Din, pa?” (Ayah, Mana Pak Din?)

“inda apa tu mulihtah kitani saja dulu.” (Takpe, kita balik je balik dulu) kata ‘ayah’.

Aku pun ikutlah ‘ayah’ yg beriya mengajak pulang. Tapi dalam perjalanan tu, aku merasa amat pelik kerana macam sudah tersedia jalan lapang dan bersih dari daun-daunan.

Sedangkan pada mulanya kami datang tadi punyalah susah meredah ranting, duri dan akar pokok. Lantaklah dalam hatiku, mungkin ini jalan keluar yg lain.

Aku yg sedari tadi ikut berjalan di belakang ‘ayah’ ni pun berasa lapar. Aku pun katalah kat ‘ayah’….

“Pa, bulih kitani berehat skajap kah? lapar parutku sudah. makan kitani dulu yg mama batakan tadi pagi ah.” (Ayah, kita rehat kejap boleh? perut aku dah lapar, kita makan bekal yg emak bekalkan pagi tadi) kataku.

“Bah menyiringtah kitani dulu.” (ok kita rehat kat tepi ni lah) kata ‘ayah’ tanpa memandang aku.

Aku yg mula hendak duduk ni terpandang 1 pokok rendang yg akarnya seakan-akan kerusi.

“ehhh pa. baik pulang duduk di sana tu, bisai ada mcm kursi.” (Ayah kita duduk kat sana. senang sikit nak duduk, mcm kerusi) aku mencadangkan kepada ‘ayah’.

“uiiii kenapa kau sabut tu dalam utan!! inda dapat bah tu.” (hoii, kenapa awak sebut benda tu dalam hutan, tak boleh!)

Aku tersentak kerana ‘ayah’ meninggi suara kepadaku. Mungkin benar benda tu tak boleh sebut dalam hutan, bisikku yg masih mentah tentang dunia.

Tapi malangnya belum juga ternampak akan kelibat diriku. Ayah hanya mampu berserah kepada Allah agar aku selalu dalam lindungan Nya.

Aku merasa agak terlalu lama sudah berjalan tapi belum sampai juga keluar hutan. Aku bertanya kepada ‘ayah’ tapi ‘ayah’ hanya mendiamkan diri sambil berjalan di hadapan ku. Lama- kelamaan ‘ayah’ pun membuka mulut bertanya pula kepadaku…

“Apa yg kau pakai di tangan mu atu?.” (Apa yg awak pakai kat tangan awak tu?)

“Galang jua ni pa, yg mama bagi arahku, batah jua sudah ni ku makai. Nya mama jgn di pakai tempat kamah2 saja.” (Ini gelang yg emak bagi, lama dah ayah.

Emak cuma pesan jgn pakai di tempat yg kotor) kataku ringkas. Gelang tu cumalah gelang perak yg biasa, bukan tangkal, azimat atau yg sama species dengannya.

Cuma gelang itu ada tertulis kalimah ‘Allah’ dalam tulisan jawi.

Sebab tu emak pesan kalau masuk ke dalam tandas atau tempat kotor, aku harus membukanya dulu.

“Baiktah kau buka tu! inda baik tu dipakai. buka tia lakas!” (lepas gelang tu. Benda tu tak boleh dipakai. Cepat buka!) kata ‘ayah’ dengan nada yg agak menakutkan.

Aku turut saja apa yg ‘ayah’ suruh kepadaku. Maklumlah aku masih kecil dan jahil tentang keadaan yg aku alami ketika itu. Aku pun mencuba melepaskan gelang itu dari tanganku.

Tapi pelik, gelang yg mudah aku lepaskan ketika hendak mandi atau ke tandas itu, tidak boleh aku keluarkan dari tangan sama sekali.

Aku tetap terus mencuba tapi masih tersangkut di pergelangan tanganku sambil ‘ayah’ terus membebel utk aku melepaskan gelang itu.

Di situasi ayah dan Pak din, dengan izin Allah jua, tidak jauh dari mereka berjalan, mereka ternampak aku yg berdiri di depan pokok sambil memegang tangan.

Tanpa membuang masa ayah berlari tanpa memperdulikan semak semun hutan lagi. Ayah menarik baju aku dari belakang terus memeluk dan berkata…

“antu tu yg kau ikut atu!!.” (yg awak ikut tu hantu!) tegas ayah kepadaku.

Aku tersentak seperti aku baru sahaja bangun dari mimpi. Aku melihat ‘ayah’ yg berada di depanku sudah tidak ada lagi.

Aku menoleh di sekelilingku, ia kembali semak dan seperti tiada tempat utk ku hendak berdiri. Jalan yg lapang ku lihat tadi juga hilang dari pandangan.

Selepas kejadian itu kami pun betul-betul tersesat. Hampir 3 minggu kami berada di dalam hutan. Pihak Polis Sarawak membantu mencari kami atas laporan kami sudah lama tidak balik.

Dengan kerjasama Pihak Polis Brunei, kami dijumpai di dalam Hutan Brunei. Sungguh tidak disangka penangan hantu hutan, sampai begitu jauh kami tersasar disebabkan olehnya.

Akhirnya kami pun dikembalikan ke kampung halaman kami oleh pihak Polis Brunei.

Sebagai penutup di sini, kejadian ini benar-benar terjadi tanpa tambahan atau rekaan. Kita ambil iktibar dan pengajaran dari cerita ini. Sesungguhnya apa yg dikehendaki oleh Allah, itulah yg terjadi.

Walaupun hanya secara spontan tersebut perkataan ‘kursi’ (Brunei sebut kursi utk kerusi) pun sudah cukup utk menggentarkan syaitan.

Apa lagi jika menghayati isi kandungan ‘Ayat Kursi’ yg sangat mulia. Dan mengenai gelang tadi, serius ianya bukanlah sebagai azimat. Itu hanyalah sekadar perhiasan yg sengaja di ukirkan nama ‘Allah’.

Memang tidak mempunyai kuasa apa pun. Tapi dgn izin Allah jua, ia menjadi benteng terakhir utk pakcik aku yg hampir disesatkan.

Hasbi Allahu Wa Niqmal Wakil, cukuplah Allah bagiku Dia lah sebaik-baik pelindung.

Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini, dan minta maaf kalau tidak seram dan gaya penulisan yg tidak memenuhi citarasa.

Aku bukanlah seorang penulis yg baik. Tengok-tengok org sebelah anda, takut takda lekuk kat atas bibir. hihihi. Assalamu’alaikum.