Lepas majlis kahwin ibu berubah sampai kami besar. Kami pula setuju bila ayah kahwin lagi tp ibu merajuk dan ini ibu buat

Assalamualaikum. Netizen sekalian hari ini aku ingin berkongsi kisah hidup aku yang dibesarkan oleh seorang ibu yang menghidap tekanan perasaan.

Ibu seorang yang bekerjaya. Selepas berkahwin dan ada anak ibu berhenti kerja kerana hendak fokus pada rumah tangga.

Ibu sejenis bekerja di banyak tempat.contoh dalam satu tahun ibu bekerja sebagai pembantu tadbir. Selepas setahun ibu berhenti dan bekerja sebagai kerani sekolah.

Kemudian Selepas setahun ibu berhenti dan bekerja sebagai pembantu rumah. Begitulah sejarah pekerjaan ibu. Ini kisah ketika ibu belum berkahwin dengan ayah.

Ibu cakap ibu Selalu lompat kerja kerana sikap majikan dan kerana persekitaran kerja yang tidak produktif. Ibu selalu kutuk majikan dan kawan kawan sekerjanya.

Ibu mula mengungkit, memaki hamun, mencarut dan memukul ayah. Ini berlaku setahun selepas berkahwin. Segala2 nya terserlah. Sejak dari itu ayah menjadi pendiam dan tidak ceria.

Perwatakan ayah ialah seorang yang ceria, banyak bercakap dan mudah tersentuh. Namun, setahun selepas berkahwin segala-galanya berubah. Dengan sikap ibu begitu, ayah menjadi pendiam dan tidak lagi ceria.

Sikap ibu, ketika mood baik sangatlah happpy sampai sanggup masak makanan pelik2, sanggup kemas rumah dari pagi sehingga malam dan bermacam lagi.

Tetapi apabila tiba mood tak baiknya, habis pinggan mangkuk dipecahkan, habis luka dan lebam badan ayah, tidak memasak apa2 atau sehari suntuk memaki hamun serta mencarut perkataan tidak elok didengari.

Ketika ini anak anak belum ada, ayah masih boleh bertahan kerana sayangkan ibu. Walaupun kadang berbirat badan ayah, lebam tangan atau luka calar di badan.

Kerana sekurang – kurangnya ada orang yang boleh jaga rumah dan anak anak. Namun, sebaliknya pula berlaku. Ibu tidak mengemas rumah, tidak menyediakan makan minum ayah dan tidak melayani ayah secara sepatutnya.

Apabila ayah pulang kerja, rumah sama seperti keadaan pagi tadi. Tidak berkemas dan bersepah.

Makanan pula dimasak tidak seperti sediakala. Maka, ayahlah yang membersihkan rumah, membasuh pinggan di singki, membuang sampah dan melakukan kerja rumah.

Ya. Penat memang bukan kepalang. Ibu memberi alasan yang sama iaitu penat jaga anak dan bukan orang gaji. Jawapan inilah yang ayah dengar setiap hari.

Ini tidak mengapa lagi, namun apabila ayah bau anak anak yang masam dan Pampers penuh poops. Darah ayah semakin menyirap.

Ibu cuma memberi alasan sudah tukar banyak Kali atau anak berak kerap dan begitulah.

Jadi selama anak anak kecil, pergaduhan ibu ayah sudah menjadi makanan anak anak. Ayah dengan sikap diam.

Ibu dengan sikap Marah beliau. Di rumah pinggan mangkuk selalu dibeli. Kerana setiap Kali ibu mengamuk, ibu akan ke dapur dan membaling pinggan. Ayah? Cuma mengelak.

Saban hari anak semakin membesar dan ke tadika serta sekolah rendah. Walaupun sikap ibu begini, tetapi anak anak sangat sayangkan ibu.

Ketika ini ayah sering sibuk kerana urusan kerja. Jadinya anak anaklah mangsa pula. Seawal usia tadika aku dan adik beradik ku didedahkan dengan kata makian, carutan serta pukulan.

Disebabkan inilah kitaorang hidup bertukar jiran. Ibu mudah kecil hati Jika jiran tidak menjemput ke kenduri atau tidak membalas lauk masakan ibu.

Pernah jiran bergurau masakan ibu masin dan sejak Hari itu ibu tidak pernah bertegur sapa dengan jiran itu.

Apabila anak anak naik ke sekolah Menengah dan melanjutkan pelajaran ke Universiti, anak2 mula membuat hal sendiri.

Masing masing gemar ke rumah kawan berbanding pulang ke rumah. Dan kiteorang sudah pandai maki hamun,mencarut, bergaduh sesama sendiri seawal sekolah rendah.

Ibu masih dengan sikap ibu. Cuma semenjak anak dewasa ibu mula menyumpah, memaki hamun dan mengungkit penat lelah membesarkan anak.

Dan semua anak anak menerima dengan hati lapang. Tetapi ibu? Tidak. Ibu memaki hamun ayah, mengungkit segala galanya.

Sekarang kami semua anak sepakat untuk ayah berkahwin lain. Kerana? Makcik itu lebih baik dari ibu. Kami kenal beliau dari kecil. Dia sering memberi makan kepada kami.

Kadang kadang ketika pulang dari sekolah, ibu tidak masak apa2. Makcik itu juga tidak pernah memaki hamun.

Apa kata netizen? Adakah patut makcik jadi ibu tiri? Atau ayah dengan ibu? Bagaimana memujuk ibu?