Hasan langgar sliding door sampai pecah kaca pintu tu tapi dia ok. Memang sgt luar biasa rupanya dia anak istimewa

Aku nak kongsikan pengalaman aku dengan anak-anak autism. Aku mula mengenali syndrome autism ni ketika usia 17 tahun. Sebelum tu aku memang tak tahu langsung mengenai autism apatah lagi kewujudannya.

Kisahnya bermula bila mak aku menjadi pengasuh untuk pasangan kembar anak jiran aku, Hasan dan Husin (bukan nama sebenar). Hasan adalah abang dan Husin adalah adik.

Mereka kembar tak seiras, jadi aku boleh membezakn mereka dengan baik. Mak mula mengasuh mereka ketika masih bayi lagi. Kami sekeluarga pun sayang sangat dengan mereka, dah anggap macam ahli keluarga sendiri.

Kalau dilihat dari segi fizikal, mereka seperti kanak-kanak normal. Menjengah usia yang ke-3 tahun, mereka masih belum mampu untuk bertutur.

Cuma tahu menjerit sahaja. Aktifnya bukan kepalang. Memang tak reti duduk diam, sangat hiper active terutama sekali Hasan.

Pernah suatu hari Hasan langgar sliding door yang kaca tu sampai pecah! Korang bayangkan ketika tu usianya baru 5 tahun. Mujur dia tak apa-apa. Seram kalau Hasan mengamuk.

Ketika usia mereka 7 tahun, mak mereka hantar mereka di sekolah harian biasa. Doktor pernah bagitau, biarkan mereka bergaul dengan anak-anak biasa supaya mereka boleh belajar cara hidup normal.

Tapi hari pertama je cikgu dah menelefon mak Hasan untuk mengambilnya di sekolah.

Kata cikgu tersebut Hasan buat perangai, ambil buku kawan-kawan dan campak ke luar bilik darjah. Sebarang arahan tidak didengarinya.

Husin walaupun ada jugak autism, tp lebih mild. Jadi Husin masih boleh dikekalkan di sekolah harian biasa.

Usianya 4 tahun, berbangsa Cina. Jerry dimasukkan ke dalam kelas aku.

Aku perhatikan Jerry ni kurang fokus, tak reti duduk diam dan kuang bergaul, lebih suka bermain sendiri-sendiri. Dia juga sukar memberi respon dengan setiap arahan aku.

Aku assume dia mungkin ada symptom autism. Aku luahkan kegusaran aku pada pengetua dan cikgu-cikgu yang lain juga bersetuju dengan aku. Sebabnya, Jerry ni memang lain daripada kanak-kanak lain yang sama usia dengannya.

Pengetua menelefon ibu kepada Jerry untuk hadir ke tadika. Tunggu punya tunggu, hanya orang gaji yang hadir. Aku namakannya Sari (bukan nama sebenar).

Sari memberitahu dia yang menjaga Jerry sejak kecil. Ibunya tidak pernah ada di rumah. Hanya seminggu sekali baru balik. Itupun tidak bermalam, hanya datang untuk menjenguk je.

Esoknya Sari masih menghantar Jerry ke tadika. Semalam kami dah maklumkan pada ibunya, tidak perlu lagi menghantar Jerry ke tadika sebab dia memerlukan pembelajaran lain yang lebih sesuai. Tapi bila dah datang, kami terima jelah.

Malangnya pembelajaran kami semua terganggu dengan tingkah laku Jerry yang hiper active. Semua orang diganggunya. Susah untuk terima arahan dan sering buat bising.

Perkataan yang dituturkan juga tidak kami faham. Akibat dah tak tahan, kami menghubungi Sari untuk datang mengambilnya.

Kami juga maklumkan pada Sari supaya tidak menghantar Jerry ke tadika lagi. Selang beberapa hai, ibu Jerry datang ke tadika.

Dengan muka tidak puas hati, dia meminta semula duit deposit yang telah dibayar. Pengetua ketika itu just memberi nasihat pada ibu Jerry, “kalau tidak percaya anak Puan ada masalah, bawaklah jumpa pakar”.

Aku macam biasa maklumkan hal ni pada pengetua. Berdasarkan pengalaman aku, aku ceritakan semuanya yang aku rasa tentang Rayyan ni.

Esoknya, kami menghubungi ibu bapa Rayyan, untuk membincangkan tentang hal ni. Berbeza dengan ibu Jerry, ibu bapa Rayyan lebih bersikap terbuka dan menerima.

Atas nasihat kami, ibu bapa Rayyan telah membawa Rayyan untuk berjumpa dengan doktor pakar.

Setelah beberapa proses, ibu Rayyan memaklumkan kami bahawa memang Rayyan ada symptom autism. Wajah ibu Rayyan tenang, seakan terima keadaan anaknya itu.

Kami ada tanya, adakah Rayyan akan tukar sekolah. Tapi iby Rayyan memberitahu yang Rayyan masih akan bersekolah di sini sebab autism Rayyan adalah mild dan masih boleh dirawat.

Aku akui, dulu orang ramai masih belum cakna tentang isu autism ni, tapi sekarang aku yakin semua orang dah terdedah dengan isu ini.

Aku tak pernah menyatakan autism itu cacat, sebab bagi aku kanak-kanak autism ni memiliki kelebihan yang luar biasa kalau digilap dengan sebaiknya.

Mereka adalah normal pada pandangan mata aku. Mereka juga adalah manusia biasa yang harus kita raikan.

Ntah kenapa, anak-anak autism ni sangat dekat dengan hati aku, mungkin sebab aku pernah melaluinya sendiri.

Aku kini telah memiliki 2 orang anak. Setiap perkembangan anak aku pantau dengan sebaiknya. Kat sini aku boleh simpulkan terdapat dua ibu bapa yang berbeza mengenai penerimaan anak mereka yang autism.

Aku percaya, autism ni boleh dirawat dengan sebaiknya. Kalau tidak pun, gilaplah bakat yang ada pada diri mereka.

Sungguh, suatu hari nanti mereka mungkin boleh menjadi insan yang lebih berjaya berbanding kita yang normal ni.