Dulu saya nakal, kini sy mula bertudung labuh dan brpurdah tp ini pula sy terima

Assalamualaikum. Kita sebagai manusia sentiasa buat salah dan silap… Bila sedar kedudukan kita yang sangat kecil, kita akan usaha jadi lebih baik..

Baik Dalam amalan, dalam tingkah laku kita, dalam ibadah.. Saya wanita yang bertudung labuh, bidang 50-60… handsock kadang pakai kadang tidak… Stokin pula saya konsisten pakai…

Bukan nak kata saya baik… tidak… hati saya tak dilahir semulajadi baik… mungkin bagi yang semulajadi baik takde masalah sentiasa baik…

macam saya yang hatinya jenis fighter and roller coaster.. Ada turun dan ada naik… tapi itulah… menutup aurat dengan baik adalah agenda hidup saya dan usaha saya untuk jadi hamba Allah yang lebih baik

Saya bersekolah agama sejak umur 13 tahun.. Sebelum tu saya nakal sama macam budak2 lain… Masa sekolah Saya suka lihat kawan2 yang alim tapi saya tak agungkan mereka…

ada persepsi tertentu dan istimewa untuk golongan macam ni… bukan kita minta pun untuk dipuja, benda nak buat macam mana..

Tipu kalau kata saya tak sedih bila orang hina penampilan saya… Saya pernah kena hina dengan kakak, katanya dia tak percaya orang2 macam saya..

Pakai tutup litup tapi hati busuk… padahal kakak juga pernah sekolah agama… tau hukum hakam..

Saya taktau apa pengalaman kakak yang lepas, tapi disebabkan pendirian dia tu.. Seolah jadi alasan untuk dia menghalalkan perbuatan dia untuk buka tudung, pakai bila nak pakai…

Takde sape boleh tegur kakak sekarang… Walau dihina oleh kakak… Saya istiqamah dengan pakaian saya… Sebab saya tau tujuan saya untuk apa dan selagi mampu saya akan buat…

Ilmu, hidayah dan pengalaman boleh buat seseorang berubah.. Yang perasan rasa dia cool dan cakap saya takkan berubah dan sama je sampai bila2… Tak payah tipu diri sendiri.. berubah tu memang sifat manusia…

Ujian untuk saya tak terhenti di situ… Ada semacam stigma untuk menghina orang2 seperti saya… Bila masuk universiti, saya dituduh oleh kawan saya konon nak rampas boyfriend dia…

depan kawan2 lain, dia cakap dia benci saya… Saya malu dengan kawan2 lain.. Walaupun saya tak salah, adakah adil dan boleh nak buat orang lain macam tu?

Semasa kerja, saya juga dinafikan dan disusah2 kan hanya kerana penampilan saya padahal orangnya tak pernah kenal saya dan tak pernah berurusan kerja dengan saya…

again kerana bencikan orang bertudung labuh, halal kah tindakan dia.. saya juga pernah cuba dipulau… Orang suka buat andaian masing2 hanya dengan glance …

Sakan pesta menghina… Biasa saya diam.. Kena hina pun diam… Jenis saya taknak besar2 kan…

Sampai masa Allah akan tunjuk mana betul mana salah jugak… Tapi since umur saya dah 30 lebih, saya takkan biarkan diri saya dibuli…

Saya dah pandai menjawab… Biasalah bila kita jawab lagi orang hina penampilan kita, amalan kita, siap boleh tentukan syurga neraka kita…

Again, jiwa fighter macam saya takkan duduk diam… Tu yang gatal jari nak submit post ni…

Sebagaimana kita boleh hina orang bertubuh labuh..tak mustahil orang bertudung labuh boleh buat benda sama… Tinggal kuat atau tidak iman yang dipupuk selama ni.

Ingat takde manusia yang perfect, every single thing dalam hidup kita diuji… Kalau kita ada rasa sombong sebesar biji sawi pun, kita takkan masuk syurga…

Baik yang rasa dia tak bertudung labuh atau bertudung labuh… Always remind yourself.

Pada yang nak berubah kepada yang lebih baik, teruskan dan jangan putus asa… Doa banyak2 semoga kita dapat istiqamah sehingga akhir hayat… Semoga kita semua dapat mengenali agama Allah yang indah ini…

Jangan sebab kejahilan diri kita dalam mengenali sifat manusia, menyebabkan kita makin jauh dengan Allah…benci nak ikut perintah Allah..

In fact, dalam quran lah banyak mengajar hakikat manusia dan sifat2 nya… Kenalilah diri kita supaya kita mengenal Allah…