Cita-cita ayah nk balik semula ke rumah tu bila pencen tapi bende ni pula jadi. Skrng kami dah jual rumah tu

Nama aku H. Mestinya bukan nama sebenar. Aku anak yang bongsu daripada 5 beradik. Jarak umur aku dengan kak aku no 4 lebih kurang 20 tahun.

Kira kelahiran aku ni adalah anugerah terindah buat arwah ayah aku. Titik permulaan hidup baru untuk arrwah mak dan ayah. Ok cerita yang aku nak sampaikan ni adalah cerita arwah ayah aku.

Ketika usianya 3 tahun maknya meningggal dunia ketika melahirkan adiknya. Arwah ayah dan abang di pisahkan. Arwah ayah tinggal bersama bapaknya dan ibu tiri.

Manakala abangnya diserahkan kepada ibu saudara sebelah bapaknya. Kan dah kawin bapak tu pun apa salahnya jaga kedua duanya sekali?

Hanya Allah yang tahu betapa kejamnya hampa memisahkan dua adik beradik hanya semata mata ikut perasaan hampa. Konon kawin lain lepas bini meninggal konon nak jaga anak anak kecik lah kononnya. Porah.

Suami pula pi sub amanah kepada adik lelakinya. Daripada anak kecil sampai lah usia mereka masing masing 40 an segala tanah masih dipegang oleh pak sedara. Sedangkan hanya amanah daripada mula.

Setiap kali waktu bayar cukai di kerah arwah ayah dan abangnya utk bayar. Gran masih di tangan pemegang amanah.

Sampailah satu masa baru bapaknya serah tanah secara adil bahagi dua di antara adik dan abang. Yang lucunya hanya atas kertas pembahagian tanah tersebut.

Gran tetap dipegang oleh si bapak saudara yang tamak haloba. Aku tak boleh brain kenapalah dia tetap pegang gran yang bukan haknya.

Sampai hujung nyawa arwah ayah sakit di rumah. Manusia yang pegang amanah ni boleh datang dengan surat minta tandatangan. Sapa pun tak tahu apakah isi kandungan surat tersebut.

Cita citanya mahu kembali di rumah tersebut apabila pencen. Allah Maha tahu. Arwah ayah pergi dahulu.

Rumah pusaka tersebut pun kami sudah dijual. Tiada apa lagi di sana melainkan saudara mara yang memberi kenangan pahit kepada arwah ayah.

Teringat ingat dahulu kalau teringin makan durian arwah ayah akan beli banyak banyak jamu anak cucu makan.

Sedangkan dia punya dusun durian yang besar di kampung. Kami kuburkan semuanya. Dengan perginya arwah ayah. Habislah hubungan dengan tempat kelahirannya.

Si bapa saudara aka pemegang amanah tak datang ziarah pun ketika arwah ayah meninggal.

Pesanan aku kalau hampa kawin dengan duda ada anak. Jagalah sepenuh hati macam anak sendiri.

Jangan lah pisahkan mereka. Anak anak itu amanah. Kalau hampa di beri amanah menjaga harta. Jagalah amanah sebaiknya.

Sampai masa kembalikan amanah tersebut kepada pemilik haknya. Kalau hampa tamak haloba.

Tamak laki tamak harta anak yatim. Nikmatilah sesuka hati hampa. Sebabnya kat tanah nanti hampa menjawablah dengan Tuhan tentang amanah yang hampa salah gunakan. Tak pi mana pun. Mendapat baliklah.

Hidup kat dunia sat saja. Kat dalam tanah tu tak tau berapa ratus ribu taun. Hampa pikiaq la sendiri.