Aku kerja siang mlm utk buat yang terbaik pada mak bg dia hpy. Tapi bila beli sesuatu utk mak, ini yg dia pertikaikan

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Mempunyai 6 orang adik beradik (4 lelaki, 2 perempuan).

Beza umur aku dengan abang atas aku lebih kurang 8 tahun. Kami kerap berselisih faham. Tetapi sebab aku malas nak panjang-panjangkan perselisihan itu, aku lupakan dan senyapkan sahaja.

Ya lah, nama pun adik beradik. Semua adik beradik aku boleh dikatakan berjaya. Cuma yang perempuan kurang sedikit. Rezeki aku pun banyak ke kampung semula.

Ya lah. Tamat je belajar aku pulang semula ke kampung. Lepas tu dapat kerja pun dkt kampung. Kerja pun biasa-biasa je, admin kilang.

Mungkin luahan ni tak berat pun, maybe sebab peralihan usia yang hampir jejak ke 30 an. Jadi diri banyak soft.

Tapi sebaliknya, abang- abang aku ignore kan perasaan aku. Aku berjuang dalam hati wei.

And lepas beberapa bulan aku struggle, aku berjaya lupakan apa perempuan tu buat tapi still bisu untuk aku bercakap.

Lepas phase terasa dengan abang aku tu, aku mula struggle tertekan dengan kerja aku dan staff tempat kerja aku.

Actually, malas tempat kerja ni buka baru, lama dah. Lebih lagi, bila aku punya CEO pernah cakap “Awak ingat ini kilang bapak awak ke.”

sedangkan masa tu aku tengah struggle untuk reda atas pemergian arwah Abah.

Cuma sorang abang tu dia adalah bagi suggestion kerja kosong. Yang kakak pula selalu perli aku, suruh berhenti tak mau. Suruh kerja kilang jek tak nak. Memilih kerja lah kau ni dik.

Tapi aku bukan tak nak kerja kilang. Sedangkan sekarang ni kau pun buat kerja-kerja operator kilang walaupun aku admin.

Cuma aku tersepit. Tersepit bila abang-abang perli atau perlekehkan pekerjaan aku nanti.

Dan kadang2 aku terpaksa dengar celoteh mak yang tak suka aku kerja malam atau hujung minggu.

Selain itu, mak cakap anak-anak perempuan mak semua tak berjaya. Kadang – kadang tu macam hampa bila mak sendiri tak pandang setiap usaha aku.

Yang rezeki tu ada tapi lambat, so setiap perasaan yang terpendam tu kau simpan jek dulu.

Kadang-kadang aku just cakap memang resam anak yang sebumbung dengan parents yang berusia akan nampak -ve jek.

Tapi kan, bila kita struggle fight dengan semua ni without sharing with others. Kau sebenarnya akan sampai tahap penat ta

Penat seperti kadang-kadang tu rasa nak lenyap jek. Tapi bila kau kembali pada Allah, kau cuba berusaha untuk lupakan semua itu.

Pokok pangkalnya, sebenarnya aku nak salah seorang dari abang aku replace abah, boleh jadi pendengar dan penasihat terbaik and best ever! Sekian.