Couple waktu sekolah.Tak tahu tiba rasa perbuatan aku dgn dia salah aku terus tanya pada cikgu “Perlu ke sy teruskan hubungan ni”. Kecewa dgn jawapan cikgu

Assalamualaikum. aku perlukan motivasi dan kata2 nasihat sekarang ni. Dan ada points yang sangat penting untuk diutarakan.

Aku kenal si dia dah lama. Dari sekolah menengah. Cinta aku berbalas dan paling bahagia sekali bila dia kenalkan aku pada parents dia dan parents dia sangat supportive dengan hubungan kami.

Parents aku pula lebih konservatif. Selepas parents dia jumpa parents aku, barulah parents aku ok dengan decision aku utk bercinta di sekolah. Tengok results pun makin ok.

Masuk Form 4, aku dah mula kenal Tuhan dan aku rasa ada yang tak kena. Aku nak hentikan hubungan tu sebab aku rasa berdosa dan tak tenang.

Aku taknak terus hanyut dalam dosa. Tapi dia taknak terima dan cuba cederrakan diri sendiri. Bukan tu je, dia sakit admitted hospital lepas tu.

Tapi aku berkorban, sebab aku fikirkan parents dia yang dah terima aku dan dah bincang pasal meminang semua.

Hubungan aku dengan dia terkenal sampai satu sekolah tahu pasal kami. Cikgu, ustaz, juniors, seniors semua tahu.

Salah satu sebab aku nak berpisah dengan dia pun sebab aku rasa aku beri contoh yang tak baik pada adik2 junior dan adik aku sendiri. Aku malu sebenarnya bercouple tapi nak buat macam mana.

Aku tersekat dalam situasi tu. Nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak. Nak taknak aku cuba terima dia dan belajar untuk bahagia dengan dia.

Parents dia ada kata nak masuk meminang bila keluar sekolah. Tapi lepas habis sekolah senyap je takde apa2 yang jadi. Tapi hubungan kami rapat je macam biasa.

Mak dia pujuk mak aku, kata dia nanti dah habis study degree dia masuk meminang. Itulah yang mak dia kata kat mak aku.

Aku pun terpaksa akur. Padahal prinsip aku kalau nak bercinta, kawin dulu. Tapi tulah, jahil.

Kesian sangat dekat orang sampai gadaikan prinsip hidup diri sendiri. Time tu paling mencabar sebab aku mmg niat nak kawin muda.

Aku jumpa lelaki2 yang jauh lebih baik drp dia yang nak kawin dengan aku. Tapi aku ni memang jenis setia.

Aku tolak je lelaki2 tu. Aku langsung x simpan hati kat lelaki lain walaupun aku memang niat nak kawin time study.

Dia kata dia buat macamtu sebab dia dah takde apa2 perasaan kat aku. Aku peliklah, kenapa kan.

Dah lama dah hubungan ni takkan lah senang2 je nak tinggalkan aku mcm ni. Aku pun taktau nak buat apa, dia pun dah block aku semua then aku decide nak hack account dia.

Selidik punya selidik, barulah kebenaran demi kebenaran keluar. Macam2 aku jumpa weh. Baru aku sedar selama ni dia curang kat belakang aku.

Mesej mesra2 dengan perempuan lain, macam aku ni tak wujud. Berapa orang aku dah tak boleh nak kira. Bersayang, bagi love bagai. Selalu video call dengan perempuan lain. Aku macam tak percaya tu dia.

Rupanya dah bertahun2 dia buat perangai tu. Yang tu aku kuat lagi, tapi paling aku kecewa bila aku nampak dia bawak perempuan lain atas katil baring sekali buat video.

Pengajarannya, jangan dahulukan makhluk Allah daripada Allah sendiri. Salah aku sebab percayakan kata2 ustaz dan cikgu yang suruh teruskan hubungan tu walaupun aku tahu benda tu salah.

Sebagai cikgu, janganlah galakkan hubungan cinta di sekolah. Kalau ada student nak kembali ke pangkal jalan, janganlah kau suruh dia terus bercinta. Kau bantulah dia.

Next, jangan bercinta beria-ria sangat walaupun dah bertunang sekalipun. Bersederhana jelah.

Sebab kalau dah Allah kata bukan jodoh, bukanlah. Bersedia untuk sebarang kemungkinan. Jangan sayang seseorang tu 100%,

sebab bila kena tinggal, memang 100% lah kesengsaraan yang kau rasa. Berikan cinta tertinggi tu pada yang berhak. Cari cinta Allah dulu sebelum cinta makhluk.

Fikirlah kalau benda ni jadi kat kakak ke, adik perempuan, atau anak perempuan awak, awak suka ke lelaki main2kan hati perasaan orang mcm tu.

Kepada para wanita, jangan mudah percayakan lelaki. Dalam kes aku, aku percayakan dia sebab dia libatkan parents dia dalam hubungan kami.

Aku ingat aku dah selamat dan takkan ditipu dengan dia, tapi last2. Still he cheated on me. Oh ya. Parents dia tak buat apa2 pun.

Aku akui salah aku sebab aku masih teruskan hubungan tak halal tu walaupun aku tau benda tu salah.

Dear sisters, kalau kita memang nampak lelaki tu ada masalah yang ketara yang boleh affect masa depan kita, don’t feel reluctant to say no to him.

Sekarang aku masih terkesan. Trauma. Lepas ni tak tahu mcm mana nak percayakan lelaki lagi dah. Kalau korang kat tempat aku, apa korang buat?

– Qaseh (Bukan nama sebenar)